Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 8 Januari 2010

1st N3 2010

N3 pertama tahun 2010 :
Setakat ni tak de apa yang best untuk dicatatkan.. sume nyer citer rutin..
1) Pasal Keje : biasalah di awal tahun, kejar staf untuk pulangkan borang SKT depa, kejar bos2 untuk bagi Markah prestasi untuk staf diorang..

2) Pasal Adik beradik : tumpang gembira la dengan penambahan ahli keluarga.. Angah, dapat baby Girl, Disember lepas (dah sepasang... ) : Adek (Adik ipar), pun dapat baby Girl, November lepas : Abang De, dah plan nak bertunang dan bernikah tahun ni..

3) Pasal Mak : Insya Allah kalau ada rezeki tahun ni gi Haji, terdekat ni nak gi jalan2 kat Sabah dengan Adik dia.. jelous nye.. kita sendiri tak penah gi Sabah..

4) Pasal Hubby : Ni bab yang tak best, ada ke dia bercita2 nak gi Misi lagi.. Misi kat Mindanao.. tak habih2 cari penyakit la Ayang nih.. Boleh dijawabnya, Kan ke Ayang kata best kalau dapat bermastautin kat 'Oversea'... Cepat2 jawab.. kat negeri 4 musim, bukannya negeri yang terkenal dengan taufan, gunung berapi dan perang.. Katanya lagi, kali ni boleh bawak family, tempat tinggal dan pembantu rumah disediakan, Elaun boleh tahan.. Oh tidak... nak gi sana??? sah2 la kena resign, hanya sebab nak dok kat Filipina1 tahun .. Pendapatan bertahun2 selepas itu mau cekau kat mana.. betul, rezeki ada di mana2, tapi kalau setakat nak makan gaji, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu.. ada ke company yang offer kadar gaji yang sama dengan sekarang ni, makin kurang ada la kot.. Sekarang ni, berdoa-doa supaya tahun ni, Hubby dapat mengikuti Kursus di MTAT (Maktab Turus Angkatan Tentera kot..) .. kalau lulus, besar la harapan dan masa depan untuk dinaikkan pangkat ke Komander, pas tu Kapten, pas tu Panglima.. Aminnn...(sempat ke? sekarang pun dah 36 tahun, ada 20 tahun untuk service...)..

Tu je.. Citer2 ku seorang Wife Md Navy.. sume perkiraan.. banyaknye untuk Hubby.. diri sendiri?!!.. (Kalau masa depan Suami cerah, Insya Allah masa depan Isteri pun cerah la.., tu pun kalau tak de masalah rumahtangga.. mana tau bila pangkat dah besar nanti, taste Hubby pun berubah.. eeeiiii... Mintak simpang Malaikat 44)

Rabu, 16 Disember 2009

CITER CITA-CITA

Dah 3 ari dok relaks kat umah.., 4 more days to go.. cuti!!!! (mc).. asik orang je cuti bersalin, tahun ni turn kita pulak yer..yeay.. sampai habis mc aku amik untuk merealisasikan impian kami berdua mempunyai zuriat..(Apa da.. hal2 rezeki Allah nak bagi pun ber dengki aku nih.. Astaghfirullah... busuk betul hati ku..).. Hari Isnin prosedur.. pas tu Prof Zainul bagi MC seminggu...yeay...

Nak catitkan sikit citer cita-cita kami adik beradik untuk memuhasabahkan diri sendiri.. Abah penah sebut.. dalam hidup ni tak pe berdengki untuk benda-benda yang baik.. dapatkan segala yang kita nak dengan apa cara pun tapi cara yang baik.. kalau dah usaha, tak dapat jugak.. Kita mesti berlapang dada..

Seumur hidup ni kebanyakan cita-cita Insya-Allah berjaya dicapai.. tapi banyak jugak tak tercapai.. Seumur hidup ini tak pernah bercita-cita besar.. Cita-cita saya ketika di usia remaja (sekolah menengah la).. Dapat kerja lebih baik daripada Arwah Abah, dapat beli kereta lebih baik daripada kereta Abah, dapat beli rumah lebih besar daripada rumah Abah.. tu jer.. (sampai Abah cakap, kami semua nampak gaya nya tak de la jadi Orang2 Besar..) Memang betul.. kelakar bila ingat zaman tu.. bila Abah tanya setiap anaknya dah besar nak jadi apa? Jawapan Anak-anak Abah tak de satu pun boleh dibanggakan..:


  • Along (saya lah tu..) : Tak tau la Abah.. yang penting nak masuk U.. tak nak orang cakap Mak Abah tak sekolah tinggi, tu la sebabnya anak2 semua tak pandai.... dapat keje jadi pegawai, dapat suami macam Abah, keje makan gaji, pangkat tinggi sikit dari Abah, dapat anak2 macam anak2 Abah.. Okay kan bah.... (Abah cakap.. belajar betul2.. kalau tak lulus peksa.. abah kawin kan Along).. Oh tidak... tak nak jadi macam Mak.. umur 18 tahun dah anak satu..(masa tu la.. he he.. sebab tak de boipren lagik)'... akhirnya belum grad lagi.. dah ada orang hantar tanda.. sapa lagi Hubby kita la.. Mak Abah cakap tunggu grad dulu baru leh nikah.. he he..
  • Angah : Saya nak jadi Orang Senang (ye la orang senang macam mana.. Abah tanya..).. Semuanya senang.. senang dapat keje, senang sekolah, senang hidup, senang cari bini, senang buat loan, senang bayar utang...
(Abah senyum dan geleng kepala.. kalau berdebat dgn Angah memang Abah surrender.. kalau dilayan.. jiran kiri kanan mesti dengar punye.. tapi ini lah kelebihan keluarga kami.. Abah dan Mak ajar kami berkongsi pandangan dalam topik2 yang diutarakan tak kira waktu .. contoh masa tengok tv.. boleh bertelagah pasal teknik orang buat filem.. macam terrer dan selalunya mengaku terrer,.. dan hasilnya.. kami semua.. he he.. kami tak pandai merajuk.. tak puas hati? cakap je la.. dan dalam keje saya.. saya aplikasikan kepandaian saya ni kepada anak2 buah saya.. cakap omputih.. 'brainstorming')
  • Abg De (masa ni dia kecik lagik.. dalam 8 ke 9 tahun la) : Adik nak jadik macam Abah.. semua orang datang carik.. best kan!!! (mungkin maksud dia.. jd Penyelia la.. jd orang rujukan.. Abah dulu Penyelia Lori-lori Minyak Sawit Felda ...) Laaaa.. Kalau nak jadi macam Abah tak payah sekolah tinggi2.. Ada ke patut Adik jawab.. Adik sekolah tinggi la Abah.. Kelas Adik kat tingkat 3.. tinggi tu.. (berguling2 kami gelak bila dengar jawapan dia)
  • Nisa (yang bungsu.. masa tu dia baru 5 -6 tahun) : Yang sorang ni lagi best.. ada ke dia jawab.. Nisa nak sekolah macam Along, kat Oversea.. (Penang.. Along dia la ajar nih).. duduk jauh2 .. boleh tiap2 bulan Abah masuk kan duit (ini kes ikut dan tengok Abah dia gi transfer duit la tu).. Arwah Abah cakap kat Nisa.. Nisa tak payah sekolah lama-lama.. jgn duduk jauh2,.... (masa ni punye la jeles kat dia.. ada ke Abah soh jgn sekolah lama2, masa tu ingatkan Abah cakap Nisa sekolah sampai SPM jer.... tapi sekarang dah paham, maksud di sebaliknya.. sebab Mak sekarang tinggal sorang...) Insya Allah, sebelum umur 22 tahun Nisa akan dapat Sarjana Muda.. tak seperti kami bertiga.. merangkak2 ke menara gading.. umur 24 tahun baru 'grad'..
TERHARU GILER.. bila Mak cakap.. dia bangga ada anak-anak macam kami.. sebab kami semua 'dapat pakai topi empat segi'.. kami dah buktikan.. kami tak bengap macam yang dikatakan oleh ipar2 nya dulu... [Mak dan Abah kawin saudara dekat (dua pupu), jodoh keluarga.. Mak orang rumah je (tak macam biras2 dia yang lain.. semuanya keje)]..
Sekarang ni masa kami pulak nak balas JASA mereka berdua...

Jumaat, 11 Disember 2009

Tak Fokus

Dua tiga minggu nih, byk citer nak dikongsikan, tapi tak sempat nak up date blog, sebab tak leh fokus.. tak tau nak mula dari mana.. masa banyak habis berjalan2 kat blog kengkawan.. tengok layout blogger cecantik, dan-dan rasa nak tuko layout.. belajar cecara tukar layout amik masa jugak.. tengok blog2 lain ada 'gadget2' yang menarik.. dan-dan nak tambah gadget juga kat blog ku.. Jadi satu catatan pun tak siap..

Status keje kat pejabat pun sama.. tak leh nak fokus satu-satu.. semua nak usik.. end of day.. satu benda pun tak siap.. Biasalah dah ujung tahun.. semua benda nak kena settlekan.. Dengan tugas2 uruskan Konvensyen KMK la (dah settle), Urus kan Hari Inovasi KKR (dah settle),tugas2 uruskan Mesyuarat MBJ (mesyuarat dah settle, minit mesyuarat dan tindakan kena buat), pencalonan staf untuk Anugerah Darjah Kebesaran - Dua negeri sedang menunggu, uruskan kemasukan Rekod Peribadi & Profil Perkhidmatan Staf dalam HRMIS - tak leh wat main ni, KPI Datuk KSU, Penilaian Prestasi pun kena start uruskan, Cuti dan GCR staf kena re-check dan settle sebelum tahun baru... waaaaa... mana satu nak cekup nih????

Tak termasuk personal life lagi.. Lepas raya, bajet lari sebab keta rosak, amik keta baru.. Hubby masuk sepital Pantai.. sebab "Slip disc - betul ke ejaan nye nih".. duit lagi.. Diri sendiri pulak.. bulan lepas dah selesai satu prosedur - cuti seminggu (byk la keje menimbun).. minggu depan prosedur kali kedua untuk transfer embrio (moga ada lah rezeki).... cuma kali ni tak mau mengharap.. kalau tak menjadi tak de la trauma sangat macam yang first time dulu (enam bulan lepas).. Tapi hati dalam sape la yang tahu kan.. tapi tak leh fokus jugak.. dalam kepala ni menimbun planning camana nak settle kan keje kat opis..

Fokus.. yang penting.. plan camana nak fokus..

Selasa, 24 November 2009

Beskal Baru Hubby dan Aku...

Bermula dari berjalan2 kat Carefour Ampang.. Hubby ternampak satu gerai jual Mountain Bike.. (salesmannya Mat Bangla.. tp hensem giler beb.. he he). Harga gila murah.. actual prize dekat RM1000 jual RM399.. Tengok je.. Cakap kat hubby.. tak perlu.. tak de masa nak berbasikal pun.. lagi pun hubby pergi gym hampir setiap malam..

Seminggu kemudian, hubby bagitau dah boring lari atas treadmill tu.. lagi pun kena ikut giliran.. tak leh lama2, sebab ramai yang nak guna.. Citer lagi nak beli beskal.. Cakap kat hubby.. kalau ada beskal nak simpan kat mana? (Adu hai.. dapat rasa agenda si Mamat nih)..

Teringat peristiwa lama2 dulu..
  • Musim giler swimming : asalnya ajak teman je.. pas tu ajak swimming terus.. buat alasan dah segan pakai swimming suit.. dibelinya swimming suit muslimah.. dekat setahun berulang alik Stadium Akuatik Shah Alam.. dah tak larat ikut buat alasan tak tahan pool kat dalam sejuk sangat2.. boleh kena paru2 berair.. he he.. hubby tak suka pool luar.. ramai sangat orang..


  • Musim giler jogging : selang semalam gi Tasik Titiwangsa.. asal nye teman kan je.. tunggu kat dalam kereta.. Akhirnya hubby kata bahaya.. kena ikut dia jogging.. mana larat nak ikut pusing tasik tu samapai 5 round.. 2 round pun dah jauh kena tinggal ngan hubby.. Wat alasan lagi bahaya.. gelap2 tu.. nanti kena kidnap.. (hubby tak suka jogging siang katanya panas) dan akhirnya;


  • Musim giler gym : bermula tahun 2007, hubby minat sangat nak wat badan dia nampak sasa.. akhirnya jadi member Fitness First setahun.. katanya seronok sangat.. dapat 3 voucher percuma ke gym tu.. aku jugak jd mangsa.. setiap sabtu, teman kan hubby ke gym tu.. akhirnya dipujuknya kita jd member Fitness First tu.. selama setahun.. tak leh byk alasan.. sebab agreement setahun.. sebulan RM175.. redah je la..

Semua musim tu dah habis.. Sekarang Hubby kata nak berbeskal la pulak... dan akhirnya.. Beskal kat Carefour tu dibelinya.. excited giler si Hubby... Dia terus balik nek beskal tu, malam lak tu.. Aku lak sambung shopping kat Carefour.. tak sampai 20 minit, hubby call.. suh amik dia kat Stesen Petronas (dekat umah aku).. sesampai kat sana.. tengok muka hubby yg sgt lah merah dan marah2.. kenapa?.. dimakinya Bangla jual beskal ni.. jual beskal tak berkualiti... dengan tayar pancit, gear dan brek langsung disfunction.. Dalam keta kebal aku beskal tu diletakkan dengan penuh susah payah nya.. nak di masuk kan jugak2 bagi muat.. Terus ke Carefour.. sesampai kat sana, hubby suh tunggu dalam keta.. dikeluarkan beskal tu dan tuju terus ke tempat beskal tu.. terkejut sekejap bila dengar dari keta bunyi benda jatuh kat dalam Carefour tu.. jenguk dari keta... Alahai.. sah dia mengamuk ni..

Hubby senyap je masuk keta, dah cool baru tanya Hubby.. apa jadi?.. Hubby bagitau dia campak beskal depan2 salesman tu, sebab salesman tu cakap tak leh buat apa2 sebab dah guna beskal tu.. walaupun baru 20 minit beli.. Abis tu tak mintak duit balik ke? Hubby tak nak.. sebab salesman tu nak pulangkan RM150 je.. Alahai, ni lah masalah Hubby ku.. kalau dia marah sangat2 mesti merugi kan diri dia sendiri.. Rugi RM399 dalam satu malam je.. Tak de rezeki..

Dua minggu lepas tu, Hubby inform tokey gerai beskal tu call dia nak ganti balik beskal ari tu, rezeki Hubby terjumpa budak Bangla yang jaga gerai T-Shirt sebelah gerai Beskal ari tu.. maklumkan Tokey dia rasa tak senang hati pasal Hubby campak Beskal tu dan langsung tak amik ganti rugi.. Akhirnya Tokey (Pak Arab) tu gantikan Beskal Baru pada Hubby.. Maka hari tu Hubby balik ke rumah tunggang beskal baru ni la...


Dan nak citer bab tak best lak... Ingat kan dengan adanye Beskal baru tu maka Hubby yang akan seronok sakan berbasikal, maka... tak perlu la aku bersama2 Hubby lagi untuk aktiviti mengeluarkan peluh tu lagi... Sangkaan ku meleset sama sekali... Kali ni aku diheret ke aktiviti baru Hubby lagi..

Kali ni.. terpaksa teman kan Hubby berjogging keliling Bandar Baru Ampang setiap awal pagi hari Cuti dengan Beskal Baru Hubby tu la pulakkkk!!!!... Huwaaa... Sakit punggung ku wooooiiiii la.... Bayangkan seksanya diriku ikut Hubby lari nek bukit tun bukit.. kalau Hubby berjogging mesti tak kurang 7 km punye.... penat laaaa woi kalu ikut dia walau kita berbeskal... Dia mesti la tak de masalah nye.. Mat Navy.. dah biasa sangat lari jarak jauh ni...

Sabtu, 14 November 2009

AIR MATA SEORANG RASUL KERANA UMATNYA

eeeeiiiii yah!!!! camana nak upload lagu ni, camane yer?

eeeeiiiiii yes!!!!! akhirnya berjaya!!!!!!

KHATIMAH CINTA (maksud nya lebih kurang - Penamat / Penghujung / Penutup dan yang sewaktu dengan nya oleh 6ixth Sense)

Jom kita hayati artikel ni...

sambil2 layan lagu Khatimah Cinta, pilu sangat...


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah."Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.”


Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.


Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.


Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.



  • "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
  • "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
  • Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
  • "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
  • "Jangan risau, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.



  • Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya lainnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit