Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 31 Januari 2011

Wives Enrichment Course 40/2011

Seminggu berkursus diwajibkan kepada isteri2 peserta2 Kursus Maktab Turus Angkatan Tentera.. Nama melayu nye.. Kursus Kayabudi.. Oleh sebab ia adalah dari Persatuan Sukarela - BAKAT.. maka dapat la Cuti Tanpa Rekod... Tapi pelik..  ada jugak Ketua Jabatan yang tak mau lepaskan diorang ke Kursus ni.. Bukannya pi bercuti.. pi berkursus la..

Tanggapan pertama... joint Kursus berkaitan ngan BAKAT ni buang masa.. saja nak seronok2.. semua pun berpendapat macam tu.. kecuali yang dah terpaksa pegang jawatan Pengerusi BAKAT di Unit / Division masing2.. Depa kata.. terpulang kepada kita.. cara penerimaan kita terhadap BAKAT itu sendiri.. kata depa:
"It is not abaut the organisation, it is about the people in that organisation"

Banyak la jugak pengetahuan yang ditimba sepanjang kursus seminggu ni.. dapat ramai kengkawan dari pelbagai profession.... paling banyak.. standard la.. Cikgu dan Nurse.. kedua.. isteri tu sendiri Pegawai / Anggota Tentera.. ketiga.. Housewife.. keempat Penjawat2 Awam cam kami nih.. ada Pegawai Tadbir, Pegawai Sistem Maklulmat, Akauntan, Pembantu Tadbir, Juruteknik, Doktor pun ada... dari swasta lak.. ada Jurnalist, ada Fashion Designer, ada Interior Designer , Business Women dan macam-macam lagik.. Chop2.. PA Kerabat Raja pun ada.... boleh kata bertambahlah network kita.. Tapi sebelum tu, kami dah kenal2 masa Introduction Nite.. 2 minggu sebelum tu

Kena perkenalkan diri & pasangan masing2 ikut Syndiket

Tunggu giliran.. masa ni la nak wat skrip nak cakap apa kat atas stage nanti.. saya Syndiket 1.. tak sempat pikir pun.. Impromptu je ler..

Oleh kerana Kolej MTAT ni bertaraf Antarabangsa dan 64 orang peserta2nya juga dari pelbagai negara, maka secara automatiknya Kursus ni diadakan dengan menggunakan Bahasa Inggeris.. Makanya tergeliat jugak la kami ber 'spikang LONDON'.. sian jugak la pada wife yang memang tak leh speaking tu.. tapi seperti mana semua orang tahu.. Wife Askar ni kan kalau bab 'coorporation', cover mengcover, tolong menolong memang tip top.. walau pun tak berapa sebulu.. seboleh2 nya nak tunjuk kat Participant frm Abroad, Malaysian Amforces Wife ni..  sangatlah kaya budi dan baik pekertinya.. He he..
Pengisian Program sangat2 berinfomasi..

24 Jan : Roles & Functions of  BAKAT, Roles & Responsibilities of a Military Wife, BAKAT Advisor & Participants Group Meeting

25 Jan : Team Building, Public Speaking, Sport/Games

Aktiviti Team Building dan Public Speaking


26 Jan : Basic Helping Skills (Gender Intelligence - Counseling), Benefits & Entitlements of a Military Wife.. dan malamnya ada LADIES Nite (tema Lavender Nite ko... Purple White lagi.. pas tu setiap group kena wat persembahan la)

Ha ha.. time ni teringat waktu training ROTU berbelas tahun dulu.. aktiviti "CHANGE PARADE".. abis rehersal.. balik, tukar baju untuk persembahan & dinner..

Dah lama tak buat keje cam nih... boleh pun bersiap dalam terdesak tu..
Kalau tak terdesak berjam2 nak bersiap
Make-up tebal sikit... kena sporting.. lagi pun.. semua LADIES..

27 Jan : Social Etiquettes (Dinner Etiquette & Social Interactions), Event Organizing Skills

28 Jan : Course Critique.. dan akhirnya Konvo (dapat Sijil la)

Alhamdulillah.. dah habis kursus.. penat jugak.. masa sangat2 la mencemburui kami.. teringat time attend kelas ROTU dulu.. berbalik la kpd keadaan yang sangat mementingkan masa.. PUNCTUALITY sangat la penting.. lewat sikit kena jeling semacam weh!!!!..  Ngko tu BINI ASKAR.. kalu kat tempat keja sendirik lain citer la..

Isnin, 17 Januari 2011

Adialuvluze : My First GA

Kak Lina dah tag kita untuk join GA dari AdiaLuvLuze ni.... Dah 2 minggu di tag tapi tak de masa plus tak tau nak buat camana.. he he.. jgn mara.. tapi terpaksa la cuba.. tak pandai nak mula dari mana.. untung2 berjaya la..


Sesapa yang minat. sila la join.. bak kata orang yang tag kan wifenavy ni.. bukan kena bayar pun.. tapi untuk new blogger cam wifenavy ni amik masa jugak la nak wat 'link' sana sini.. kalau salah tolong tunjukkan..

Kepada blogger baru atau lama yg berminat mai la kita join meriahkan contest nih. Utk join contest ni click jer kat gambar kat atas tu.... Nak tag : 1) Nozie Yusof  2) Cikgu Ai dan 3) Abbott

Jumaat, 14 Januari 2011

'SALAM' ; APA MAKSUDNYA?

NAK KONGSI BERSAMA... DARI E-MEL KENGKAWAN

----- Original Message -----
From: kamali@elektrisola.my
Sent: Friday, January 14, 2011 8:52 AM
Subject: Fw: - PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhiwabarakatuh”

 Ringkasnya, baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan -“Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”  Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.  Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan“Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu. ”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”  Tolong forward kepada umat Islam yang lain,  untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

P/S : BERSAMA-SAMA LA KITA BERPESAN-PESAN KEPADA RAKAN2 SEISLAM

Khamis, 13 Januari 2011

PENILAIAN PRESTASI

Cam dah lambat je wat N3 berkaitan tajuk ni.. tapi tak pe.. Kalau kat opis ni.. Bulan Januari baru start bagi markah kat staf..

Seperti biasa, tugas yang paling berat nak ditanggung oleh BOS KECIK ni ialah menilai prestasi staf (sebagai Pegawai Penilai Pertama).., walaupun ada baru ada 7 orang staf , tempoh seminggu yang diberi untuk memberi markah macam tak cukup.. Bukan senang beb.. Markah Prestasi ni la yang menentukan masa depan diorang, ye lah menda melibatkan kelayakan diorang untuk ANJAKAN GAJI, KENAIKAN PANGKAT paling tak pun merasa jugak la RM1000.00 untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.. kang BOS BESAR tanya APA ASAS nya ngko bagi TREND markah macam ni kat staf ngko nih.. nak menjawab lagi.. Tapi tak pe.. walau pun BOS KECIK ni tak berapa petah menjawab, BOS BESAR ku dah paham.. jawapannya akan ada dalam PAPER dan SLIDE Presentation time Meeting Pengurus2 Unit nanti..

Adoii mak aii.. kena amik masa.. kena tenang-tenang.. tak leh main letak je.. tak adil untuk diorang.. Nak bukak borang depa time keje, asik terganggu dengan macam-macam WAHYU soh buat itu, soh settle kan ini, attend meeting kat sana, soh DISCUSS kat sini.. Dah cuba bawak balik umah..  dua tiga hari ulang alik dalam keta, tak sempat jugak bagi markah.... Tengok borang pun idak..

Itu baru citer pemarkahan, belum citer perlu jumpa diorang untuk inform prestasi diorang.. Perlu ada asas kenapa kita bagi markah macam tu.. Kenapa tahun lepas kita bagi lebih , tahun ni kita bagi kurang.. nak soh diorang capai KPI SASARAN KERJA, NAK BUAT ROTATION TUGAS.. Apa ayat nak bagi diorang ada bermotivasi.. Tapi tak per.. Insya Allah, BOS KECIK ni sentiasa ada idea untuk mengGULA-GULAkan (beri INSENTIF la) depa

Naik lunyai Borang LNPT staf aku keje kan.. selak setiap satu rasanya dah lebih 10 kali

Yang pasti, ISNIN minggu depan mesti siap bagi markah, dan interview depa sorang2.. bincang dari hati ke hati.. Nak gi beli COKELAT ni.. sambil2 bincang dan basuh depa ni, boleh jugak hulur2 cokelat, tak lah depa STRESS... 

Isnin, 10 Januari 2011

BAKAT

Catatin ini bukan mengenai bakat dalam erti kata kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu yang berseni, tapi mengenai Persatuan yang secara langsung melibatkan wanita yang berkahwin dengan Anggota Tentera; ha ha.. sebelum kena gi Malis Suaikenal Isteri2 Peserta Kursus MTAT hari Jumaat dekat ni.. baik la wat ulangkaji skit.. malu kalau depa tanya kita tak tahu langsung.. Dengar citer isteri2 pegawai Army tersaangat lah aktif dengan BAKAT.. dan kalau Isteri2 Peserta Foreigner tanya boleh la kita 'Goreng' depa..

BAKAT
Sejarah secara ringkas Badan kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) yang kita semua mesti tahu Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) telah wujud sejak zaman kolonial dengan nama ‘family club’ (kelab keluarga). Sejajar dengan perkembangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maka Kelab Keluarga disusun struktur organisasinya pada 1 jun 1976 dan dibahagikan kepada 3 komponen perkhidmatan iaitu :

1. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Darat (PERISAD)
2. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Laut (PERISTELA)
3. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Udara (PERISTU)

Memandangkan kesemua persatuan ini dibawah satu badan maka pada 1 Oktober 1979 ketiga-tiga persatuan digabungkan menjadi satu badan organisasi dinamakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT). Bagi membezakan setiap perkhidmatan maka diakhir perkataan diletakkan BAKAT – (darat, laut atau udara)

Cogan kata BAKAT:”Bersama Berbakti” (Together we serve)

Objektif utama :Memberi khidmat kebajikan kepada keluarga

LOGO BAKAT
  1. Lambang Angkatan Tentera. Lambang menunjukkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan/organisasi dalam Angkatan Tentera.
  2. Warna Latar Belakang. Warna ini menunjukkan Angkatan Tentera meliputi BAKAT dari ketiga-tiga perkhidmatan
  3. Wajah Wanita Berlatarbelakangkan Perajurit. Menerangkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan wanita yang mempunyai pertalian rapat dengan pejuan di tengah medan, sementara para isteri sentiasa teguh di belakang menjaga kebahagiaan rumah tangga. kedua-duanya menuju satu haluan iaitu untuk berbakti kepada Negara
  4. Bunga Padi Kekuningan. Melambangkan suasana aman, kesejahteraan dan kemuafakatan
LAGU BAKAT
Kami ahli BAKAT Tentera 
Badan kebajikan keluarga
Bersatu kami semua
Membela isteri tentera
Mari bersama berbakti
Beri semangat pada suami
Berjiwa penuh berani
Membela ibu pertiwi
Berjuang kami tanpa senjata
Semoga kami berjaya
Keadilan tercipta
Sama-sama bahagia
Tujuan BAKAT mulia
Membuat amal sentiasa
Bersama membela bangsa
Negara maju jaya
(tapi melodinya aku tak pernah dengar pun)
Begitulah info ringkas berkenaan BAKAT yang dapat aku google.. Harap depa tak tanya aku lebih2.. Moga-moga BAKAT akan terus kekal dalam meningkatkan lagi kebajikan keluarga tentera… (ni tak tau la.. ikut keadaan politik semasa dan politik tentera tu sendirik)..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit