Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 16 Jun 2009

12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11 (Realiti pertama bersuamikan Tentera)

12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11

• Terasa ingin mencoretkan pengalaman pertama setelah berumahtangga dengan hubby dan menghadapi Musim Pilihanraya Umum ke 11 di Lumut

• Sebagai isteri anggota tentera secara automatik kawasan membuang undi adalah mengikut alamat suami ingatkan masih mengikut alamat Kad Pengenalan

• Tak jadi balik kampong, rasa2 tempat mengundi di Kampung Pundut, Lumut

• Ketika itu, bahang pilihanraya memang terasa sehingga ke Pengkalan TLDM Lumut bilamana pertama kali pembakang mewujud pakatan yang dikenali sehingga kini Barisan Alternatif

• Isu yang sangat berkaitan dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim)

• Ada di kalangan warga Navy ketika itu secara sedar atau tidak tiba-tiba terlalu sentimen dengan pergolakan politik negara walaupun hakikat sebenar Warga Tentera perlu bersifat berkecuali.

• Paling ketara apabila berlaku insiden ‘boo – mengeboo’ di Stadium TLDM ketika Timb Perdana Menteri (Pak Lah ketika itu) memberi ucapan (tak ingat apa majlisnye) ketika proses berkempen bermula

• Yang pasti dalam seminggu sebelum tarikh pilihanraya terdapat nota yang ditujukan kepada semua Anggota Keselamatan disiarkan di dalam TV seperti Awasan Merah, Kuning, Biru dan Putih (tengok TV di tempat kerja – masa tu tak de TV di rumah)

• Tepat jam 12 tengah malam 12 November 1999, Pangkalan TLDM Lumut telah dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang dan dimaklumkan semua anggota di bawah ‘awasan kuning’

• Punye la nak tahu apa makna “awasan kuning” aku kejutkan Hubby yang sememangnya memang ‘tido mati’

• Bila ditanya terus bingkas Hubby bangun minta sediakan Pakaian Celoreng nya, Kenapa?!!

• Hubby maklumkan semua mesti melapor ke Unit masing-masing dalam tempoh 1 jam.. mak aii macam tu ke??!! (Bayangkan betapa cuak nye hati ni)

• Ditanya bila balik?? Katanya tak pasti, abis tu camana nak tahu perkembangan? (masa tu kat umah tak de telefon, tak de TV dan Radio – maklum la, baru nak hidup : dah la dok kat blok C jauh dari kedai, tak de motor, kereta.. hubby dah bawak… giler kan??? Bole je dok kat umah senyap sunyi… nasib baik ketika tu tengah gile membuat jahitan ‘crosstich’)

• Bayangkan perasaan aku selama 48 jam tak de apa-apa maklumat mengenai status hubby

• Tanya jiran? Emm 1 blok ada 6 rumah je, semua balik kampong (sebab2 : cuti sekolah la, bersalin la, suami kat oversea la)

• Yang pasti, hanya dapat call hubby pada pagi hari Isnin (itu pun dari opis) dapat info - semua anggota keselamatan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sehingga suasana pilihanraya dalam keadaan selamat dan tenang.

• Balik dari Opis hubby jemput … Tuhan je yang tahu betapa leganya hati ni… Meleleh air mata.. Tapi Hubby aku tetap macam tu.. Macam tak de perasaan (pandai simpan perasaan).. Boleh lagi bercerita pengalaman di kuarantin..

• Itulah pelajaran dan pengalaman pertama aku untuk menghadapi kenyataan berdepan dengan tugas hubby sebagai anggota tentera.

4 ulasan:

shahpaskal berkata...

VERY IMPRESSIVE BLOG, INFORMATION LAIN DARI YANG LAIN. I ONCE TOLD MY FREN, A NAVY WIFE, SHE SHOULD WRITE A BLOG TAPI NAMPAKNYA U DAH BUAT DULU, CONGRATULATIONS

feeza berkata...

yea... kena byk sb jd wife navy ni..
welcome to my blog

http://musyuk.wordpress.com

Unknown berkata...

cerita yang menarik..om pun cari makan dgn navy2 ni, jadi banyak cite pasal navy yg diberitahu serba sedikit...nak tanya adakah semasa undi, suami yang tolong pangkahkan sekali? maksudnya dia pangkah 2 kali la, macam ni payah lah gerakan om dgn navy utk jatuhkan dr zambry dun pangkor yg korang semua undi...naya org perak! btw, TERUSKAN BERBICARA, OM SUKA DAN TAHNIAH!GOOD BLOG.

ubatkuat berkata...

terkenang masa aku dengan PASKAL DULU YG SEKARANG DIKENALI SEBAGAI KD PANGLIMA HITAM,,TABAH KAN HATI JADI ISTERI ANGGOTA NAVY,,AKU RESPEK KAU

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit