Di pelabuhan
26 Disember 2004
- Dunia dikejutkan dengan trajedi gempa bumi dengan bacaan 8.9 skala Ritcher di lautan hindi dan menyebabkan kejadian tsunami melanda Utara Sumatera iaitu Acheh yang hanya terletak 150 km dari pusat gempa. Tsunami juga telah melanda negeri-negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia.
- Aku sekadar simpati dan menyumbang barangan keperluan melalui Tabung yang ditubuhkan di tempat aku bekerja.. dan merasakan tiada kaitan rapat dengan hidupku.
Pertengahan Januari 2005
- Berita gembira kepada aku kerana hanya selepas 5 tahun tidak tinggal sebumbung kerana tuntutan kerjaya, hubby telah ditukarkan ke MINDEF, Kuala Lumpur dan ditempatkan di Markas Angkatan Tentera di Unit Rancang Operasi.
- Tak sampai 2 minggu bertugas di Kuala Lumpur, hubby telah diarahkan untuk dihantar ke Banda Acheh bagi melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan logistik kepada Pasukan Bantuan Menyelamat Malaysia yang berada di Banda Acheh ketika itu
- Hubby dimaklumkan MISI nya akan bermula pada awal Februari dengan mengetuai 20 orang anggota TLDM LLP berkepakaran tukang masak, stor, pentadbiran dan pemandu yang mana mereka akan ke banda Acheh bersama Kapal TLDM (tak ingat nama kapal).
- Hubby akan menyusul kemudian bersama Pegawai-pegawai ATM yang lain menaiki kapal terbang TUDM
Februari 2005
- 8 Februari hantar Hubby ke Lapangan Terbang TUDM di Subang patut melapor pukul 7.30 pagi
- Dijangka akan berlepas pukul 9.00 pagi menaiki Kapal Terbang TUDM
- Terus balik ke rumah sebaik sahaja Hubby check-in
- Sebaik sampai di rumah, hubby call… inform aku dengan nada tak puas hatinya (nak gelak pun ada masa tu) terpaksa menaiki Kapal Terbang Kargo TUDM, terpaksa cari ‘seat’ antara kotak-kotak..
- Terima call daripada hubby 3 hari selepas tu, maklumkan mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh.. beli sim kad di Medan selepas ke pelabuhan pastikan kapal TLDM (KD Sri Inderapura kot).. maklumkan jugak di Acheh selang 20 minit terasa gegaran-gegaran kecil.
- Hubby dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan Bantuan seperti barangan keperluan seperti selimut, tisu, pakaian, makanan dan air mineral yang dibawa oleh Kapal TLDM kepada penduduk Acheh.
- Membaiki dan membuka Pesantren (sekolah pondok) yang musnah akibat tsunami untuk menempatkan anak-anak yatim-piatu (kehilangan keluaga akibat tsunami)
- Menguruskan dan mengedarkan bekalan perubatan, makanan dan keperluan asas kepada semua mangsa melalui wakil-wakil atau ketua-ketua kampung (bahasa orang Malaysianya)
- Tugas tak rasmi pulak : jadi ayah angkat dan jadi cikgu bahasa Inggeris kepada anak-anak yatim di kawasan pentadbiran Hubby termasuk kepada guru-guru ugama di pasentren tu
Kehidupan di Acheh
- Masuk je kawasan yang dilanda tsunami tu, bau mayat terus menusuk hidung, ketika sampai kebanyakan mayat-mayat yang bergelimpang di kawasan-kawasan terbuka telah pun dikebumikan. Tugasnya hanya membersihkan kawasan sekolah dan membina prasarana yang akan dijadikan asrama anak-anak yatim piatu Acheh serta mengebumikan saki baki mayat yang dijumpai di sekitar kawasan pentadbirannya. Menyediakan khemah-khemah sementara untuk dijadikan pejabat pentadbiran, kelas-kelas, kantin dan tempat tidur.
- Bagaimanapun, ditengah-tengah padang jarak padang terkukur tu, dah wujud gerai-gerai kecil tumbuh macam cendawan - jual barang-barang keperluan.. dari mana datangnya??!!
- Tugas beliau dalam melakukan pengedaran bekalan keperluan asas seperti air minuman, toiletries, pakaian dan sebagainya sangat mencabar kerana masyarakat di sana masih dengan sikap suka mengambil kesempatan pada yang lemah dan tidak malu menghulurkan rasuah.
- Setiap kali hubby call, beliau melepaskan isi hatinya dengan menceritakan bagaimana penduduk di sana sanggup menawarkan anak gadis sendiri untuk dikahwinkan dengan tentera-tentera kita (jual anak la tu) semata-mata untuk dapatkan lebih karung beras dan keperluan lain (sebenarnya untuk dijual kepada penduduk yang tinggal jauh di pendalaman).
- Inilah yang mencabar kewibawaan hubby - perlu sentiasa mengingatkan anggota-anggotanya supaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab : katanya sekadar mengingatkan, kalau terlibat jugak, pandai-pandailah bawak diri.
- Hakikat sebenar, barang bantuan yang dikirimkan oleh rakyat Malaysia tidak lah 100% dapat diedarkan kepada yang hak kerana sikap licik segelintir masyarakat di sana.
- Dimaklumkan bahawa individu yang banyak mengambil kesempatan ini bukan lah penduduk asal Banda Acheh (banyak hilang / meninggal) tetapi mereka ini datang dari merata daerah sekitar nya seperti mendapatkan kemudahan perubatan percuma dengan mengaku menjadi mangsa tsunami.. cuba fikir, macamana kita nak minta bukti kalau mereka katakan KARTU mereka dibawa arus tsunami..
- Hubby juga menceritakan gelagat anak-anak yatim di pesantren nya, sangat mencuit hati dan perasaan - mereka menyatakan sebelum ATM datang ke penempatan mereka, mereka hanya tahu makan nasi dengan ikan kering dan air teh kosong... tapi bila abang-abang askar datang.. "wah enak sekali ya pak.. aku sebelum ini ngak pernah makan mee hoon goreng apa lagi teh tarik.."
- Disediakan 4 kali hidangan : Sarapan, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam, memang mereka ni pada asalnya tak mau makan bila dihidangkan dengan makanan selain daripada nasi, ikan goreng, sambal dan kicap.. biasanya makan 2 kali sehari je..tak pandai makan rupa-rupanya.. ayam kari ke, mee goreng ke, kuih lapis ke, cucur kodok ke.. memang tak pernah ada dalam kamus hidup agaknya..
- Kata hubby : busuknya.. tak tau la dia orang mandi macammana.. mungkin sebab dah terlalu lama hidup dalam keadaan darurat, terlupa rutin harian. Tugas mereka ajar semula anak-anak ni gosok gigi pakai ubat gigi, mandi pakai sabun dan basuh baju direndam dulu..
- Malam hari pula : Hubby suka pergi ke asrama budak-budak lelaki, berkongsi cerita dan pengalaman mereka menghadapi tsunami.. atau melepak bersama-sama Pak-pak Ustaz katanya bertukar-tukar ilmu; seperti fardu ain dan bahasa arab, sebagai ganti Hubby kena buka kelas membaca dan bahasa Inggeris kepada anak-anak yatim dan Pak Ustaz.
- Cerita yang paling menarik perhatian ku ialah bagaimana seorang kanak-kanak berusia 10 tahun diselamatkan oleh abangnya yang dapat berpaut di pokok ketika di bawa arus tsunami dan melihat bagaimana keluarganya yang lain hilang dalam tsunami yang membawa terus bumbung rumahnya... tapi menurut hubby, dialah antara kanak-kanak yang menceriakan suasana di asramanya walaupun luka di pehanya akibat disauk zink di dalam arus masih sukar kering akibat lambat dirawat..
- Hubby juga bercerita betapa puasnya dia dapat makan ikan paling sukar didapati di Malaysia kecuali kalau ke Taman Negara- Ikan Kelah : di sana sungai-sungainya masih sangat jernih, nampak batu-batu dan ikan-ikan kelah di dalamnya.. dengan Pak-pak Ustaz tu la Hubby pergi menjala..
April 2005
- Hampir dua bulan di Acheh, suami mengatakan bahawa ada ura-ura pelajar-pelajar di Indonesia telah mengadakan demonstrasi dan membakar bendera Malaysia gara-gara marahkan tentera Malaysia yang dikatakan bersetongkol dengan GAM untuk menjadikan Acheh di bawah pentadbiran sendiri (apa tu - Wilayah Aotunomi).
- Paling best kata askar kita seludup anak-anak yatim ni keluar untuk dijadikan anak angkat (walaupun memang sebenarnya aku ada niat minta tolong hubby tengok-tengok kan yang berkenan kot-kot boleh dijadikan anak angkat).. Maklumla rezeki beranak sendiri tak de lagi.. Terpaksa pendamkan je niat tu..
Di bangunan yang dijadikan Pusat Rawatan Setempat
- Hubby maklumkan akan menamatkan tugasnya pada Jun 2005, bagaimanapun tidak tahu di mana silapnya, suami call memaklumkan keadaan propaganda supaya tentera Malaysia keluar dari Acheh semakin berleluasa dan menjadi-jadi.. Jika sebelum ini, semua urusan berkenaan pentadbiran boleh dilakukan bersama-sama dengan anggota TNI, tapi ketika itu lain pula jadinya..
- Kenderaan yang membawa barangan bantuan dari Malaysia tidak sampai ke lokasinya dan ke mana-mana sahaja anggota Hubby pergi akan ditemani dengan anggota TNI yang bersenjata.. apa maknanya tu...
- Hubby membuat keputusan menghubungi MINDEF untuk kebenaran membawa keluar anggota-anggotanya dari Acheh lebih awal dari jadual bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Kali ini, hubby bersama anggotanya pulang ke Malaysia dengan kapal.
Persiapan untuk pulang ke Malaysia
- Kata hubby memang sedih tinggalkan anak-anak yatim tu.. ada yang pegang kakinya sambil menangis dan kata kalau bapak-bapak ngak ada di sini siapa yang mau masakin enak-enak makanan kami, siapa yang mau ajarin kami, kami pasti sabun mandi pun tidak diberi kepada kami..
- Apa boleh buat... tuan rumah dah tak suka kita... paham-paham aje la...
- Yang pasti, aku tidak tahu bila hubby akan keluar dari Acheh...
Kawasan pengkebumian mangsa-mangsa Tsunami di Acheh
Mei 2005
- Awal Mei 2005, hubby maklumkan telah sampai di Pelabuhan
- Syukur Al-Hadulillah, hubby dah selamat sampai
- Dua minggu selepas sampai di Malaysia, peti surat di rumah (ketika tu masih menyewa di Keramat AU) sentiasa berisi.
- Surat-surat ini datangnya daripada anak-anak Acheh itu, pelbagai kiriman pesanan untuk bapak itu, untuk pakcik ini, dengan abang itu.. juga dengan isterinya pakchik ya.. terharu sangat...
- Ada yang minta dibawa ke Malaysia, sebab penjaga yang baru ini tidak sebaik anggota-anggota bapak.. ada yang hantar tanda kenangan (sejadah Acheh.. murah je.. tapi sebab yang beri tu anak-anak... apa perasaan kita yang menerima tu..)
- Namun selepas 5 tahun perkara ini berlalu, bagaimanakah nasib anak-anak yang ditinggalkan tu yer?!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan