Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 11 Jun 2009

2008, CERITA HUBBY : PEGAWAI PEMERHATI UNMIS (United Nation Mission in Sudan)


Julai 2007
Hubby telah dipanggil untuk mengikuti Kursus Pegawai Pemerhati PBB di Port Dickson selama tiga minggu…

November 2007

Signal LAUT keluar dan nama HUBBY dah ‘naik’ untuk dihantar ke SUDAN sebagai Pegawai Pemerhati PBB bersama-sama 5 pegawai yang lain (2 dari TUDM dan 3 dari TDM). Dijangka akan berlepas pada 23 DIsember 2007.


Ya Allah, kelam-kabut rasanya.. Segala-galanya perlu disiapkan dalam tempoh tak sampai 2 bulan seperti dokumentasi perjalanan, peralatan, bekalan makanan, pakaian dan segala-galanya..

Kotak DHL

Satu hari, sebaik aku buka pintu rumah (balik kerja) aku disambut dengan 5 buah kotak (courier service) untuk 20 kg. Nak letak apa ni? Hubby kata kena siap-siapkan bekalan makanan dan peralatan yang sepatutnya untuk setahun.. DIkatakan pihak UNMIS (United Nation Mission in Sudan) tidak menyediakan penginapan dan sajian untuk pegawai Pemerhati nya…

Satu hari kami mengelilingi TESCO Extra di Cheras untuk membeli bekalan selama setahun seperti :

1) Bermacam-macam jenis lauk dalam tin jenama Yeo’s dan Brahim’s
2) Makanan kering seperti susu, gula, beras, Nescafe, milo, tea, minyak masak, tepung
3) Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan pinggan mangkuk yang comel2 untuk kegunaan suami sepanjang di sana.
4) Tak lupa juga racun serangga (katanya nyamuk banyak)

3 kotak penuh berisi bekalan makanan manakala 2 lagi diisi dengan peralatan yang diberi oleh ATM seperti :

1) Topi UN
2) Beg sandang
3) Pelbagai jenis pakaian dan celoreng : untuk musim ribut la, untuk musim sejuk la, baju kalis peluru (berat gila – dekat 10 kg), ‘mask’ dan macam-macam lagi.

Disember 2007

Kotak2 DHL telahpun terbang ke Khartum bagaimanapun tiga hari sebelum berlepas, suami maklumkan dokumentasinya bersama-sama 2 lagi pegawai lain ada masalah di Kedutaan Sudan… maksudnya perjalanan ditangguhkan sehingga diberitahu.. Ya Allah!!! seronoknya hati.., sekurang-kurangnya masa untuk bersama masih panjang… Tapi perlu ingatkan diri bahawa lambat atau cepat, hakikat sebenar dalam tempoh setahun aku kena kuatkan hati sepanjang suami di perbatasan.

Januari 2008

Pertengahan Januari, suami maklumkan akan bertolak ke Khartum (ibu negara Sudan) pada 4 Februari 2008. Ada 2 minggu lagi... Hubby diberi cuti selama 2 minggu, inilah masa hubby untuk berjumpa adik-beradik, kawan-kawan dan sedara-mara. Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya..

Februari 2008

Seminggu sebelum hubby bertolak, aku apply cuti, ingin bersama-samanya ke mana sahaja, maklumlah lepas ni setahun tak jumpa, talian telefon di sana entah ada atau tidak…

3 Februari 2008

1) Seminggu sebelum hubby bertolak, mak bersama-sama aku telah menyediakan kegemaran hubby “sambal ikan bilis kering” dan dibungkus kecil-kecil untuk bekalan selama 3 bulan.

2) 2 hari sebelum, adik-beradik aku dan hubby berkampung di rumah kami.. ingin bersama-sama hubby..

3) Barang-barang hubby penuh 2 bonet kereta..

4) 9.00 malam bertolak ke KLIA, sesampai di sana semua ahli keluarga Hubby dah menunggu, ketika check-in barang-barang, muatan terlebih la pulak.. terpaksa adik-beradik berkongsi duit untuk bayaran setiap kg yang terlebih.

5) Perasaan sayu dan sedih tak terasa sepanjang berada di KLIA sebab bermacam-macam masalah timbul..

4 Februari 2008

1) 2.30 pagi – tiba masa hubby untuk berlepas, nasib baik hubby jenis pandai simpan perasaan, sepanjang masa hubby buat lawak je, jadi tak de la drama air mata terjadi sepanjang di KLIA.

2) 5.00 pagi – sampai di rumah baru terasa sunyi.. tapi sebelum ‘boarding’ selang 10 minit hubby call hp.. kelakar pulak, maklumla mamat tu tak pernah naik flight macam-macam nak diberitahunya..

3) 10.00 pagi – hubby call dari Doha, transit 6 jam, ketika itu Doha musim sejuk, tak sangka sejuk sangat, itu la tak percaya cakap isteri, langsung tak bawak baju sejuk.

4) 6.00 petang – hubby sms, inform dah sampai Khartum (ibu negara Sudan), di sana pun musim sejuk.
Rumah anggota ATM di Khartum, tempat transit sebelum dihantar ke "Site Camp" masing-masing

5)Hubby tinggal di rumah Malaysia, settlekan barang-barang yang dipos dulu di HQ UNMIS dan menghadiri kelas UN selama 3 minggu untuk re-fresh course PBB dan ambik test International Driving License.


Pemandangan dari udara penempatan di Bor, Sudan
Mac 2008

Dimaklumkan Hubby di hantar ke Bor, Sudan.. Mana tu?!! Janggal sangat bunyi nye kan.. Bor terletak ke sebelah selatan Sudan dan perjalanannya mengambil masa hampir 4 jam melalui jalan udara… pendalaman sangat.. Dari Khartum ke Malakal (dengan Focker) dan terus ke Bor (dengan Helikopter)

Nasib Hubby baik sebab ada rakan senegara dihantar bersama walaupun diletak di lain-lain unit. Sekurang2nya ada kawan berbual, berkongsi cerita

Hanya selepas 3 hari sampai di Bor, baru dapat berita dari hubby, di sana memang tiada hp ‘coverage’, hubby call melalui telefon satelit, susah sangat nak dengar suara dia.. hanya tunggu hubby call selang 3 hari.

Dimaklumkan terpaksa menyewa rumah yang berbilik 3, berdindingkan tanah liat, berlantaikan tanah dan beratapkan rumput kering dengan bilik air lebih baik sikit dari kandang kambing dengan bayaran 250 pound Sudan sebulan (1 pound = RM2) ; berulang-alik sejauh 8 km setiap hari untuk ambil air dari telaga (untuk mandi, masak dan bersihkan diri)

Sedih dengar kesusahan terpaksa dihadapi Hubby demi mendapatkan rezeki yang mewah
Setelah beberapa lama di Bor, ni lah rumah sewa yang paling "semenggah" untuk diduduki.. sewa USD1000, kongsi 8 orang

Rutin setiap petang lepas keje, amik air untuk kegunaan harian, 8 km dari kediaman.. Dengar cam dekat je kan, sebab bawak keta.. tapi jalan kat situ bukannya macam kat Malaysia..


April 2008

Dimaklumkan akan mula buat tugasan ‘patrol’ maknanya sekurang-kurangnya 2 minggu baru dapat berita.

Paling tak sedap hati kalau hubby buat tugasan ‘patrol’ bersama-sama orang-orang bawahan dari macam-macam negara dan budaya sepeti Tanzania, India, North Sudan dan Sri Lanka (semua ni geng-geng panas baran).. harap sangat Hubby ni dapat kawal ‘temper’.

Kehidupan Hubby di Bor juga agak tertekan kerana terpaksa menghadapi pelbagai karenah pegawai atasan dari pelbagai negara yang berbudaya ‘racism’ dan berkasta.

Rakan sekerja di Bor

Berita paling best, setiap 23 hari bekerja Pegawai Pemerhati dapat cuti 7 hari, jadi Hubby dah siap-siap simpan cuti selama 21 hari untuk balik ke Malaysia.

Mei dan Jun 2008

Akhir Mei sehingga pertengahan Jun, permohonan cuti Hubby diluluskan. Aku cukup bersyukur kerana hubby memang ‘home type’; walaupun ada peluang untuk bercuti dan melancong ke negara orang bersama-sama kawan-kawan, hubby tetap ingin pulang ke Malaysia.

Rasa sayu sangat tengok hubby makin kurus dan gelap, sebaik sahaja keluar daripada KLIA terus singgah ke Pan Pacific Hotel sebab tak sabar-sabar nak makan satay.

“Seghiau” rasanya bila hubby drive, sebab dia dah biasa memandu ‘lefthanded” kat Sudan tu.. seminggu jugak jadi driver hubby sampai aku betul2 confident.

Sepanjang bercuti, hubby siap plan untuk bisnes kamera digital, laptop dan aksesori barangan IT, katanya banyak untung, beli dalam RM jual dalam USD.

Minggu kedua Jun, hubby bertolak balik ke Sudan. Sesampai di Aiport Khartum, hubby dapati beg yang barang2 bisnesnya telah diselongkar, banyak yang hilang… Muhasabahkan diri, mungkin niat bisnes hubby tu kurang baik.. nak dapatkan untung 100%, tuhan tak berkat.. bagaimanapun masih dapat sedikit untung…


Julai dan Ogos 2008
Kehidupan diteruskan seperti biasa, Alhamdulillah berkat sabar hubby dalam melayan pelbagai kerenah orang bawahan dan ketrampilan hubby dalam melaksanakan tugas-tugas logistik dan pentadbiran, pihak UNMIS telah menukarkan hubby ke Malakal, Sudan (lokasinya lebih baik berbanding Bor, ada Pekan kecil dan pasar).
Bagaimanapun, pemergian Hubby ke Malakal rupa-rupanya satu kehilangan pegawai yang konon2nya melayan baik staf2 bawahannya.. (Ye la.,, mana ada pegawai dari negara lain boleh sama2 makan, sama2 tukar tayar land rover, sama2 duduk lepak sambil nyanyi lagu hindustan dengan orang bawahan kecuali pegawai dari Malaysia)
Menurut hubby, kehidupannya di Malakal lebih baik kerana sewa rumah lebih murah, ada pasar (boleh beli barang segar – walaupun sangat mahal) dan jumpa kawan2 se Malaysia dan negara-negara serumpun walaupun berlainan ugama tetapi budaya tolak ansur dan hormat menghormati tetap sama.

Pekan Malakal, Sudan
Di Malakal juga, hubby tidak lagi menjalankan tugas-tugas ‘patrol’ tetapi menjadi pegawai staf & logistik di mana setiap Isnin hubby perlu ‘brief’ pegawai atasannya dan mendapatkan status keperluan logistik setiap lokasi UNMIS di Selatan Sudan.

Buka puasa sama2.. walaupun yang lain tu tak pose


September dan Oktober 2008

Selama tiga minggu, hubby berpuasa di Sudan. Oleh sebab di dalam rumah sewanya ada Pak Arab (Mesir), dia belajar buat desert untuk berbuka (Kurma + susu + madu = manis sangat sesuai dengan cuaca yang sangat panas di sana : perlu tenaga segera)

Seminggu sebelum raya puasa, hubby balik bercuti. Alhamdulillah dapat juga berbuka puasa dan beraya bersama-sama tapi kali ni hubby cuti 2 minggu je.

Awal Oktober kembali ke Malakal, Sudan


November dan Disember 2008

Kehidupan diteruskan seperti biasa, tapi hari Raya Korban kali ni tak dapat bersama-sama hubby.

Bagaimanapun, syukur sangat2, bulan Disember adalah cuti panjang terakhir hubby dengan UNMIS dan Hubby ni bukan jenis yang gila2 simpan duit, ada je cuti terus balik ke Malaysia, walaupun kawan2 ajak gi melancong melihat dunia...

Balik ke Malaysia bukan kosong, tapi ada agenda lain jugak.. beli barang2 pesanan kawan2 dari negara kurang maju untuk beli ‘gadjet’ terkini dari Malaysia..

Januari dan Februari 2008

Pejam-celik, pejam celik rupa2nya dah hampir setahun hubby bertugas di bawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu..


Dah nak balik Malaysia..

Apa yang paling membanggakan, kerja-kerja hubby telah mendapat penghargaan dari pegawai atasannya dan pihak UN telah memberikan laporan prestasi kerja yang positif kepada hubby.

Syukur Alhamdulillah kerana ketika kekacauan2 yang berlaku di Sudan, kebetulan sangat2 hubby balik bercuti di Malaysia dan ketika kekacauan paling buruk berlaku di Selatan Sudan, hubby telahpun menamatkan Misi UNMIS dan pulang ke Malaysia dengan amannya.

3 Februari 2009, hubby telah selamat sampai di KLIA dan sebaik sampai keluar dari KLIA, hubby mendapat sms dari kawan-kawannya di Sudan berlaku kekacauan di mana Perdana Menteri Sudan (? Ababa) telah dipaksa melepaskan jawatan beliau.

Apa nak kira… janji Hubby dah balik Malaysia…

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waaa.... so personal laaa.... bess jugak baca blog akak ipar ku hak sorang nie... upload lebih banyak gambar lagiii.... nostalgic laaa...

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit