Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Sabtu, 16 April 2011

Parti Politik jgn campur urusan Kakitangan Awam : Ini WN Setuju..

Sejak 2 menjak.. kat Media Mainstream asik siarkan berita susulan kejadian yang berlaku kat pejabat SPRM.. Yang best tu.. masa2 puncak ni lah jadi perkara2 cenggini.. tak sempat pun baca sotkabar utama, thanks kat Pejabat Korporat opis ni, daripada e-mel harian mereka la, pegawai2 kat opis ni dapat update berita2 terkini.. walaupun lambat dua tiga hari.. harap bukak laman web sotkabar sendiri... kim salam je la.. beritanya cam kat bawah nih:

PETALING JAYA 8 April – Parti-parti politik digesa tidak menangguk di air keruh dalam beberapa isu yang melanda kastam termasuk kematian pegawai jabatan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kelmarin.


Ketegasan itu disuarakan Kesatuan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Pekasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(CUEPACS).



Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ahli politik tidak sepatutnya mencampuri urusan kakitangan awam yang berada di bawah tanggungjawab kongres itu.


“Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik sebenarnya hanya mengguris hati kakitangan JKDM, bukan membantu menaikkan semangat.


“Mereka tidak perlu lebih ke hadapan berbanding kami dengan menyuarakan segala yang tidak dipersetujui oleh kakitangan JKDM,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya, di sini hari ini. - SETUJU SANGAT-SANGAT


Ketegasan Omar itu mendapat tepukan gemuruh lebih 50 pegawai kastam yang hadir termasuk dari Sabah dan Sarawak

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pegawai JKDM, Ibrahim Ahmad berkata, hasil mesyuarat dengan CUEPACS dan Pekasa petang ini, ketiga-tiga pihak mencapai tiga rumusan.


“Pertamanya, kami akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat nasihat dan suntikan semangat bagi menaikkan semula martabat JKDM.: YANG NI TAK SETUJU - APA HAL LAK MINTAK TOLONG ORANG POLITIK JUGAK

“Dalam pertemuan itu juga, kami akan berbincang mengenai skim gaji yang diterima kakitangan JKDM yang dilihat terlalu rendah,” ujarnya.TAK DE KAIT MENGAIT NGAN GAJI SEBENARNYA, INTEGRITI DIRI YANG PENTING.. TAPI KALAU NEK GAJI BONUS LA

 
Menurutnya, rumusan kedua pula ialah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 April ini di Putrajaya bagi meminta suruhanjaya tersebut membersihkan nama JKDM yang dikatakan terlibat dalam rasuah sebanyak RM108.5 bilion.: JKDM SEPATUTNYA BUKTIKAN SENDIRI TUNJUKKAN STATISTIK KE APA


Bagi rumusan ketiga, jelasnya, Kesatuan Pegawai JKDM, Pekasa dan CUEPACS mahu media memperbetulkan bahawa kakitangan JKDM terlibat dengan rasuah sebanyak itu.


“Ini kerana jumlah RM108.5 bilion itu menjadi satu trauma bagi warga JKDM ketika ini dan ia perlu dipulihkan bagi menaikkan semula semangat kerja kakitangan,” katanya.

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit