Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 28 April 2011

BAHAGIAKAH KAMI?

30 Mac 2011 yg lepas, nama WN disenaraikan sebagai Peserta Kursus ....., bermula 8.15 pagi - 10.00 pagi.. Pelik jugak, sekejap nye.. tapi tak pe jugak la, pukul 10.30 pagi nak join Mesyuarat Agong Kelab Rekreasi & Sukan .. rugi tak join, dengar citer dapat Tumbler Tupperware sebagai Door Gift (bukan Tipu Ware ye!!).. Tanya rakan sekerja.. apsal ngko wat Kursus pendek sangat.. dia jawab 'Bagi menghalalkan CARA'.. Oooo.. okayyyy.. paham 3x..

Walaupun sampai opis teramat lewat (9.15 am) sebab traffic teruk (hujan pagi tuh), WN terpaksa menebalkan muka memasukkan diri ke Bilik Gerakan kat tingkat 10 tuh.. Terus jumpa Urusetia kat belakang & tandatangan kehadiran.. tanya Urusetia 'Dah lama ke mula?'.. katanya Penceramah sebenar tak sampai lagi.. sangkut kat Jalan Duta.. fuhh lega.. abis tu apa?.. tengok kat depan dah ada 'speaker'.. kata nya 'warm-up' sebelum Penceramah sebenar sampai.. Okay.. dan WN pun join la aktiviti2 pemanasan minda diorg.. 10 minit selepas tu baru la Penceramah yang ditunggu2 sampai..

Kami diperkenalkan.. wow.. bukan cencalang yang dijemput oleh company penyedia Kursus tu.. orang nya adalah Ketua Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai JAIS.. dah level JUSA.. tapi masih sanggup memberi ceramah pendek yang berkesan kepada WN dan peserta2 lain.. selama 1 jam bilik Gerakan ni hidup dengan gelak tawa, sindiran2 sinis yang kena pada batang hidung sendirik tetapi tidak membosankan...

Daripada ceramah tu.. point2 yang dapat WN cerapkan untuk catitan kali ini ialah :

TANDA KEBAHAGIAAN ADA 4 PERKARA :
  • Mempunyai pasangan yang apabila kita tatap wajahnya kita akan rasa terhibur dan Soleh
  • Mempunyai anak yang baik dan soleh
  • Menpunyai kawan2 yang baik
  • Memperolehi rezeki daripada tanahair kita sendirik (jadi tak perlu la bercita nak migrate ke negara lain..)
BAGAIMANA NAK DAPATKAN MUKA YANG BILA PASANGAN KITA PANDANG DIA, KITA AKAN RASA TERHIBUR?:
  • Sentiasalah menatap KAABAH.. tanda rindunya kita untuk berada di dalam KAABAH (moga2 dikabulkan niat kita untuk sampai ke sana)
  • Sentiasalah menatap AL-QURAN jika tiada bekesempatan untuk membacanya sebagai tanda rindunya kita terhadapnya - ni jgn la pulak dijadikan alasan untuk tidak langsung membaca AL-QURAN
  • Sentiasalah menatap wajah orang-orang yang 'ALIM
  • Sentiasalah menatap wajah KEDUA2 orang tua kita (temasuk MERTUA)..
  • Sentiasalah menatap wajah PASANGAN masing-masing (dengan syarat memandangnya dengan penuh kesempurnaan, jgn sesekali terdetik kat hati kita.. contoh la ni :.. mmm.. senget hidung hubby ku ni rupanya ye.. TANGGUNG la dosa tu sepanjang malam yeee...)..
NAK CEMERLANG ADA 4 PERKARA :
  • Jangan sampai ada KEJAHILAN di kalangan kita (maksudnya dah la BODOH tak tau apa, DEGIL lak tu)
  • Jangan sampai ada KEMISKINAN di kalangan kita (sebolehnya.. biarla hidup senang, baru boleh buat banyak kebajikan)
  • Jangan sampai ada PENYAKIT yang banyak di kalangan kita (asik sakit je macam mana nak wat amal kebajikan)
  • Jangan sampai ada GEJALA-GEJALA SOSIAL berlaku di kalangan kita
BAGAIMANA NAK BAHAGIA?:
  • Hendaklah suami dan isteri mengerja SOLAT secara BERJEMAAH sekurang-kurangnya 1 WAKTU sehari (sekarang : seminggu sekali..ke.. sebulan sekali.. ke.. tak penah sekali.. ada.. tapi tak tau la berapa kali.. hu hu hu)
  • Hendaklah si suami selalu makan makanan yang disediakan oleh isteri (waa... kena lagi kat aku.. selalunya hujung minggu jer.... ye ke?..)
  • Hendaklah si suami dan si isteri tidur sekatil bersama-sama (ni je la yang tak penah failed.. tapi dah ada Lutfi yang lasak tu terpaksa jugak la salah seorang tido kat katil bilik sebelah.. tak pun Abah Lutfi tido kat bawah katil.. Alaa.. hai..)
  • Hendaklah pasangan suami dan isteri itu mencari KELAINAN daripada pasangannya itu sebagai KESERASIAN (contohnya : WN dah suka 'swimming' walaupun dulu tak suka.. sebab selalu sangat kena teman hubby ke Stadium Akuatik Shah Alam.. he he.. dah lama sangat tak gi sana sejak mengandungkan Lutfi... tak pe.. Lutfi cukup setahun Abah akan train dia swimming.. time ni Umi Lutfi boleh la swimming sensorang kat pool tertutup).. apa lagi ye.. Kelam kabut dia.. dah biasa sgt laaa..
p/s : sekejap je sejam berlalu.. tapi tak pe.. berusaha untuk join Majlis Ilmu ni banyak pahala dan faedahnya..

7 ulasan:

KakD berkata...

huhuhu banyak jugak yang kiteorang kene perbaiki neh hiks

Unknown berkata...

kak WN, nak share bleh?? kat blog i..

Rinna berkata...

Info yang sangat bagus...

Comelnya lutfi..geram laa.. :)

Unknown berkata...

sharing is caring....:D good info nie....

tireless mom berkata...

Good sharing. Semoga lebih bahagia :)

wifemdnavy berkata...

Hai kengkawan... memang nk share info ni.. tapi time tulih n3 nih rasa cam nak tak nak je.. sebab byk sgt kekurangan kami ngeee;b

LayarLara berkata...

nak copy kat blog kita ehhhhh????

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit