Jika mengimbau 77 tahun lampau, tidak ada manusia ketika itu dapat menjangkakan akan wujud sebuah angkatan laut yang benar-benar dikendalikan oleh anak watan sebagai pemerintah tertinggi di dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika ini.
Walaubagaimana pun dengan kemahuan beberapa orang anak muda Melayu ketika itu telah merintis lorong dengan rasa ingin memulakan sesuatu di dalam perjuangan maritim walau pun terpaksa menjadikan tentera kolonial sebagai tapak permulaan kepada sebuah nama perjuangan.
Perang Dunia kedua menjadi ujian getir kepada sekumpulan anak-anak muda Melayu yang memilih samudera raya sebagai medan untuk menabur bakti menentang pencerobohan Tentera Jepun terhadap Tanah Melayu bersama-sama tentera Laut penjajah British yang pada ketika itu sedang menjajah Tanah Melayu.
Dengan kebolehan dan komitmen yang ditunjukan oleh anak-anak muda peribumi maka sebuah sayap sukarela telah ditubuhkan oleh Tentera Laut Diraja British dan diberi nama The Straits Settelment Naval Volunteer Reserve yang beroperasi di Singapura.

Walaubagaimanapun kerana kekangan ekonomi, seksyen sukarelawan Melayu ini dibubarkan pada tahun 1947 dan menubuhkan kembali pada tahun 1949 dengan nama Malayan Naval Force (MNF) untuk menghadapi ancaman Tentera Jepun yang mendarat di Tanah Melayu.
Ekoran daripada kebolehan yang dipamirkan, Ratu Elizebeth II telah berkenan menganugerahkan Panji-panji Diraja kepada MNF berkuatkuasa dari 1 Jun 1958 yang mana telah digunakan sehingga kini sebagai TLDM yang berdaulat.
Pada suatu ketika dahulu, pengiraan tarikh penubuhanTLD M diambilkira dari penubuhan MNF tetapi melalui kajian pakar-pakar sejarah dalam era 80-an mendapati penglibatan anak Melayu di dalam pertahanan maritim bermula hampir serentak dengan penglibatan anak Melayu dalam Infantri pada tahun 1933.
Pada suatu ketika dahulu, pengiraan tarikh penubuhan
Sumber : Majalah Perajurit Edisi Apr 2011
Oleh : Hamzah Hd.
<!--[endif]-->
3 ulasan:
tak blh nak mengimbau 77 thn lampau ... masa tu, tak tahu saya ada kat mana .. hehe ..
apa2pun tahniah diucapkan pd TLDM yg tetap gak membelah samudera ...
Diam tak diam dah 77 tahun ye Angkatan Laut Tanah Melayu ditubuhkan. Hmmmm.....saya sertai TLDM tahun 77. Sama ye angka itu.
hihihi saye ni namenye wife askar tapi pasal asal usul askar haram tak tau huhuhu
Catat Ulasan