Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 13 Jun 2011

TLDM : Maklumat Korporatnya

Laksamana (Admiral) adalah pangkat tertinggi di dalam hierarki pangkat tentera laut. PTL yang ke 10 iaitu Laksamana Tan Sri Dato' Seri Abu Bakar Bin Abdul Jamal (1998 - 2002) adalah Panglima pertama TLDM yang menyandang pangkat tersebut dan legasi kepimpinan Melayu kini bersilih ganti sehingga sekarang yang merupakan PTL yang ke 15 adalah Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar yang mengambil alih jawatan tertinggi TLDM ini pada 1 April 2008.



Laksamana Tan Sri Dato' Seri Abu Bakar Bin Abdul Jamal


Hari ini TLDM berkembang pesat dengan komposisi strategik 30 orang yang terdiri dari Pangkat Laksamana (PTL), Laksamana Madya (3 orang), Laksamana Muda (9 orang), Laksamana Pertama (17 orang) yang mewakili kepakaran-kepakaran utama di dalam peperangan maritim termasuk teknikal dan logistik.

Hari Armada juga telah diperkenalkan pada akhir era 90an untuk merakyatkan TLDM kepada masyarakat umum yang diadakan setiap 2 tahun sekali di Pangkalan TLDM Lumut. Pengisytiharan Bandar Lumut Sebagai Bandar Tentera Laut pada 24 April 2009 telah mencetus satu lagi tarikan dalam peta pelancongan dalam Negeri Perak dan Acara Perarakan Masuk Tentera Laut ke Bandaraya Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Freedom of Entry to the City, juga telah diperkenalkan juga mampu menggamit kemasukan pelancong ke Malaysia melalui Negeri Sabah.



Visi

TLDM To Be A World Class Navy (Always Excellent) dengan kata lain untuk menjadi tentera laut bertaraf dunia yang mempunyai sebuah organisasi yang komited, kompeten, memandang ke hadapan, berusaha untuk kualiti dan penambahbaikan yang berterusan di dalam pengurusan sumber dan teknologi.

Keunggulan dan keprofesionalan yang diasas oleh pendidikan berterusan dan peningkatan kemahiran pegawai dan anggotanya dengan penambahan nilai-nilai kemanusiaan sekaligus membentuk keberanian fizikal dan moral.

Misi

TLDM To Protect Malaysia's Sovereignty and Maritime Interests bermakna untuk menyediakan dan mengerah kekuatan angkatan laut bagi melindungi kepentingan maritim Malaysia semasa aman dan memastikan kemenangan semasa perang.

Bagi menyokong misi waktu aman armada TLDM dimanfaatkan sepenuhnya dengan melaksanakan peranan seperti:

  • menjalani latihan untuk menghadapi segala kemungkinan, melakukan pemantauan dan menjaga segala kepentingan di dalam Wilayah Perairan Malaysia (WPM) dan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE).
  • pengumpulan maklumat.
  • memberi bantuan tentera laut di dalam operasi dan latihan dengan Tentera Darat, Udara dan agensi awam.
  • Menguatkuasakan undang-undang yang yang telah diamanahkan kepada TLDM dan membantu melaksanakan penguatkuasaan undang-undang lain.
  • Melakukan aktiviti pemetaan laut.
  • Memberi bantuan pengiring dan pengakutan laut.
  • Membantu dan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dan misi kemanusiaan semasa bencana alam.

Manakala misi waktu perang armada TLDM bertanggungjawab di dalam:

  • Menjaga dan mengawal laluan perhubungan laut Pantai Timur dan Barat Semenanjong dan bersambung antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur.
  • Meningkatkan pemantauan ZEE dan menjaga segala kepentingan negara.
  • Menutral dan mengawal pergerakan musuh yang berada di jalur komunikasi laut daripada mendarat di kawasan yang sangat penting bagi kehidupan atau boleh meningkatkan api peperangan.
  • Melakukan penyapuan dan penanaman periuk api.
  • Meningkatkan aktiviti pengumpulan maklumat.
  • Membantu dan memberi kerjasama dengan Tentera Darat dan Udara dalam menyediakan platform semasa operasi amfibi.
  • Mencari dan memusnahkan angkatan musuh.
Sumber : Perajurit April 2011

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit