Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 29 Februari 2012

N3 29 feb 2012

;)
Tahun lompat wehh!!!.. Kena tulih ni.. kalo tunggu tahun 2016 tak tentu lagi blog ni masih wujud atau tidak.. atau penulih blog ni panjang umur atau tidak..

TAHUN LOMPAT.. dari wiki..


Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.
Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.


gambar tak de kena mengena ngan tahun lompat.. 
gambar di ambil dr bilik di tingkat 6, Thistle JB (gi meeting last week)

WW

Anakku yg notti dan lekeh..

Sent from Samsung Mobile

Rabu, 22 Februari 2012

Apa masalah nya?


Peristiwa berlaku ketika Seminar Pegawai Kanan pada 13 Januari lepas..
Aktiviti awal pagi sebelum program lain diteruskan..
Gara2 beli kasut, terus pergi Seremban.. membazir sungguh

Ce teliti..


Isnin, 20 Februari 2012

Exercise Gold Cobra 12

;)
Berkaitan tugasan Hubby di Korat, Thailand.. Apa ke mendanye tu.. Achik pun tak dapek nak 'descripe' kan.. Yang achik tahu tu nama program pertama Hubby terpaksa join sejak dok kat Markas AB.. Tugas Hubby di sana untuk bersama2 menyelaras keperluan pentadbiran dan logistik bagi aktiviti ala-ala JIWA MURNI tentera dengan rakyat.. atau BAKTI SISWA (student ngan komuniti kampung) tu..

gambar ni diambil dari web jointforce.. 
Majlis Penyerahan Bangunan 3 bilik darjah di Sekolah Wat Chaloemlap Wararam di Chonburi,Thailand.

Ni citer yg diambil sikit dari web jointforce..

Sebanyak 6 penempatan projek bagi Engineer Civic Assistant Project (ENCAP) telah diadakan pada Eks COBRA GOLD 12 ini meliputi daerah Saraburi, Nakon Ratchasima (2 Penempatan), Rayong, Chantaburi dan Chonburi untuk membantu masyarakat di daerah tersebut mendirikan bangunan sekolah dan dewan serba guna.

Projek yang memakan masa hampir satu bulan ini adalah membantu di dalam pembinaan sebuah bangunan sekolah untuk Sekolah Wat Chaloemlap Wararam, Chonburi.

acara perasmian.. tak mungkin la ada gambar hubby..
Upacara Pembukaan Eksesais Cobra Gold ke 31 telah disempurnakan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Thailand, Ms Judith Beth Cefkin pada 7 Feb 12 bertempat di Kem Suranaree, Korat, Thailand.
Objektif Eksesais Cobra Gold yang diadakan mulai 7 sehingga 18 Feb 12 ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan interaksi diantara negara-negara terlibat dan juga diadakan bagi mewujudkan pasukan pelbagai negara (multinational force) untuk memudahkan operasi ketenteraan didalam misi bantuan kemanusiaan apabila terjadi sesuatu tragedi bencana alam dan pengawalan penyakit wabak khususnya di rantau asia pasifik.


Jumaat, 17 Februari 2012

Andai lelaki tahu.. Perempuan memang begini..

Bagusnya kalu Hubby saya baca N3 ni.. tapi tak mungkin.. dia tak tau kewujudan blog WN pun..


Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segala tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.  


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.  


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


saya dapat ni daripada:

Rabu, 15 Februari 2012

Aktiviti Hujung MInggu Tanpa Suami di Sisi


Tajuk!!!!.. gila skema.. betul ke tatabahasanya itu?
Ditinggalkan Sang Suami di kala bulan Februari 2012 yang mempunyai banyak 'Public Holiday'..
Nak buat apa dok kat umah mengingatkan orang nan jauh..
Tiada perancangan.. REDAH jer..

Kronologi Aktiviti kami :

1 Februari (Rabu) - Cuti Hari Wilayah (Hantar Hubby ke MINDEF - berkumpul di sana sebelum ke air port untuk bertugas dalam EXERCISE GOLD COBRA 12 di Korat, Thailand) - dok umah sebab esok keje

4 Februari (Sabtu) - Petang.. jalan2 cari jalan ke TBS (Terminal Bandar Tasik Selatan)... then jalan2 dalam TBS tu.. perak sungguh WN.. betul seperti cerita oleh kengkawan.. macam air port.. cuma kat balai pelepasan bukan pegawai imegresen tapi polis.. Tujuan : Lawatan sambil belajar (ricky jalan la dan familiar kan diri dengan keadaan TBS) sebab sebelum subuh 9 Feb ke park keta kat TBS sebelum berangkat ke Opis Johor.. Meeting.. 

5 Februari (Ahad) - Ke Putrajaya.. Ingat nak tengok Perarakan Maulidur Rasul.. tapi sampai sana pun dah kul 10.30 pagi kot.. biasa lah kalau dah ada "HAND BAG" besar perlu dikendong.. (Lutfi la tu).. Akhirnya kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya kerana perarakan tu dah tamat.. Oleh kerana dah kebas jari2 kakiku.. berhenti sekejap depan Masjid Putrajaya terus terpikir nak try naik Cruise Tasik.. apa lagi.. 

Maka terbanglah duit tiket sejumlah RM45 (harga promosi) untuk tiga orang.. untuk 20 ke 30 minit pelayaran.. eh ceh!!! di bawa sekitar tasik dengan melalui bawah 5 jambatan utama di Putrajaya..

Lutfi dan Mak Chik

Suka sgt photo ni

Petang tu pulak terus ke Klang.. untuk Makan2 di Kedai Seafood yang popular di Klang tajaan Angah seterusnya bermalam di rumah Angah (adik ke dua WN)...

6 Februari (Isnin) - Selepas breakfast Nasik Lemak buatan sendirik (puas giler.. ) time Lutfi dan kupu2 nya yang lain bermain2 di halaman rumah siap berendam hampir 1 jam... (Umah lutfi kan ke tak de kawasan tanah!!!)

Lepas zohor.. Nak gi pantai.. Angah cadangkan ke Pantai Morib (Marin Emphiteather Morib).. sebelum tu makan tengahari di Nasi Ayam Banting.. Suka tengok Lutfi berlari2 sambil hairan tengok Layang2.. Belon buih sabun.. ramai budak2.. berpeluh dan comot anakku itu..

Malam - ke I City.. mungkin sebab cuti panjang.. terlalu ramai orang.. padat sangat.. nak lepaskan Lutfi pun tak senang hati.. walau pun Lutfi meronta2 minta dilepaskan..  Lutfi kepenatan.. tido dalam keta sampai 9.30 pagi

7 Februari (Selasa) - Cuti Thaipusam.. Breakfast di luar .. packing.. terus balik Ampang.. itu pun sampai umah hampir Asar.. sebab.. MRR2 sesak.. campur menyinggah untuk Lunch bagai.. Sampai umah.. biasalah bersiap2 pakaian untuk seminggu kerja..

9 Februari (Khamis) - 4.30 pagi kuar umah ke TBS (biasa la.. Hubby tak de.. kena la pandai membawa diri).. park keta kat TBS.. sunyi sepi parking TBS tu.. park la kat sebelah opis Polis Bantuan.. tapi murah sangat RM3 sehari.. jalan sikit menuruni bridge ke Stesen ERL.. (nasib rakan sekerja dh sampai).. Amik tiket KLIA Transit - RM26.50 sehala ke KLIA jam 5.40 pagi.. sampai KLIA - 6.10 pg dan terus check in.. Minum2 utk panaskan badan.. Solat Subuh terus ke Pintu A3.. ngam2 soi.. terus je nek flight.. kul 7.30pg berlepas.. 

8.30 pg sampai Air port Senai.. Driver Opis Johor dah stand by.. terus bawak sarapan.. 9.30 pagi meeting di Opis Johor.. 

Kul 12.00 appointment ngan sales person di Pulai Spring Resort.. Lunch di sana.. 2.00 petang terus ke JPO (Johor Premium Outlet).. ni agenda sendirik je.. Bos nak tengok sgt kemurahan barang2 berjenama tu.. Murah la pada bos.. tetapi tidak kepada kami.. kami beli coklat je la.. 

Kul 4.00 ke Le Granduer Hotel.. indah kabar dari rupa.. cis!! terus pangkah dari list kami.. tapi dapat juga minum petang dengan beberapa potong kek yang lebih sedap dari SR... 6.00 petang ke Senai Airport.. 6.30 petang berlepas sampai KLIA kul 7.30 terus amik ERL sampai TBS kul 8.00 mlm.. amik kereta sampai rumah ku di Ampang kul 8.30 malam.. 

padat Agenda WN pada 9 Februari tuh.. 
KUAR UMAH NGAN BULAN SAMPAI UMAH PUN NGAN BULAN
Malam dah kebulur.. nasib mak ada.. terus makan je.. MANDI.. layan anak.. Anak tido Umi pun terus Tido.. kul berapa tak pasti..

11 - 12 Februari (sabtu ahad) - Balik Temerloh.. tujuan - hantar Mak di samping mengambil Surat Tawaran Mak Chik Lutfi utk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana la pulak.. Nasib Nisa nak ikut balik ke Ampang (sebab nak settle kan macam dokumen.. walaupun tidak menjaga Lutfi di siang hari sekurang2nya di malam hari WN ada teman.. in case Lutfi tak sihat ke apa ke kan?..

18 Februari nanti Hubby dah sampai Malaysia.. hrmmm.. giliran WN pulak out station pada 22 - 24 Feb nanti.. dan juga 29 Feb nanti.. 

Jumaat, 10 Februari 2012

KISAH MIMPI

;)
Tak de kena mengena ngan lagu KISAH HATI  nyanyian ALYAH tu pun!!!

Tak mau la citer dalil2 ke hape ..
Kalau pada zaman Nabi Yusuf a.s kelebihan untuk mentafsir mimpi2 umat di zamannya..
Sekarang ni.. ada ke lagi yang pandai mentafsir mimpi2 kita.. kalau ada.. mungkin orang zaman ni tak ke mana.. asik2 gi jumpa tok nujum..

Kena pikir jugak la.. kalau masih ramai yang nak cari pentafsir mimpi setiap kali bangun tido.. tak de la orang kat dalam opis.. Dulu2 lain.. mana ada keje opis.. penat bersawah rehat jab bawah pokok.. on the way balik sebelum makan tengahari singgah kedai kopi boleh la cerita2.. Esok awal pagi baru keluar bersawah lagik..

Ni nak cerita mimpi-mimpi yang popular di kalangan orang Melayu dan terjadi juga pada diri WN.. Mimpi berkaitan qada' dan qadar iaitu Jodoh Pertemuan Ajal Maut ketentuan ILLAHI.. 

First :
MIMPI DI PATUK ULAR.. Haaa... best kan best kan.. apa maksudnya?.. Best bagi Anak Dara la.. Orang tua2 kata.. Ada orang nak kena pinang (datang meminang)...

Hi hi.. best jugak mengenang kisah mimpi ni.. WN mimpi dikejar dan dipatuk ular.. Bukan versi zaman dolu2 ye.. Ular besar.. datang lilit ke.. pas tu rupa2nya sang putera kacak menjelma..

Tapi versi remaja zaman 90-an (ye la zaman remaja WN tahun 90-an)..

Seingat WN.. hari tu penat sangat tertido selepas balik dari Latihan Mingguan PALAPES di KDSP.. Lepas kul 9.00 malam tertido.. kul berapa mimpi tak pasti.. yang pasti tersentak pagi tu waktu azan SUbuh.. betul la tu kan.. bukan mainan tido..

Mimpi ni betul2 buat WN penat.. tapi tak terpikir langsung.. hanya menyedarinya selepas Boyfriend (hubby ku kini heh heh) datang ke rumah bersama-sama Mak, Abah, Kak Ngah dan Abang Iparnya selepas tu..

Citernya cam ni..

Tak tau dari mana mula.. tapi yang betul2 dalam ingatan WN.. WN dikejar / diekori dengan ber ekor-ekor  ular (betul ke penjodoh bilangan ni?).. Penat WN pulas minyak skuter bagi laju.. lagi laju skuter WN tapi makin banyak dan besar2 pulak ular sawa kat keliling skuter WN.. kejap kang dah sampai depan skuter WN.. belok kiri tetiba dah ada ular sawa nak ngap WN belah kanan.. elak kiri.. tetiba dah ada ular sawa bertenggek kat 'seat' belakang.. penat campur lelah WN lari dari Ular sawa yang macam2 warna dan besar2 tu..

Hingga sampai satu tempat.. dah tak de Ular yang kejar.. Fuhh!!! Lega!! Selamat!! .. Taapiii tetiba tangan WN rasa sakit sangat.. rupa2nya ibu jari WN (tak ingat kiri ke kanan.. tapi masih lagi kat handle skuter) telah digigit dan tak boleh ditanggalkan pun oleh seekor Ular Lidi warna Hijau... Puas WN kias2 tangan.. tapi tak boleh jugak lepas dari gigitan ular lidi tu..

Ha ha ha.. sebanyak2 ular besar yang kejar tu.. Ular Lidi jugak yang berjaya gigit WN.. apa maksudnya tu?!!..

Mak tergelak besar bila WN citer Mimpi tu.. Mak cakap Ada orang nak kat ngko Long.. tapi orang kecik2 je.. bukan orang Ada-ada.. Tak best tul dengar Mak punye Rumusan tu.. Tapi Betul la tu.. orang tu adalah Hubby WN.. masa dia datang umah ngan family, dia baru je pakai pangkat Leftenan Muda.. starting gaji pun baru RM1200.. hi hi..

Kisah mimpi kedua.. kisah sedih.. tak sangka jugak..

Mimpi GIGI TERCABUT.. apa maksudnya?.. Orang tua2 kata ada ahli keluarga terdekat nak meninggalkan kita selamanya..

Wuih.. nak nangeh dah rasanya nih..

Kisah ni.. masa WN tinggal Married Bachelor.. Hubby kat Kuantan.. WN kat KL.. tinggal ngan Mak Sedara..

Mimpi best tapi rupanya bawak kesan tak best!!.. WN dan semua family WN pergi bercuti (tapi watak Hubby cam tak de pulak dalam mimpi ni).. seingat WN kitorg pergi ke Taman Tema Air.. tapi tak tau kat mana.. WN dan adik2 naik Gelongsor Air yang tinggi.. Abah dan Mak tengok dari bawah.. terjerit2 diorang soh berhati2.. Kami slide la.. Angah kat depan sekali.. WN kat tengah2.. Masa tengah slide tu.. muka WN terhantuk kat badan Angah.. Terus rasa ngilu dan ngeri kat dalam mulut.. rasa2.. gigi geraham kecik bawah WN goyang.. goyang sikit.. bila nak rasa je geraham tu dengan jari .. gi tu terus tercabut... Ha.. nak nangeh.. sayang.. gigi tak rosak tapi dah tercabut.. dah rongak.. cuba letak balik gigi tu.. tak boleh.. terpaksa buang gigi tu.. Abah cakap.. tu la.. seronok sangat.. memang ada la dukanya..

Tak lama lepas tu Abah sakit dua minggu warded di Hospital Selayang.. 3 hari selepas Birthday Abah.. Abah meninggalkan kami selamanya.. memang kami tak dapat jaga Abah sepenuhnya, terkilan!!.... Abah tak sakit terlantar.. jadi kami jenguk Abah setiap hari di Hospital.. Abah hanya kritikal selepas prosedur buang batu dalam hempedu.. terus masuk ICU.. hanya dua malam lepas tu Abah meninggal.. Hari Jumaat.. tengahari

WN perasan mimpi tu selepas 3 hari Abah meninggal.. itu pun selepas bercerita dengan Angah yang kami berseronok bercuti dan sampai gigi tercabut.. Air mata jantan Angah terus mengalir.. dia cakap.. Ngko dah dapat ALAMAT.. tapi sayang.. Ngko tak tahu kan LONG.. mana la kita tahu qada' dan qadar Allah..

Waa.. air mata dah bergenang ni.. hari dah kul 6.30 petang.. Nak balik!!!!.. Oii.. mentang2 Mak ada jaga Lutfi .. senang2 ngko balik lambat2 kan!!!..

Okay tu la KISAH MIMPI WN yang BENAR.. Korang ada kisah MIMPI yang benar2 jadi tak?!!

Tapi N3 WN autopublish kan.. kira2 seminggu dari tarikh penulisan..TQ..

Ahad, 5 Februari 2012

MAULIDUR RASUL…. APA KITA NAK BUAT?

;) Untuk bacaan sendiri..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah azzawajalla kerana kita dilahirkan di kalangan umat Nabi s.a.w. yang mana para ambia alaihimus solatuwas salam termasuk rasul ulul azmi mencemburui kita. Semua nabi ulul azmi berdoa meminta kpd Allah s.w.t. untuk agar dilantik menjadi Nabi penutup ( khataman nabiyin ) @ sekurang-kurangnya menjadi umat kepada Nabi penutup iaitu umat Nabi s.a.w. kerana keistimewaan yg dikurniakan kepada umat ini.

Betapa besarnya pengorbanan Nabi penutup yg juga penghulu kpd semua para nabi & rasul. Mengenang kembali susah payah Baginda s.a.w. menyeru manusia dari mengabdikan diri kpd sesama makluk kepada mengabdikan diri kpd Allah s.w.t. yang esa, mengeluarkan manusia dari zulumat kepada cahaya iman, membawa manusia dari kehidupan dunia yg sempit kpd kehidupan akhirat yg luas, dari kecintaan dunia yg sementara kpd kecintaan akhirat yang kekal abadi.

Nabi s.a.w. dicaci, digelar al majnun ( orang gila ), dipulau, diletakkan najis unta semasa sujud solat di hadapan Baitullahil Haram, dijerut, dibaling dgn batu sejauh 7km ketika pulang dari berdakwah kpd pembesar dan Bani Thaqif di Taif hingga kasut baginda digenangi darah Baginda yang mulia, malah cuba dibunuh, namun begitu Nabi s.a.w. tetap mendoakan kebaikan dan hidayah untuk umatnya.

Sayangnya Nabi s.a.w. kpd kita tidak dapat digambarkan dgn kata-kata. Bagaimana Baginda s.a.w. menangis dikala tidur yg tidak nyenyak mengenangkan umat yang disayangi hingga tapak tangan kanan Baginda s.a.w. bertakung air mata Baginda. Di akhir hayat Baginda s.a.w. ucapan yang diucapkan ....umatku, umatku, wanita, wanita, solah, solah! Bagindalah manusia pertama yg akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan ucapan yg sama keluar dari lidah Baginda yang mulia... umatku, umatku!

Kita tibalah masa hari kelahiran Baginda s.a.w. Walaupun Baginda s.a.w., para sahabat radhiallahuanhum ajmain dan para tabiin tidak menyambut hari kelahiran Baginda s.a.w. tetapi kita pada hari ini menyambutnya dgn berselawat dan sebagainya.


ADAB ADAP MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Semasa menyambut maulidur rasul s.a.w. ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian :

1.         NIAT – betulkan niat kita.
Marilah kita betulkan niat, tujuan dan maksud kita hadir dalam perarakan atau sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Niat kita ialah untuk memuliakan Baginda s.a.w. dan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. bukan kerana maksud untuk mendapatkan manfaat kebendaan dan tujuan yang lain.


2.            JAGA SOLAT FARDHU
Semasa kita menyertai sambutan Maulidur Rasul s.a.w. pastikan kita tidak meninggalkan solat-solat fardhu pada waktu tersebut seperti Solat Subuh & Zuhur. Tunaikan secara berjemaah di tempat azan dikumandangkan kerana inilah cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w kepada kita ( sunanul huda ). Baginda s.a.w. pasti dan pasti akan bersedih dan berdukacita yang teramat sangat bila mengetahui umatnya mencuaikan solat fardhu walaupun pada ketika itu umatnya sedang menyambut hari kelahirannya Baginda s.a.w.

3.       BERSELAWAT DENGAN PENUH TAWAJUH
Berselawat dengan penuh tawajuh merendahkan diri kpd Allah s.w.t pencipta kita. Orang yang banyak berselawat ke atas Baginda s.a.w. dengan ikhlas, insyaAllah Taala akan bersama Baginda s.a.w. di akhirat kelak.

4.         KENANGKAN JASA, PENGORBANAN DAN FIKIR RISAU BAGINDA TERHADAP UMAT.
Baginda s.a.w. telah habiskan seluruh kehidupan Baginda untuk selamatkan seluruh umat ini dari kebinasaan sehingga Baginda fikir bagaimana bayi terakhir yg lahir sebelum Hari Qiamat dapat beriman dgn Allah s.w.t.

Mudah-mudahkan Allah s.w.t memberi kita hidayah dan taufik untuk menjadi umat yang berusaha menghidupkan sunnah Baginda ( sirah, surah & sarirah ). Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah Baginda s.a.w. di zaman kerosakan umat maka Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya 100 pahala mati shahid.

Wallahu Taala A’lam.

12 Rabiul Awal 1433H
( 05 Februari 2012 )

Jumaat, 3 Februari 2012

Cuti Chinese New Year : Minggu sakit

Chinese New Year.. kami punya macam2 perancangan.. Cuti hujung minggu yang panjang.. 4 hari tu tapi semuanya terpaksa dilupakan kerana...

19 Jan (Kamis) : Abah Lutfi on duty.. Malam tu kami berdua di rumah.. Petang badan dah rasa sejuk2.. waa kena amik Actifast selang 4 jam..

20 Jan (Jumaat) : Tunggu Abah Lutfi sampai umah kul 9.00.. tak jadi gi opis.. kul 1 terus gi Klinik.. kena Voltron 1 dose.. sejuk gigil sangat2.. dapat MC

21 Jan (Sabtu) : Kami rancang untuk balik Temerloh seterusnya ke Kuantan.. tapi apa kan daya.. Lutfi pulak Demam.. bawak klinik.. panas sangat.. Lutfi start tak mau makan dan minum susu.. WN pun masih demam

22 Jan (Ahad) : Demam Lutfi masih tak surut.. dah start cirit.. makan minum sangat sikit.. tapi Demam WN dah surut

23 Jan (Isnin) : Pada hari pertama Chinese New Year.. Lutfi ditahan wad.. Bacaan darah putihnya terlalu tinggi.. dah capai 24.. seperti biasa.. kena drip la.. 3 hari 2 malam

24 Jan (Selasa) : Umi Lutfi demam balik.. mungkin terlalu penat.. anak sakit.. Umi pun sakit kat hospital.. amik ubat kat Hospital je la...

25 Jan (Rabu) : Lutfi discharge.. Umi pulak kena wat blood test.. lama sangat demam.. kat umah siang okay.. malam.. badan Lutfi panas semula.. start cirit2 dan tambah dengan muntah2 pulak..

26 Jan (Khamis) : Tak leh jadi.. apa je masuk dalam perut Lutfi.. tak sampai 10 minit keluar semula.. Lutfi dah lembik.. fobia walaupun menyusu badan.. tengahari bawak hospital dan ditahan semula.. Sian sangat.. walaupun lembik dan dok dalam pelukan je.. masih lagi mumble lagu Twinkle2 Little Star.. Paling sayu time dia nangis kena drip.. tu memang dia tak leh nak kompromi langsung... malam tu Lutfi dah mau menyusu badan..

28 Jan (Jumaat) : Doktor inform mungkin jangkitan .. dari air.. (masalah air kotor kat Selangor.. perut baby tak tahan.. dua tiga kes yang sama pada dua tiga hari ni di Hospital Pantai Ampang).. Sian Lutfi.. masuk hospital sihat.. kuar sakit balik

27 Jan (Sabtu) : Dah ada selera makan.. tapi menyusu tidak mau juga.. discharge petang tu.. hari Isnin.. appointment utk follow up

31 Jan (Selasa) : La.. Lutfi demam semula.. Doktor bagi Antibiotik lebih kuat untuk dihabiskan dalam 5 hari ni.. harap sangat Lutfi tak demam lagi.. baru je berselera nak makan.. Balik.. biarkan Lutfi main betul2 ngan Abah nya sebab esok Abah ke Korat, Thailand selama 18 hari.. Dah bekalkan Abah dengan sambal ikan bilis kering dan sambal ikan kering.. harap cukup untuk 3 minggu.

1 Feb (Rabu) : Hantar Abah Lutfi ke Mindef kul 5 pagi.. Lutfi tido.. tinggalkan dia dengan Mama & Papanya.. Sian Lutfi... 18 hari lagi baru bole tido atas badan Abah.. Harap sangat LUTFI tak demam rindu pulak..

;)

Khamis, 2 Februari 2012

Lencana zaman2 sekolah WN

Waa... terabai blog ni.. tidak berkesempatan langsung untuk meluang masa sejak dua menjak ni.. ni pun N3 lama yang baru dapat di update..

Iye.. citer LENCANA zaman sekolah WN


Sayang kan.. zaman sekolah WN dah tak guna Lencana Besi.. Sume kena tekap kat baju.. tukar sekolah terpaksa tukar baju.. sebab kalau tanggalkan lencana kain kat baju.. betepek gam lencana.. dah tak cantik!! 
Kalau sebelum zaman pakai lencana kain.. (zaman mak abah WN .. diorang guna lencana besi tu) diorang boleh la wat hobi kumpul lencana.. 
Ni je gambar2 lencana zaman sekolah WN.. google je.. nasib semuanya masih tak berubah.. sama.. 

Lencana Sekolah TADIKA di Si RUSA Port Dickson - Tak de.. (tak ingat pun nama tadika tu)

Sama kes ngan Darjah 1 di Kangkar, JB.. (tak ingat nama sekolah tu)

Lencana SRK Pangkalan TLDM Lumut (Darjah 1 dan 2)

Lencana SRK Pangkalan TUDM, Kuantan (Darjah 3 - 5)

Lencana SRK Selayang Baru (Dulu tak de perkataan satu tu.. Darjah 5 - 6)

Tapi tak jumpa pulak Lencana Sekolah Agama Selayang Baru..

Perkataan Alumni bla bla tu abaikan ye.. malas nak edit2 gambar lencana ni..
Ni lencana Sek Men Selayang Bharu (tingkatan 1)


 Lencana SMK Abu Bakar Temerloh (Tingkatan 2 - 5)

 Lencana SMK Temerloh (Tingkatan 6)

Nak masuk jugak la Lencana masa kat U.. (USM)


Masuk ROTU (Navy) ni pulak logonya

Habis N3 untuk hari ni.. bila pulak ada masa untuk N3 seterusnya.. hu hu..

;)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit