Rujukan ku apabila bermasalah rumahtangga dgn suami.. (ala.. biasa la.. perasaan ku ini kadang2 simpan je, pendam je... tak terkata.. supaya tak menjadi ungkitan.. tunggu la.. ada time nanti Achik hambur kan jugak.. sekarang biar stres kerja habih.. amik cuti2 malaysia baru kuar kan apa yang patut..)
Ini laluan Cinta Abadi saya....
.. Inilah laluan CINTA (cinta ke?..sayang sangat la..), Memang indah menjadi
isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi
indah bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal.
Jika cinta suami
gagal diperolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini.
Apatah lagi, kebahagiaan yang diburui adalah
kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti.
Memanglah hebat, jika suami isteri
saling cinta menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak saperti apa yang kita
mahu, pasti ada sesuatu yang ingin diberikan oleh Allah kepada mu.
Bila kita memandang segalanya dari Allah; yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan kita terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup kita...pasti akan damailah hati kita. Kerana, masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bila kita memandang segalanya dari Allah; yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan kita terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup kita...pasti akan damailah hati kita. Kerana, masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu deritanya
hidup kita, pecahnya hati kita...tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia
tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan
akrab dengan Nya.
Mungkin benar, perkahwinan
ini memang BUKAN atas pilihan sendiri (pilihan ku la..), tapi bila ia telah berlaku, hakikatnya
itulah pilihan yang Allah mahu untuk kita.
Terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan kita sendiri... sebagai peringatan.. perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Illahi.
Terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan kita sendiri... sebagai peringatan.. perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Illahi.
Sesuatu yang kita tidak
mahu cintai kadang-kadang begitu dicintai oleh hati.
Sebaliknya kadang-kadang kita
terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi hati menolak.
Hal ini adalah takdir yang kita
sendiri pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau siapa pun kita.
Tapi ia bukan sesuatu yang perlu dikesalkan...
Sedangkan sikap kita yang tidak
mencintai Allah pun sering kita berikan maaf, walau ia satu kesalahan yang
lebih besar..
Mengapa
pula sikap suami ini begitu payah untuk kita terima?
Inilah kita...
Terlalu mudah sakit bila hak kita
terabai, sedangkan bila hak Allah terbiar, hati tidak tersentuh langsung.
Allah sayang pada kita. Dia mahu kita juga sayang
dan cinta padaNya.
Kerana itulah diberiNya kesusahan
pada perasaan kita.
Dia mahu kita berpaling dari cinta sementara yang amat
kita burui itu...
kepada cinta mutlak yang Maha Agung lagi indah.
Tidakkah dirasa hati ini sekarang lebih lunak untuk mengingati Allah, jika dibandingkan dulu?
Tidakkah dirasa hati ini sekarang lebih lunak untuk mengingati Allah, jika dibandingkan dulu?
Bukankah ini satu nikmat?
Maka, janganlah
disia-siakan peluang ini dengan sungutan dan rasa tidak redha...
Jika, dalam mengetahui suami tidak mencintai kita
tetapi kita masih mampu memberikan khidmat
terbaik padanya, mendoakannya,
maka itulah bererti bahawa kita memang
bersungguh-sungguh untuk memburu cinta Illahi.
Jika tidak, derita itu hanyalah
derita yang lahir dari nafsu tercabar.
Ia tidak ada erti apa-apa.. dan tidak layak untuk
mendapat simpati...
Suami itu walau dipegang
sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal, hidupnya
ada batas dan akhirnya dia akan pergi...
Suatu masa nanti kita akan tetap
kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk kita merebut pahala
sabar, redha dan syukur ini, rebutlah...
Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hati, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu...
Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hati, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu...
(hu hu bergenang air mata Achik baca perenggan nih!!)
Katakan, Aku tidak redha,
tapi Aku adalah hambaNya yang terlalu lemah.
Mohonlah pimpinan dan kekuatan
dariNya...jika belum Dia mahu mengangkat derita itu, maka mintalah derita itu
menjadi sebab untuk kita terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya.
Ingatlah juga , bahawa
mungkin ini juga satu hukuman untuk kita. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak
bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya.
Dengan datangnya ujian ini, moga
kita akan sedar dan insaf sendiri. Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak
dihukum apa saja olehNya. Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta
ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya
Allah sahaja boleh memberikannya.
Doakanlah terus untuk suami kita.
Dan doakan
juga untuk diri kita sendiri.
Engkau sedang melintasi satu jambatan yang pendek
tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang
hakiki.
Berbaktilah sesungguh hati padanya,
yang telah Allah tentukan sebagai suami kita.
Dan hasilnya jangan kau tuntut
darinya , tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi.
*******************************************************************************
p/s : Aku beriman dan sesabar itu kah?!!!
:'(
4 ulasan:
kita semua pasti ada pasang surut dalam melayari rumahtangga..yg penting, kita mesti bijak cari jalan penyelesaiannya..
Setiap perkahwinan ada dugaan dan cabarannya.. kita kena munasabah diri.. kalau perlu bawa berbincang..
Iye.. memang sangat la bersabar sekarang ini.. dan harapannya untuk bersabar hingga ke hujung umur.. Aaaminn...
sabar kak...akak kuat
btw,anak akak comel sgttttt lahh...
hee
Catat Ulasan