Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 19 Mac 2012

Citer Banjir Kilat - umah tak de air - ke hotel bajet

Panjang nye tajuk..

Awal Mac lalu.. kisah banjir kilat di KL..

Kasihan kat kami orang / penduduk K. Hell atau Lembah Kelang ari tu.. hujan berterusan lebih kurang 7 jam menyebabkan Banjir Kilat .. Sekitar kediaman WN di Ampang adalah Kg Lembah Jaya Utara dan Kg Pinggi Tiga (sekitar Bukit Belacan).. Ramai dipindahkan serta merta kerana banjir kilat dari limpahan Sungai Klang.. Dengar citer macam2 kes juga di Hulu Langat, Keramat, Bangsar, Kg Melayu Subang.. Kesesakan teruk sudah tentu...

Mujur WN keluar dari kota raya KL melalui Jalan Pahang dan AKLEH seawal 5.30 ptg.. Kalau lambat.. tak tau berapa lama WN akan disajikan jem tanpa roti. 

9.30 malam hari tu, kami keluar bersama ipar untuk makan malam sekitar Ampang Water Front.. Hujan renyai.. hampir  kami batalkan niat untuk makan di Restoran Eat All U Can melihatkan kederasan dan ketinggian mendadak air sungai di tepi bangunan kedai2 tu.. 

Selera mengatasi segala.. Makan juga kami di situ.. adalah juga sikap berhati2.. park kereta jauh dari tebing sungai.. tak ingat pulak tentang diri sendiri.. kalau sungai datang kaup kami macam tsunami tu.. tak sempat pun nak lari ke kereta.. Na'uzubillah..

Time makan, bunyi siren kecemasan silih berganti.. Bomba dan Penyelamat, Polis dan Ambulan.. betul agakan kami.. Banjir kilat.. di kg berdekatan dengan air terjun dan sungai di Bukit Belacan itu..

WN dan Hubby tak de la merasa kepahitan mengalami banjir kilat tu.. tapi merasa kepahitan ketiadaan bekalan air bersih (tak de air le) kerana kerja2 pemulihan oleh pihak Syabas ekoran banjir besar selepas 2 hari kejadian.. tanpa menyedari notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Apartment sehari sebelum tu.. 

9 Mac Hari Jumaat.. Hubby maklumkan bekalan air di tutup selama 4 hari.. tetapi Hubby tak sempat tadah air pun.. kering kontang rumah kami... Pihak SYABAS ada sediakan tangki2 air di bawah apartment kami untuk kegunaan penduduk sekitar.. 

Semacam pesta pula WN lihat orang ramai beratur panjang dengan baldi2 mereka untuk menadah air.. Dalam hati.. kalau sekarang pun dah panjang macam ni kul berapa kami yang baru sampai rumah ni akan dapat air sekurang2nya untuk basuhan yang kecil, besar dan air wuduk?

Sesampai rumah lihat Hubby siap2kan baldi.. Ayang.. tak usah lah kita buang masa beratur untuk tadah air kata WN.. Hubby hangin!!! Habih ?!!! (datang pulak idea WN yang pemaleh nak beratur tadah air.. dan sgt tidak suka kalau mandi dengan air yang bercatu.. serta ketidakurusan Hubby menggunakan air dengan berhemah)

WN cadangkan untuk bermalam di rumah2 kakak Hubby.. dengan pengukuhan fakta yang Hubby dah lama tak melawat kakak2nya.. maka idea itu diterimapakai.. hi hi bijak2x




Lutfi dan Umi saje di Hotel M-Design Pandan Indah (Bajet Hotel) pada 11 April lalu gara2 ketiadaan air di rumah plus Abah Lutfi : Duty.. tak de sape nak hangkut Air  


Jumaat Malam : Bermalam di PJ (rumah kakak sulung) - settle problem

10 Mac Sabtu : bertandang ke rumah Kakak Ipar di Shah Alam.. tengah malam baru bergerak ke Ampang.. sebab Hubby 'duty' esoknya - setted problem mandi malam

Sabtu malam : di Ampang.. masih tak de air.. tengah2 malam Hubby terpaksa menadah air.. secukupnya utk kami berdua.. - ini yang tak settled

DATING WITH MY LUVLY SON...

11 Mac Ahad : selepas mandi air tadahan.. Lutfi pula air membuang berkali-kali.. WN catu2 air utk basuh punggungnya.. akibatnye.. Punggung Lutfi.. merah2.. sensitif kulit Lutfi ni.. sampai habis air tadahan.. tak boleh jadi nih!! Baru kul 11.30 pagi - air tinggal setengah baldi je.. Macam mana nak amik air dengan anak yang tak paham bahasa dan melasak sangat kan?

Kemas2 barang Lutfi dan Pakaian WN dan juga untuk ke Opis esoknya.. terus ke kereta dan menuju ke Hotel.. siap tanya lagik.. hotel tu ada air ke idak.. okay la.. hotel baru cantik dan kemas.. RM100 semalam tanpa sarapan pagi.. mahal la jugak kiranya tu.. kat mana bajetnya kan?.. Check-in kul 2.. sementara tu kami berdua pusing2 cari makan sekitar Ampang.. Sian tak?.. makan berdua dengan anak yg sedang melasak.. 

Check in hotel je.. baring2 brestfeed kan Lutfi akhirnya kami berdua terus lelap.. lama sungguh Lutfi tidur.. mungkin sejuk je hari tu.. mungkin juga perasaannya aman sebab Umi dia tak leh gi jauh dari pandangan matanya.. (bilik kecik kan..).. lepas Asar baru lah Lutfi bangun.. Lega Umi dah siap solat... Mandi bersama.. buatkan Hot Chocolate kongsi berdua.. Minum petang dengan kek lagik.. romantik kan?!!

Solat maghrib pulak... cam biasa Lutfi la jd 'Yang Bertanduk' tu!!!.. kejap kang men chak bu chak.. kejap kang dok atas sejadah.. akhirnya Umi pasrah.. solat atas katil.. dan letak Lutfi bawah katil.. sementara Lutfi berusaha dan berjaya memanjat katil .. Umi dah selesai 2 rakaat.. ha ha bijak tak?.. tak yah lah tanya khuyuk ke idak.. tak mungkin.. mata nih.. asik terjeling2 je.. takut Lutfi tergolek dog..

Lepas maghrib keluar berjalan-jalan di Kompleks Pandan Indah.. kat bawah hotel je pun.. Tujuan - nak soh Lutfi penat.. bila penat - dia selera makan, bila kenyang - senang tido.. 

kul 10 malam Lutfi dah tido.. Dibuai mimpi indah sebab dapat menyonyot dan tido bawah ketiak acham Umi... Umi pulak keboringan.. awal sangat lagi.. apa lagi layan movie FOX astro je la sampai lelap..

11 Mac Isnin pagi : Check-out.. hantar Lutfi ke umah Pengasuh.. 9 pagi : Hubby call.. inform air tak de lagik.. laaa.. petang isnin..terus balik amik Lutfi.. Kumpul kain baju kotor.. lepas Maghrib kami ber hangkut ke rumah Kakak Hubby di Kajang pula.. sebelum tido hubby tanya 'kalo esok tak de air lagi macam mana?'.. WN jawab.. maleh pikir bole tak.. esok citer lain pulak..

12 Mac Selasa : Alhamdulillah selepas pukul 10.30 pagi bekalan air pulih seperti sedia kala.. 

p/s : Huih.. jangan la dibuat lagi hal macam ni time hubby tak de.. penat kepala hotak dan kederat nak memikul sensorang..















2 ulasan:

insan marhaen berkata...

IM pun, bila ada banyak masaalah difikir dalam satu masa, IM akan tidur dulu. bila bangun baru mahu fikir!

QasehnyaRania berkata...

samala..tempat saya skrg kjap2 tak da air..tak tahu nape ;D

hangin nya bila tak bagi notis.bgn pagi ayor tak da, acaner

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit