Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 21 Januari 2014

Rama-rama - Little Caliph

;)
Rama-Rama

Rama-rama tidak pernah tahu warna sayapnya
Tetapi orang mengetahui betapa indah sayapnya

Seperti juga engkau tidak pernah tahu indahnya dirimu
Tetapi Allah jua mengetahui betapa istimewanya dirimu

Ketika engkau memegang teguh syariat-Nya
Ketika engkau redha atas takdir-Nya

Ketika dirimu tersenyum menerima ujian
Dan dirimu selalu teguh dalam pendirian

Maka saat itulah engkau menjadi hamba terindah di mata-Nya
Semoga dirimu, diriku dan kita semua menjadi insan terpilih oleh-Nya

>>> Selalulah senyum andai diri ditimpa musibah, kerana senyum itu tanda ketabahan dan keredhaan!

1 ulasan:

ctpayong berkata...

dan jika mahu menangis, menangislah depan Allah kerana airmata yang jatuh di hadapanNya itu sangat mahal harganya.

والله اعلم

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit