Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 10 Januari 2014

Mengenal ALLAH dan mengEsakanNya

Sy dapat ni dari emel.. Untuk pengetahuan sendiri.. ada juga berbaur politik.. Itu elok timbang2 sendiri.. Simpan tak perlu dipanjangkan.. ada masa sy akan delete juga kenyataan tersebut serta kemaskini.

----- Forwarded Message -----

Subject: sembang2 pagi jumaat siri 2/2014..
Bab 1 : Beriman Kepada Allah Ta`ala.

Fasal 1 : Mengenal ALLAH dan mengEsakanNya.

Hadith 2: 
Dari Ibn Abbas ra, dari Nabi saw sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah..." (HR Abu Syeikh). 

Hadith 3: 
Dari Abu Dzar ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)." (HR Abu Syeikh) 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke2 dan ke3 yang kita baca pada kali ini, adalah hadith yang berhubung dengan ilmu sains yang diajar oleh Nabi saw. Selain hadith ini mengajar sains kepada kita, ia juga adalah merupakan suatu cara dan kaedah tentang bagaimana Allah swt mahu menjadikan kita insan yang sentiasa berfikiran positif. Kerana orang-orang yang berjaya di dalam hidup mereka ialah mereka-mereka yang sentiasa berfikiran positif. Dan banyak ayat di dalam al-Quran yang mengajar kita supaya sentiasa menjadi positive thinker, dengan menolak kaedah negatif seperti menyangka buruk tanpa usul periksa dan sebagainya. 

Hadith ini mengajar kita bahwa di antara cara nak melahirkan insan yang berfikiran positif ialah dengan memikirkan tentang penciptaan Allah swt. MaksudNya, kita digalakkan mengkaji setiap makhluk ciptaan Allah. Tapi kita dilarang memikirkan tentang zat Allah swt. Kerana zat Allah adalah suatu yang akal tidak mampu untuk mencapainya. Contohnya, kita semua kan tahu wujudnya arus eletrik yang mengalir dalam wire. Pengaliran itu berlaku akibat electron current flow dari +ve ke -ve charge. Tapi tidak ada seorang pun yang pernah melihat electron. Kita hanya diajar nucleus proton dan neutron yang ada di dalam charge electron. Itu sajalah yang diajar. Jantan betina ka proton neutron ni, kita tak tahu. Yang hanya kita yakin ialah adanya elektrik. Kalau tuan-tuan tak caya, pi la kerobek tengok wire kat rumah. Siap kain kapan la jawabnya. Sebab itu, walaupun kita tak boleh nak rasa zat elektrik, tapi kita yakin elektrik memang wujud berdasarkan teori yang diajar oleh ahli-ahli kejuruteraan di bidang elektronik. Kita diajar bagaimana eletrik dihasilkan melalui dc motornya, ac motornya, segala jenis motor termasuklah moto kapcainya sekali. Semuanya kita belajar. Sebab itu kita yakin adanya elektrik. Jadi, siapa beritahu kita tentang elektrik?...Mereka ialah pakar bidang elektrik dan elektronik yang bertungkus lumus berpuluh-puluh tahun mengkaji bidang ini. Tapi yang beritahu kita, tak boleh kaji zat Allah ini ialah seorang yang pakar kepada segala pakar, iaitulah Nabi Muhammad saw. Baginda hanya mengajar kita supaya memikir tentang makhluk ciptaan Allah. Dengan kita memikir makhluk yang Allah cipta, di samping kita dapat melihat Kebesaran dan Keagungan Allah swt, dari situ juga kita akan dapat melihat ilmu-ilmu sains yang diajar di dalam al-Quran. 

Sebab itu, kita jangan cuba berbahas tentang zat Allah. Kalau tiba-tiba datang lintasan dalam kotak pemikiran kita, maka lintasan seperti itu tidak dikira. Ini bermakna, dalam Islam, lintasan dalam hati tidak diambil kira Allah. Umpamanya dalam sembahyang, tiba-tiba terlintas dalam hati Tuhan dalam bentuk suatu jelmaan sedang dok duduk tengok kita sembahyang; kalau datang lintasan lagu tu, ianya tidak diambil kira. Atau pun katalah contohnya kita nak keluar rumah, tiba-tiba isteri kita tegur, "Abang! bukan nak pi makan kenduri ka?...Awat yang pakai baju comot tu?...Awak tu bakal YB. Pi la tukar pakai hat smart punya sket." ...Kita pun pi tukar baju dengan takdak niat langsung nak riak ataupun takdak langsung perasaan nak tunjuk kat orang kata baju kita lawa. Takdak. Tapi tiba-tiba masa berjalan tu, dia mai juga lintasan dalam hati, "Aiseyman! Smart betoi aku hari ni. Takdak orang yang smart dalam majlis tu, melainkan aku sorang aje yang smart." ...Kalau datang lintasan macam tu, maka ianya tidak diambil kira oleh syara`. Tidak berdosa. Tapi jangan masa pakai-pakai tu, dia dah datang perasaan nak riak; yang ni berdosa, tuan-tuan. Ini dia Islam. Dia tidak mengambil kira lintasan. 

Jadi, Nabi saw bukan suruh kita fikir tentang zat Allah tapi yang disuruhnya kita fikir (tafakkur) ialah tentang makhluk Allah. Sebab itu dalam Ihya` Ulumuddin, hujjatul Islam al-Imamul Ghazali rahimallahu ta`ala telah meletakkan suatu bab khas dalam kitab karangannya itu dengan dinamakannya "Bab Tafakkur". Tafakkur maknanya berfikir. Dia bukannya macamana orang kita dok pi tunduk kat tugu negara tu. Hat tunduk-tunduk tu Jepun. Kita bukan Jepun. Nampak tak tuan-tuan, macamana istilah "tafakkur" telah disalah-ertikan. Yang imam Ghazali tulis dalam kitabnya bab tafakkur ialah untuk nak ajar kita berfikir, bukannya suruh kita pi tunduk angguk-angguk. 

Okay, untuk menjadikan tapak perbincangan pada kali ini yang menghubung-kaitkan dengan hadith ke2 dan ke3 ini, maka ust telah menjadikan sandarannya berdasarkan ayat 164 Suratul Baqarah. Dalam ayat ini, ada 7 benda yang Allah suruh kita fikirkan. Sebab daripada 7 benda inilah, ia menghasilkan ilmu sains kepada kita. Firman Allah : 

1) "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,..." ...Daripada ayat awal ini, kita boleh pula tengok 3 benda tentang hebatNya Allah swt. 

i) Maknanya bila kita perati langit dan bumi, kita akan nampak dengan jelas akan Kebesaran Allah swt. Kita boleh tengok sendiri bagaimana langit yang berada atas kepala kita itu berdiri tanpa tiang. Siapa buat langit tu, tuan-tuan?...Atas perintah Allah swt lah, langit itu berdiri dengan megahnya tanpa tiang. 

ii) Kalau kita belajar ilmu kejuruteraan elektronik, kita akan dapati bahwa langit digunakan sebagai medium untuk frequency wave transmission dalam bentuk amplitude modulation (AM). Tetapi tidak dalam bentuk FM. AM tak sama dengan FM (frequency modulation) sebab FM lebih canggih daripada AM. FM lebih banyak synthesizer bandnya daripada AM. Jadi, FM lebih sedap bunyi fidelitynya daripada AM...Okay, bila kita belajar AM (yang tuan-tuan buka radio tang MW atau SW tu), kita akan dapati bahwa langit akan memainkan peranan. Sebab daripada satu transmission ke satu transmission, dia menggunakan langit sebagai medium. Contohnya katalah satu pemancar di Kuantan nak hantar ke KL. Dia akan tembak ke langit, dan langit akan reflect jatuh balik ke bumi. 1 reflect dipanggil 1 hop. Jadi, nak sampainya daripada Kuantan ke KL, maka berlaku 1 st hop, 2 nd hop dan 3 rd hop. Normally sampai setakat 3 rd hop sahaja. Tapi bila dapat kat black metal, terus depa kata, "Hip! hop!" ...Tuuu dia tuan-tuan, kurang ajaq punya black metal. Jadi, FM tak sama dengan AM sebab FM tak pakai langit. FM transmit straight follow curving of the earth yang dipanggil sebagai "Line of side". Sebab itu, di setengah-setengah tempat yang susah nak dapat transmission, depa akan pasang relay pemancar. Contohnya macam Pulau Langkawi, dia mesti kena ada satu relay pemancar. Begitu jugalah dengan tempat-tempat pendalaman, yang kalau nakkan transmission, depa mesti kena ada satu relay pemancar sebab transmission sukar dalam keadaan hutan...Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah langit yang dicipta Allah itu tidak sia-sia kerana ia amat berguna kepada manusia. 

iii) Okay yang ke3 nya, cuba tuan-tuan perati tengok bumi yang tuan-tuan pijak tu. Kalau tuan-tuan belajar ilmu sains, bumi ini asalnya hanyalah sebuah lautan yang luas, yang tidak ada daratan. Time tu takdak lagi P.Pinang, takdak lagi Kedah, takdak lagi Putrajaya, takdak lagi apa semua ni. Yang ada hanyalah lautan air yang luas. Kemudian bila berlaku evolusi demi evolusi pada peredaran dunia, yang diambil kira perubahan zaman, cuaca, ekologi pada waktu itu, akhirnya dengan izin Allah, timbullah dataran yang kita panggil bumi. Dan dataran bumi yang mula-mula sekali timbul ialah "ummal kuraq", iaitulah Mekah al-Mukarramah. Apa erti "ummal kuraq" dalam al-Quran?...Ummal kuraq ertinya ibu negeri. Jadi pasai apa Mekah disebut ummul kuraq?...Ia disebut begitu kerana dialah dataran bumi yang mula-mula sekali muncul di dunia ni. Bilakah tarikh sebenar dia muncul?...Kalau dalam bahasa sains, waktu ummal kuraq itu timbul, ia dipanggil "ikeozoid" (4600 juta tahun dahulu). Time tu melayu entah ke mana pun tak tau. Yang ada time tu hanyalah semenanjung tanah Arab yang baru sahaja timbul. MasyaAllah, sebenarnya Quran dah sebut kat kita lama dah tuan-tuan tentang benda ni. 

Kemudian fasa yang ke2 pula ialah 410 - 1500 juta tahun dahulu, dataran bumi yang muncul pada waktu itu dipanggil "proterozoid". Kalau nak hafal, jenuh jugak tu tuan-tuan. Jadi, takyah hafallah, bukannya nak masuk PMR lagi dah. Hangpa semua dah tua berjanggut dah pun. Apa yang saya tulis ni, hanya just a knowledge to us. Itu saja. Okay, proterozoid ni ialah dataran yang timboi sikit belah-belah kutub utara, seperti Rusia dan Siberia. Kemudian dalam fasa ke3 pula, antara 205 - 410 juta tahun dahulu, dia dipanggil "paleozoid". Time ni barulah keluar segala gunung ganang apa semua, termasuklah gunung berapi. Manakala dalam fasa ke4 pula, antara 6 - 205 juta tahun dahulu, dia dipanggil "mesozoid". Time ni dah nampak canggih sikit, sebab keseluruhan Eropah dan China jelas kelihatan. Dan akhirnya sekali, sejak dari 6 juta tahun dahulu sehinggalah sekarang, itulah dia map of the world, dan dia dipanggil "senozoid"....Faham tu murid-murid...Ceeeh! Perasan jadi cikgu pula aku...Bukan apa tuan-tuan; saja aje saya sebut sebab nak bagi knowledge kat tuan-tuan, bahwa peta dunia yang kita dok duduk sekarang ni terbentuk keseluruhannya sejak 6 juta tahun dahulu. Jadi, lama dah usia dunia ni tuan-tuan oooiii!...Kemudian daripada itu, barulah marinya segala dinosaur-dinosaur semua ni. Selepas tu bila puak-puak dinosaur ni mati, bukit bukau pun hancur bersama-sama dengan pokok kayu yang nala-nala punya besaq masuk ke perut bumi; maka terjadilah petrolium. Lepas tu, puak karat pi kebas di T`ganu. Tu cerita dia. 

2) Yang keduanya Allah suruh kita fikir ialah berlakunya pertukaran siang dan malam. Tuan-tuan jangan sekadar tengok saja berlakunya pertukaran hari siang dan malam begitu saja. Tetapi kita kenalah fikir rahsia disebalik siang dan malam itu. 

i) Cubalah tuan-tuan fikir, apa akan jadi pada dunia sekiranya siang 24 jam, takdak gelap langsung?...Jawapannya, manusia akan jadi robot. Dia kira nak kerja aje. Tak reti dah nak rehat. Industri akan semakin meningkat dalam keadaan manusia tidak direhatkan. Sedangkan Allah buat tubuh kita ni sepertimana yang disebut Nabi saw dalam hadith lain yang maksudnya, "Mata kamu ada haq. Telinga kamu ada haq. Tubuh kamu juga ada haq. Tidurlah. Walaupun aku ialah orang yang paling hampir dengan Allah; aku berpuasa, aku berbuka. Aku sembahyang malam, aku tidur..." . ..Hadith ini Nabi saw sebut bila ada beberapa sahabat kata dia nak beribadah sampai tak mau tidur langsung dan berpuasa sampai tak mau buka-buka. Jadi, hadith ini adalah suatu nasihat daripada Nabi saw supaya jangan melampau di dalam beribadah sehingga melawan fitrah Allah. Sebab baru minggu lepas berlaku di Brazil, ada seorang pekerja pengelola kren mati kerana dia tidak tidur selama 18 hari. Bukan dia tak boleh tidur. Tapi dia paksa diri dia bekerja. Maka bila sampai hari ke18, dia pun mati. Sebab apa?...Sebab dia melanggar fitrah yang Allah dah tentukan. 

Kemudian cuba tuan-tuan bayangkan pula sekiranya berlaku 24 jam malam, takdak siang?...Jawapannya, semua pakat tidoq belaka la. Pantang tengok gelap, kira nak tidoq aje. Berapa banyak kilang torch light dan bateri yang akan terpaksa didirikan?...Jenuh menyuluh kita, tuan-tuan. Tapi semuanya tidak berlaku kerana besarnya rahmat kasih sayang Allah kepada kita sehingga disebutNya dalam Surah an-Naba`:9-11. Kata Allah, "Kami jadikan malam untuk kamu tidur beristirehat. Dan Kami jadikan siang untuk kamu mencari penghidupan." . ..Inilah nikmat yang Allah beri pada kita, tuan-tuan. 

ii) Bila perati siang malam, kita akan dapati inilah satu contoh yang Allah buat untuk kita ambil iktibar. Manusia yang hidup dalam hidayah adalah seperti siang yang terang benderang. Manakala manusia yang hidup dalam kegelapan adalah seperti malam yang gelap gulita. Dalam lain perkataan, hati menjadi gelap dalam keadaan tak boleh terima agama Allah swt...Jadi, apa yang kita nak bagitau disini ialah pertukaran malam dan siang itu bukan sekadar satu proses peredaran bulan, peredaran matahari dan putaran bumi; malah ia merupakan satu pengajaran yang amat besar di belakangnya yang boleh kita kait dengan hidayah, petunjuk dan sebagainya. 

3) Yang ke3, Allah suruh pula kita perati tengok kapal-kapal yang berlayar di lautan, yang membawa barang-barang yang bermunafaat bagi manusia. Kapal dibuat daripada besi tapi pasai apa tak tenggelam?...Sedangkan kalau kita campak seketul besi, ia tenggelam. Tu yang Allah suruh kita fikir tu. Kapal ni bila kita buat dia dengan sistem buoyancy dia, dengan titik graviti dia dan dengan segala sistem kejuruteraan marine yang difahami oleh orang yang belajar dibidang itu; maka dia boleh melayarkan manusia di tengah lautan yang luas. Dan kata Allah , "Bukan sekadar belayar, tapi dia dapat membawa barang-barang yang berharga untuk manusia." ...Cuba tuan-tuan perati tengok, kebanyakan barang import eksport semua ni diselenggarakan melalui kapal, betoi tak?...Minyak mentah, minyak kelapa sawit apa semua ni, orang tak bawa naik pakai kapalterbang. Boleh runtuh kapalterbang tu akibat terlalu berat. Jadi, semua benda bahan mentah ni dibawa melalui kapal. Kapal nak pergi ke mana tuan-tuan kalau takdak air laut?...Jadi, bila kita fikir semua benda-benda lagu ni, ia akan menarik kita bersyukur kepada Allah. Inilah yang Allah ta`ala ajar. Tapi ada manusia yang kadang-kadang dia tak faham. Dia boleh belayar berpuluh-puluh hari di dalam kapal, padahal dia tak sembahyang pun. Sedangkan Allah sebut dalam al-Quran Surah Yaasiin:43 yang bermaksud, "Kalau Aku mahu, Aku boleh tenggelamkan mereka. Maka tidak ada siapa pun yang boleh menolong mereka..." ...Nampak tak tuan-tuan sifat Mutakabbir yang dimiliki Allah. Dia boleh buat apa sahaja yang Dia suka. Time tu kita nak minta tolong kat sapa?...Tuuu yang Allah suruh kita tengok kapal tu. 

4) Yang ke4 pula kata Allah, "Apa-apa yang Allah turunkan daripada langit, berupa air hujan. Yang dengannya Kami hidupkan bumi sesudah mati." ...Dalam ayat ini, Allah suruh kita perati air hujan. Ada beberapa ayat dalam Suratul Waaqi`ah yang cukup indah untuk kita lihat sebagai contoh. Tuan-tuan boleh rujuk pada ayat 68-70. Ayat-ayat berkenaan adalah satu bentuk pertanyaan Allah yang kita rasa amat kerdil untuk dijawab. Allah tanya, "Hoi manusia! Tidakkah kamu tengok air yang kamu minum?" ...Tu yang kita minum segala teh tarik tongkat ali, kopi gano, nescafe apa semua tu, air dia tu mai daripada mana?...Dia mai daripada stor simpanan air atau kawasan tadahan, yang kemudiannya disalur melalui pili paip. Boleh ka kawasan tadahan air itu penuh kalau air hujan daripada langit tak turun?...Sebab itu Allah tanya lagi, "Kamukah yang bawa turun air hujan tu atau Kami yang menurunkannya?" ...Melopong kita tuan-tuan, sebab tak ada manusia yang boleh buat air hujan. Kemudian Allah tanya lagi, "Bagaimana kalau air hujan tu rasanya masin?" ...Naya kita tuan-tuan kalau air hujan tu Allah buat bagi masin. Kalau nak minum kopi, jenuh setengah gelas tu saja nak kena bubuh susu pasai nak neutralise kan rasa masin. Jenuh nak kena bagi jadi manis. Akhirnya kita pula yang kena kencing manis. Pekedai rugi pasai nak kena bubuh banyak susu, yang kita pula kena penyakit diabetes. 

Diabetes ni berlaku sebab gula terlampau banyak tersimpan dalam badan akibat tak exercise. Tu yang jadi gemok tu. Bukankah doktor dah bagi nasihat, dalam seminggu mau 3x jogging?...Sekali sekurang-kurangnya mau ambik masa dalam 20 minit berjogging atau jalan cepat. Bayangkan tuan-tuan, ada maklumat daripada doktor yang beritahu bahwa sekeping roti canai yang kita makan, lalu untuk membuangkan segala kolesterol minyak apa semua tu, 1 keping roti canai = 7 km jogging. Tak ke naya badan kita, tuan-tuan?...Tu tak masuk lagi roti planta, roti tempayan lagi tu. Kalau masuk, mau boleh pi sampai 21 km. Tak ke mampuih punya cerita tu?...Sebab itulah kita kena amalkan gaya hidup sihat. Disamping kita makan benda yang berkhasiat, exercise juga amat perlu. Lepas Subuh, cuba ambik dalam 20 minit jalan cepat atau jogathon. Jangan belenggang macam pi hantaq kueh pulak. Macam tu tak aci. Sebab matlamat kita ialah untuk pecahkan glugos yang berlebihan dalam badan. Gula yang kita makan akan jadi glugos. Glugos adalah untuk tenaga. Sebab itu, dia mesti dibakar dan dibuang. Dan cara nak bakar dia ialah kita kena exercise. Seminggu 3x. Sekali ambik dalam masa 20 minit tu pun kira ok dah tu. Bukan pasai apa tuan-tuan, perjuangan kita memang jenih makan masa punya. Lambat lagi nak menang ni. Takkan hangpa nak mati cepat kot?...Perjuangan kita masih jauh lagi ni. Esok suruh pi tampai poster, dah tak boleh pasai terlantar kat hospital kena diabetes. Pi jengok lagi sorang, pun masuk spital jugak pasai kena sakit jantung akibat darah pekat. Check check tengok, tuuuuu dia tiap-tiap pagi 4 keping roti canai punya mentahkedarah. Nak berjuang apa kalau lagu ni punya gaya. Makan makan jugak, tapi exercise kena buat tuan-tuan pasai nak pecahkan lemak dalam badan. Sebab itu orang yang kuat makan cokelat kalau dia tak exercise, dia akan jadi gemok. Bila dah gemok, mudahlah risiko sakit jantung menyerang. Mati memang semua orang mati, tapi Islam mengajar kita jaga kesihatan. Kalau tak, mana mai hadith Nabi saw sebut, "Seorang mukmin yang sihat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang tidak sihat." ...Inilah hadith yang membicarakan tentang kesihatan. 

Okay berbalik kita kepada cerita kalau air hujan masin tadi. Jenuh kita tuan-tuan. Tapi hakikatnya Allah buat elok saja tawarnya. Jadi berapa ramai yang bersyukur bila dia dapat minum air yang siap dah ditawarkan?...Berapa ramai boleh fikirkan kebesaran Allah bila dapat minum air ais tika cuaca panas tengahari?...Inilah dia yang dikatakan aqidah tu, tuan-tuan. Tengok ayaq nampak Allah. Ini yang ahli-ahli tasawuf atau wali-wali kata, kamu tengok apa pun, nampak Allah. Sebab tu ada setengah orang kata depa ni gila, walhal sungguh. Kerana depa sentiasa nampak akan kebesaran Allah yang telah menciptakan segala-galanya. Tapi bila orangramai tak faham, dituduhnya ahli-ahli tasawuf dan wali-wali ni semuanya gila. Tengok cawan nampak Allah. Tengok apa pun nampak Allah. Kalau kita kaji, memang sungguh sebab segala kejadian semuanya datang daripada Allah swt. 

5) Yang ke5 nya Allah suruh kita tengok binatang-binatang yang melata di mukabumi. Ada binatang yang ditunggangi, ada binatang yang dimakan, ada binatang yang diambil bulunya dan berbagai-bagai lagi. Cuba tuan-tuan buka Quran dan tengok ayat ke5 dalam Suratul Jumu`ah. Dalam ayat ini Allah cerita tentang kaldai (himar). Kata Allah, "...misal mereka-mereka yang dipikulkan (diamanahkan) Taurah ke atas mereka, tiba-tiba tidak dipikulnya, maka samalah mereka seperti kaldai yang memikul kitab." ...Samalah juga dengan mereka-mereka yang diberi al-Quran supaya dipikul amanah al-Quran ini, tiba-tiba tidak diendahnya isi kandungan al-Quran itu, maka samalah mereka seperti kaldai yang penuh kitab di atas belakang. Nampak saja bawa kitab, tapi bangang satu habuk pun dia tak paham. Allah marah tu, tuan-tuan. Banyak manusia yang jenih sebenarnya apa pun dia tak tau, tapi berlagak tau. Inilah dia perangai kaldai. Bercakap ni seolah-olah mengalahkan wali-wali, padahal apa pun dia tak reti. 

Kita tidak boleh nafikan betapa pentingnya pendidikan kerana ayat yang pertama turun mencecah ke dunia ini pun adalah ayat pendidikan. ..Tahukah tuan-tuan, kita sekarang kalau nak maju, kita kena peka dengan perkembangan Asian +3?...Maknanya kalau asian nak maju, dia kena bergabung dengan 3 lagi negara, iaitulah Korea, China dan Japan. 3 negara ni maju tak tuan-tuan?...Maju tuan-tuan oooiiii, tapi cakap omputih sepatah haram pun tak tau. Tuuuuu! Penang Bridge yang hangpa dok lalu tu. Engineer dia Korea yang cakap omputih mampuih dia tak tau. Tapi jambatan tu tegak elok je. Lagi apa?...Tuuuu! KLCC yang hangpa dok bangga sangat tu. Engineer dia sapa, kalau bukan joint antara Korea dan Jepun yang sehabuk omputih pun tak reti, tapi tegak elok je KLCC tu sampai orang kata "batu nesan KL". Korea dan Japan ni maju sehingga boleh jadi host World Cup 2002 walaupun depa tak reti cakap omputih. Ronaldo dapat kasut emas, yang hangpa tengok sampai masjid "naik cerah" tu bukannya reti cakap omputih pun tapi dia muncul sebagai orang yang berjaya dalam hidup. Kita memang tak nafikan kepentingan English sebab Nabi saw pernah bersabda bahwa beruntunglah orang yang faham banyak bahasa. 

Binatang yang kedua kita nak tengok ialah anjing. Dalam Quran ada Allah menyebut tentang anjing walaupun dia najis mughallazah (binatang yang tak boleh kita makan). Dan kita perlu ingat, benda-benda haram ni kalau sampai ke tahap darurah, kita dibolehkan makan. Begitu juga dengan sutera yang orang lelaki tak boleh pakai. Sebab ada satu hadith sahih yang menceritakan bahwa Ibn Abbas ra memang suka pakai pakaian sutera. Kemudian bila Rasulullah saw umum sutera diharamkan bagi lelaki, maka Ibn Abbas pun turut mematuhi larangan itu dengan tidak lagi memakai sutera. Tapi selang 2-3 hari, tiba-tiba Ibn Abbas ra mengalami penyakit gatal-gatal kulit sebab dia tak pakai pakaian sutera. Lalu dia jumpa Rasulullah saw dan diceritakan masalahnya. Maka Rasulullah saw pun kata Ibn Abbas, "Pakailah oleh mu sutera itu." ...Maknanya benda yang diharamkan dalam Islam bila sampai keadaan darurah, ia bertukar menjadi harus. Begitu juga dengan babi. Ia haram dimakan tapi bila darurah, ia boleh dimakan. Tapi dengan 3 syarat. Syarat yang pertama, kalau tak makan kita mati. Yang keduanya, makan jangan sampai kenyang. Setakat boleh bagi kita bernafas, cukup. Jangan pi belunjoq kaki bawah pokok sambil cungkil gigi, kemudian belehaq, "Bluuurp! sedap rupanya babi ni." . Jangan sampai macam tu, tuan-tuan. Dan syarat ketiga ialah tak boleh bungkuih bawa balik. Memang kita nampak kelakar, tapi jangan main-main tuan-tuan sebab syarat ni ulama` bahas. Tengok ada plastik, kita pun potong sikit untuk bekalan. Tak boleh buat lagu tu sebab dikhuatiri selepas tu bila kita boleh berjalan, mungkin kita akan bertemu benda-benda yang halal dimakan, maka ketika itu babi itu kembali menjadi haram. Jadi apa yang kita nak bagitau ialah haramnya babi tapi boleh makan bila waktu darurah. Begitu juga sutera yang diharamkan bagi lelaki, tapi kalau tak pakai kita rasa gatal-gatal kena penyakit kulit, pada waktu tu dibolehkan pakai sutera. Haramnya rokok, kalau tak isap rokok, pening kepala. Jawapannya tetap tak boleh isap. Bukan apa tuan-tuan, mana la tau kot-kot ada sahabat nak qias keadaan darurah ni dengan rokok pula. Depa nanti kata, "Kalau macam tu, rokok pun kira boleh la kot. Pasai saya kalau tak isap rokok, kepala ni nanti naik pening, tak boleh dah nak pikiaq." ...Oooo, hang nak qias aku dengan rokok pulak. Sorry, takdak pasai. Hangpa tau ka dalam sebatang rokok tu ada 200 punya jenih racun. Salah satunya ialah racun tikus. Takke mampuih punya cerita tu?...Dan termasuk dalam asap rokok tu ialah tar (yang orang dok buat jalan tu). Jadi tak payahlah hangpa susah payah pi isap rokok, lebih baik minta sikit kat JKR, kepak sikit tar tu, lepas tu hangpa jilatlah, kunyahlah sepuas hati. Lagi cepat mampuih la jawapnya....Apa ra hangpa ni. Takdak sedap apa pun isap rokok tu. Berenti buang la. Kalaulah sekali sedut tu nampak Masjid Nabawi, sayalah orang yang mula-mula sekali isap rokok. Dua kali sedut, nampak pula kelambu Ka`bah; bukan kata isap, nak kunyah telan pun sanggup. Jadi jangan dok qias hadith Ibn Abbas pakai sutera tu dengan rokok pulak. 

Okay berbalik kita pasai anjing tadi. Dalam Suratul A`raaf:176 Allah buat perumpamaan bahwa orang yang rakuskan dunia dengan menolak ke tepi Islam, maka orang itu samalah macam anjing. Kata Allah, anjing ni kalau kamu bagi makan ka, tak bagi makan ka, dia tetap akan jelirkan lidah. Maknanya, dia sentiasa nakkan habuan. 

Okay binatang apa lagi yang melata kita nak tengok?...Apakata kita tengok babi. Babi ni adalah satu jenih binatang yang kira nak menyondoi aje tak kira dah halai haram. Lagi teruk rupanya babi ni. 5 tahun sekali, kerja nak menyondoi saja puak-puak ni. Tak kira halai, tak kira haram, tak kira lingkup aqidah, janji boleh kenyang kira ok. Jadi tiap-tiap yang Allah cipta tu mesti ada pengajaran yang boleh kita ambik. 

6) Yang ke6 nya kita tengok angin yang bertiup. Bila sebut angin, dua benda kita kena tengok. Yang pertamanya ialah rahmat, dan yang keduanya ialah bala`. Bila kita pi picnic kat Batu Feringgi atau kat Telok Bahang, kita dihembus dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Angin jenis ni ialah angin rahmat. Lepas tu pula, ada juga angin yang membawa ujian besar kepada manusia, dengan dia boleh menerbangkan segala-galanya. Angin jenis ni membawa bala`. Contoh-contohnya adalah seperti Hurricane, Tornado, Greg dll. Tuan-tuan tengok dak gambaq Twister?...Depa boleh pi tracking puting beliung tu. Kerja gila sungguh depa ni. Depa konvoi ramai-ramai dengan bawa segala aksesori pengesan ribut siap dengan ocsiloscope, siap dengan radar apa semua. Bila ribut dikesan dok mai, bukannya ribut tu hambat depa, tapi depa yang pi hambat ribut tu pulak. Hambat punya hambat, last sekali bila kita tengok puting beliung tu terbangkan segala-galanya yang dia redah, kita pun naik kecut perut. Tu baru gambaq, bukan lagi hat cerita dalam Quran macamana bila mai hari Qiamat. Nauzubillahiminzalik. 

Dan satu lagi yang perlu kita ingat bila sebut pasai angin, iatulah dia tentang kerajaan negeri Nabi Sulaiman as. Sebab antara unsur kekuatan k`jaan Nabi Sulaiman as, salah satunya ialah angin. Kata Allah dalam Surah al-Anbiyaa`:81, "Kami tundukkan angin untuk dia. Sehingga dia bergerak ke mana pun, angin akan membawa dia..." . ..MasyaAllah tuan-tuan. Walaupun macam tu, Nabi Sulaiman as tak pernah sombong dengan Allah. Bahasa binatang dia faham. Jin ifrit, manusia, burung tentera dia. Angin kenderaan dia. Lalu Nabi Sulaiman as kata kat Allah, "Ya Allah. Aku minta ampun kepada Mu..." . ..Inilah dia sifat orang beriman, tunduk kerdil di depan Allah. 

7) Dan benda yang terakhir (yang ke7) Allah suruh kita tengok ialah benda yang tergantung antara langit dan bumi, itulah dia awan. Kalau kita naik commercial flight yang tingginya 35000 kaki dari aras laut, kita berada atas lagi daripada awan. Tapi kalau kita pi Langkawi yang flightnya terbang dalam ketinggian 10000-13000 kaki sahaja dari aras laut, kita akan rasa kita duduk betul-betul atas awan. Kita boleh tengok awan ni sebijik macam kapas tapi bila kapalterbang langgar dia, kita akan rasa kapalterbang bergoyang. Maknanya awan ni dia ada ketumpatan. Fungsi awan ini ialah dia mengumpul titisan air. Bila berat, barulah dilepasnya ke bumi sebagai air hujan, yang kemudiannya menjadi kegunaan manusia. 

Kesimpulannya, inilah dia 7 benda yang ust sebut kali ini dengan dikaitkan dengan hadith 2 (dari Ibn Abbas ra) dan hadith 3 (dari Abu Dzar ra) berhubung dengan masalah memikirkan penciptaan Allah. Dalam ratusan ayat al-Quran yang menceritakan penciptaan Allah, ust pilih Suratul Baqarah:164 sebagai topik perbahasannya supaya mudah kita faham. Jadi akhir kata, berfikirlah kita secara positif untuk agama Allah. Jangan sekali-kali berfikir secara negatif untuk melemahkan agama Allah swt. Dan jangan juga sekali-kali berfikir tentang zat Allah kerana memang kita sebagai makhluk tak mampu. Kalau rasa lintasan, ia tidak diambil-kira syara`. Jangan iktiqad zat Allah begini-begini, boleh jatuh kapir kita tuan-tuan . Nauzubillah...Senang kata, jangan dok pikirlah. Banyak lagi kerja lain yang kita nak fikirkan. Allah memang Dia wujud, yakni Dia tetap Ada. Bagaimana zat Dia?...Dialah saja yang Maha Tahu. Kita buat kerja kita sudah. Seperti sembahyang, puasa, berjuang dan sebagainya....renung2kan lahhh dan selamat beramall.... 

Allahu ta`ala `alam. 

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit