Cuma luahan rasa...
naik 20 sen tak kan sampai tak kecukupan
belanja minum makan, belanja jalan-jalan
belanja sihat belanja perubatan
ingat, Pencapaian perlu diutamakan!
Dan Tuan-tuan, Puan-puan
tak kan sampai hendak berantakan
hubungan keluarga handai taulan
hanya kerana mereka memilih Barisan bukan Pakatan juga
yang janjikan bulan bintang tinggi di awan.
Jangan Tuan, jangan Puan, jangan meroyan
kalaupun Pakatan pilihan Tuan pilihan Puan
belum tentu Tuan Puan dapat suka guling-gulingan
entah-entah lebih sudu dari kuah, lebih piring dari cawan
entah-entah banyak harga barangan alami kenaikan.
Pahit, kelat, payau oleh 20 sen itu telanlah, Tuan Puan
merelakan dan meredakan dalam ketaksukaan
lebih baik daripada sungut-sungutan berpanjang-panjangan
kerana kerajaan katanya sedang berusaha membetulkan
mentaliti subsidi yang menjadi anut-anutan..
Tuan Puan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan