Dapat dari Fan Page di FB
i) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
ii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
iii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
iv) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
v) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
vi) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
vii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
viii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
Semua kiraan masa itu adalah mengikut kiraan masa dunia.
Di antara tips untuk melepasi titian sirat-ul mustaqiim.
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?”
Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya Allah yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara seperti teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap sedia menelan mereka yang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya Allah, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya: “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di atas dunia. Oleh sebab itu, sesiapa yang memilih jalan Allah sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat itu akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka pada hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan