Ketika itu dirasakan kehidupan aku di kampus tidak lagi seindah yang dimimpikan ketika di alam persekolahan.. Bemula Ogos 1994 rutin harian kami tidak lagi seperti student2 yang lain (yang sibuk menyertai pelbagai aktiviti di desa dan persatuan untuk berkenal2an)... Rutin harian kami kini dipenuhi dengan aktiviti yang diada-adakan oleh senior-senior (Midshipment intake 7) : Menurut mereka untuk menyediakan/mengubah attitude/kehidupan kami dari CV kepada ala-tentera.. (untuk mengelakkan kejutan ketika menghadiri ACT - Annual Continous Training di Lumut nanti) ;
Desasiswa KembaraBerikut adalah alpha routine kami di kampus selama hampir 2 bulan;
a) Isnin (8 malam - ikut suka depa la) :
- melapor kepada senior-senior di desasiswa kembara (wanita dengan senior2 wanita la) ... hari pertama seronok jugak la.. senior berkongsi pengalaman mereka,
- diperkenalkan dan diajar penggunaan Naval Terms, nama2 kapal, rank, nama2 punishment, arahan kawad..
- dan aku terperasan, tak ramai hanya 9 wanita yang terpilih dan senior wanita kami hanya 4 orang.. sumenya non-muslim.. selepasnya hari pertama, mmm... dah start kena taji..
- belajar iron baju & uniform (cam bodoh je -kena tajam beb tak leh ada highway, akhirnya sangat berguna kepada aku), belajar shine cut-shoe dan pelbagai jenis kasut lagi, shine buckle, lipat-melipat pakaian: sume kena square beb.
- dah terpacak kat padang kawad untuk memulakan aktiviti petang (EA)
- dengan Track-suit biru, t-shirt putih, kasut bata tapak merah.. (sume kena bersih tak leh ada sikitpun cela, ber -iron, rambut kemas)
- siap kena maki dengan CO (orangnya kecik dan rendah dari aku, tapi suara & wajahnya memang sickerning (garang) giler) - kantoi sebab pakaian masing2 melantung hangit pada mula2nya la..
- melapor kepada CO dan start lari pusing kampus USM dari Kembara (Desa paling jauh ketika itu), tension jogging dalam skuad :- step kena jaga.. silap kaki je.. satu skuad kena turun buat 1 set..
- meredah hampir semua desasiswa (masa ni la paling segan.. sume orang tengok kami - mantain beb walaupun nafas dah tercungap2),
- menaiki bukit ke HEP, Muzium USM sehingga ke Pusat Bahasa (kira bangunan paling atas bukit di USM ketika tu) dan biasanya aku lah orang yang sentiasa tercicir daripada group.. lembik giler aku ni..berhenti sekejap untuk ditaji 2 ke 6 set (biasala kan macam2 kesalahan kadet2 baru akan diorang saje cari)
- sambung lari menuruni bukit melalui pusat2 pengajian, Masjid USM, Tasik Harapan dan sampai ke Kembara semula.. (jauhnya dalam 5.5 km jugak la)..
- Soru malam mesti miss ; sebab penat sangat.. balik- mandi2, solat dan terus ke katil.. penat giler..
- Dah terpacak kat Padang Bola Tampar Desa Bakti... untuk perbarisan pagi.. tujuannya check pemakaian uniform kami la sama ada ikut standard atau tak .. pagi2 dah kena 2 ke 3 set punishment.. kalau guys kena push-up, kami ladies ni kena half stand je.. ye la kan pakai skirt ..
- Antara pick-up (kesalahan) popular seperti kasut & buckle tak shine, cap & epullate berhabuk, line tak sharp (ada highway), saputangan tak iron/salah lipat/tak de perfume, dan silly pick-up pun ada : bulu hidung (irish-penant), rambut cicah kolar, ikat tak kemas..
- Hari beruniform bagi sume Palapes di USM.. segan beb, masuk kuliah beruniform ni (mana tak nye kuliah Tamadun Islam - wajib amik pulak tu).. lagi pulak bagi ladies, uniform kami memang cantik putih bersih tapi berskirt.. bayang kan macamana ustaz tu jeling kami
- Tension beb, wajib pakai uniform ni sampai kul 5 petang.. mana boleh belit, kalau senior nampak - satu skuad kena nanti.. cara terbaik ialah kalau boleh minimakan arrangement kuliah/tutorial pada hari rabu..
e) Sabtu (Hari latihan mingguan di KD Sri Pinang, Gelugor, Pulau Pinang) :
6.30 pagi : berkumpul di Desa Kembara, check strengh & report pada CO (masa ni pun dah kena 2-3 set), naik 3 tan..
7.00 pagi : sampai KDSP, secure barang2, baris, gi breakfast... 2-3 set lagi kena.. memang tak pernah lalu nak makan sepanjang tempoh kadet ni.. kalau boleh tak nak bertembung langsung ngan senior sebab apa2 nak buat kena request, nak dok sebelah (sebab kerusi dah habis) kena request, nak start makan kena request, nak beredar kena request, sepanjang makan kena tanya macam2.. kalau 'all at sea' - blur pun kena maki, amik 10 la dan macam2 la..
7.45 pagi : siap baris untuk Colours Party (kul 8.00 pagi).. (Naikkan bendera).. masa ni orang yang kena amik colors la paling tension, takut sangat tersilap.. (DCOD)
- 8.30 pagi : start kelas (masa ni la amik kesempatan untuk tido.. instructor /pegawai staf tak la garang macam senior)
- 10.30 padi : minum pagi lagi (doa sangat supaya kelas senior habis lambat - supaya tak bertembung dengan mereka)
- 10.45 pagi : sambung kelas atau latihan kawad
- 12.30 tengahari : habis kelas, preparation untuk lunch.. kena tolong cook siapkan pinggan mangkuk dan susun lauk kat Galley, DCOD kena ensure arrangement on time sebab sharp kul 1.00 kena baris depan galley.. sedia je la.. sebelum makan kena taji lagi la...
- Sapa2 yang jadi DCOD tu hafal je la skrip request, bacaan doa dan kadet2 pun takkan terlepas dengan public speaking semasa makan nanti..
- Cara makan pun.. Square beb.. camana nak selera.. sanggup ngaku tak makan daging / ayam sebab takut sudu, garfu dan pinggan berbunyi nanti tak pasal2 kena denda.. percaya la tak kan kenyang nye... habis makan biasanya kul 2.00 -2.30 petang
- 2.00 - 2.30 petang : solat zuhur jemaah.. sapa2 yang non-muslim untung la ada banyak masa untuk preparation EA
- 3.00 petang : chop2, tukar pakaian PT (physical training), prepare minum petang kat galley
- 3.30 petang : dah terpacak kat padang kawat, report strengh kat CO intake 7.. biasa la kena jugak sikit2 sebelum EA
- 4.00 petang : PTI (Physical Training Instructor) ambik aktiviti EA biasanya jogging di pantai (bawah jambatan Pulau Pinang), bola tampar (dengan staf KDSP), latihan renang di kolam renang USM
- 6.30 petang : siap2 untuk balik ke Desa Kembara
- Malam : memang tido dengan nyenyak punye.. study?!!.. esok je la...
Paling menyedihkan masuk minggu ketiga Alpha Routine, semua kengkawan ku tarik diri (Tun, Kak Long Zaini, Ita dan Aido)... Aku??? Tak mungkin... Aku dah janji pada abah.. dan akan buktikan pada abah, aku tak akan terikut-ikut dengan gelagat & pengaruh kawan2.. Aku boleh cari kawan-kawan lain.
Sebelum ke ACT Lumut, ladies intake 8 hanya tinggal berlima iaitu aku, Tina, Tan, Chris dan Sharon.. Dan Intake 8 USM ke ACT Lumut hanya seramai 14 orang daripada jumlah asal seramai 22 orang.
1 ulasan:
nama tajuk blog isteri navy? terkejut bila search kat tenet tadi.
Catat Ulasan