Pada ketika itu setiap kali ACT (Latihan Lanjutan Tahunan) bagi PALAPES (Laut) akan diadakan di Pangkalan TLDM Lumut selama 2 minggu yang bertujuan supaya semua anggota PALAPES (Laut) dilatih seperti suasana sebenar anggota kadet TLDM... Dan ketika itu kami akan dilatih bersama dengan PALAPES (Laut) UTM dan bergaul dengan Pegawai Kadet TLDM Intake 44.
Sehari sebelum bertolak ke Lumut, kami berkumpul di KDSP bagi memastikan semua keperluan sediakan secukupnya... Memang tak masuk akal barang2 yang terpaksa disediakan.. tetapi itulah hakikatnya yang kami harus hadapi untuk mengelakkan diri daripada di 'taji' di base nanti... Antaranya adalah;
- Sebanyak mungkin 'Surat Khabar Lama'
- Sebanyak mungkin 'Kain buruk - tapi mesti jenis Singlet Pagoda - kena beli tu...)
- Sebanyak mungkin Kertas Majung, gam, gunting, steple
- Penyapu, mop, tong saampah - sume bawak la macam bangla cleaner kat bangunan2 korporat tu..
Berdebar-debar rasanya, bermacam-macam dalam benak kepala ni.. Walaupun perjalanan dari P.Pinang ke Lumut mengambil masa 4 jam perjalanan, sesaat pun tak dapat lelapkan mata.. pelbagai info dah disumbatkan oleh senior.. kebanyakannya betul2 membuatkan kami cuak..
Routine Alpha di Wisma Kadet, Lumut:
Hari Pertama (Sabtu) - kira okay lagi tak kena taji lagi:
- 1.30 tengahari : Sampai Wisma Kadet, report pada Duty Subby (Left Muda bertugas) dan Pegawai Staf(biasanya Leftenan la) bertugas
- 1.45 tengahari : Chop2 makan, masuk dan kemas bilik (tak ingat blok : yang pasti blok kosong kat sebelah bawah bukit) - paling kami ingat ladies - kat ground floor, guys kat tingkat 1 dan 2
- 2.00 petang : Kami satu intake round satu blok ; tujuan - bersihkan persekitaran blok supaya tak kena pick-up waktu round nanti..
- 2.30 - 5.30 petang : Masa sendiri untuk kemaskan bilik, head (toilet) dan floor masing-masing. Kertas majung tadi digunakan untuk ditampalkan dan dialaskan ke almari pakaian dan almari showcase masing-masing (supaya sentiasa nampak baru walaupun hakikatnya gobok tu punya la usang). Kain buruk tadi digunakan mengilatkan tombol pintu, pili air dan segala-gala yang boleh dikilatkan. Manakala Surat Kabar Lama digunakan untuk mengeringkan air di bilik mandi dan head setiap kali sebelum round bermula. Kami kena pastikan bilik kami ni bebas dari sebarang jenis kotoran dan habuk bermula daripada sebarang peralatan yang ada di siling hinggalah di lantai. Kami kena pastikan bilik air bebas daripada setitik air walaupun di kepala paip sendiri... cuba anda bayangkan betapa kami diajar supaya menjadi pembersih walaupun hakikatnya kami dah seperti kuli... namun sebenarnya banyak sangat pengajaran di sebalik kesusahan kami hadapi ketika itu..
- 5.30 petang : Berpakaian formal, berbaris depan blok, kira strengh dan gerak ke mess wisma kadet untuk dinner (guys - planter rig : kameja putih lengan panjang, kasut potong, slack hitam, tali leher hitam. ladies : senang je - pakai je baju kurung, kasut bertutup penuh, kalau rambut panjang kena bersanggul, tiada barangan kemas, jangan lupa sume kena bawa sapu tangan ye..)
- 6.00 petang : pas parade terus masuk dewan makan.. nak makan pun susah hati.. lepas amik makanan kat.. terus carik tempat duduk.. tak leh duk ngan Intake kita jer... bercampur2 ngan Kadet Regular, ROTU UTM dan RSD.. berkenal-kenalan ngan depa.. tapi sape yang dah jd DCOD memang kecut perut.. sebab kena dok kat Meja utama makan sama-sama SUBBY (biasa la kan dah ada 1 balak.. Kekwat lebih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan