Seingat aku segala-galanya bermula di sini apabila aku mula digelar sebagai pelajar tahun pertama di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada Julai 1994 ;
a) Hari pertama - Mendaftar sebagai siswa tahun pertama di USM, Minden Pulau Pinang dan mendaftar sebagai penghuni Desasiswa Damai
b) Hari kedua - Diperkenalkan dengan kursus yang diambil, he he aku ni pelajar Komunikasi.. kalau di USM ketika itu student Mass Comm ni cam bebudak nakal, selekeh, glamour lebih.. Hari ni la aku kenal sume kengkawan yang akan mewarnai hidup aku. Aku mula kenal dengan Haitun dan Zainal (rupa2nye satu sekolah ngan aku ketika di tingkatan 6), mereka tinggal di Desa Aman betul-betul depan Desa Damai... kira Haitun ni geng pertama aku..
c) Hari ketiga - Hari dengar taklimat untuk daftar subjek dan ko-kurikulum... Aku gi bilik Haitun, dan diperkenalkan dengan kengkawan satu course yang lain : Idora, Roziah, Hasnita, Zaini dan Azni (dok kat Damai tapi jumpa kat Aman)... lepas dengar taklimat subjek, kami pun plan dapatkan info di both ko-k di Penang Road (Kat DTSP), blur tak tau nak amik ko-k apa..
d) Hari keempat - abis aktiviti decided subjek yang nak didaftar, aku masih tak decided nak amik aktiviti ko-k, petang: gi lepaking kat bilik Haitun tujuan nak tanya pendapat... ntah cam mana (aku pun tak ingat) salah seorang daripada kami kata nak join PALAPES dengan alasan dah tentu dapat dok kat "dalam" sampai final year.. Mmm betul jugak.. petang tu kami gi semula ke both PALAPES untuk dapatkan further information ... Nak masuk yang mana satu ni PALAPES (Darat) ke PALAPES (Laut). Akhirnya, aku memilih untuk join PALAPES (Laut) yang mana segala-gala bermula dari pemilihan aktiviti ko-k ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan