Inilah nombor pengenalan baru aku selepas dicop kesepuluh jari (nombor BAT C 20 - anggota simpanan).. Akhirnya aku layak join Palapes (Laut) USM Intake 8 setelah melalui ;
a) Pemeriksaan tahap kesihatan dan fizikal: kat sini pun dah mula sesi lari-larian, jumping jack, star jump, half stand, push-up dan macam-macam lagi... mak ooi... zaman sekolah dulu, lari satu padang pun dah semput tapi malu punya pasal dengan kengkawan yang lain ku gagahi jua hingga ke akhirnya walaupun mata aku ni dah nampak bintang.. lulus pulak tu.. separuh menyesal dah ada dalam hati...
b) Sesi temuduga : mak aii.. rupa2nye Navy ni banyak guna 'terms' dalam bahasa inggeris la.. patutla tak ramai student melayu nak join.. hampir separuh yang memohon untuk join Rotu Navy ni non-bumi.. camana ni..B.I aku memang paras hidung je, kengkawan aku sume semangat, maklumla depa ni bebudak 'boarding school'. Aku terpaksa la bekerja keras semalaman hafal 'skrip'.. Memang berbaloi usaha aku tu.. aku terpilih bersama-sama 22 orang yang lain..
Akhirnya aku inform mak dan abah... Abah macam tak percaya... "Betul-betul ke Along nak join 'Navy' ni?", Aku terus betulkan.. "Bukan Regular Navy la.. Palapes je, Pegawai Simpanan... untuk penuh kan kredit/hour ko-k jer, tapi sampai final year Along dah confirm dapat Hostel tak yah pikir dok umah sewa tahun depan".. aku jelaskan pada Abah tujuan aku join ko-k ni.. Siap abah pesan pada aku, "Janji, Jangan separuh jalan.. uniform aje nanti beratus-ratus" ok2 aku tegaskan.. Abah boleh anak mesti boleh kot.. (Abah aku pesara tentera)
Bermula skrip-skrip seperti di bawah dalam hidup aku;
a) Melapor diri : Assalammualaikum / Selamat pagi tuan/puan, Pegawai Kadet Kxxxxxx 8700332 pengambilan ke 8 melapor diri tuan/puan @ Good morning Sir/Mam, Officer Cadet Kxxxxx 87000332 reporting sir/mam (sila betul kan kalau salah ye)
b) Menjawab telefon : Assalammualaikum/Selamat pagi, Wisma Kadet (ikut tempat la), Pegawai Kadet Kxxxxx bercakap, boleh saya bantu...
c) Kalau dalam perbarisan atau kena "taji" ramai-ramai, dah kita pulak jadi Class Leader nyer antara top three skrip adalah seperti berikut;
i) Skuad Sedia, Dengan ke kanan lurus, Pandang Depan
ii) Assalammualaikum tuan/puan, Pasukan Pegawai Kadet Pengambilan Ke 8 , kekuatan 22, hadir dalam baris 20, 1 DCOD (Duty Cadet on Duty), 1 SOB (Sick on Bay.. konon la) siap untuk diperiksa tuan/puan. (Dah siap pulak)
iii) Tuan/puan mohon kebenaran untuk menjalankan tugas tuan/puan..
iv) Ni best, ayat kalau kena punish 1 set (push-up 20x, square jump 20x - sekarang diharamkan sebab merosakkan lutut, satu lagi apa yek tak ingat la.. jumping jack kot 20x) dan nak mintak kebenaran bangun...
" Skuad down.. let count together 1, 2, 3... Excuse me sir/mam.. on behalf Officer Cadet Intake 8 request permission to stand up sir/mam"
Tidak aku sangka2, NV8700332 ini telah membawa aku kembali ke Pangkalan TLDM Lumut (setelah 12 tahun) pada November 1994 setelah mengikut keluarga aku berpindah ke Pangkalan TUDM Kuantan pada November 1982...
1 ulasan:
salam ... join group fb `SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PENUBUHAN PALAPES-LAUT USM` ... mybe bleh share cter lma.. add me Left_navy@yahoo.com 4 more detail about dis event
Catat Ulasan