Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 30 Jun 2009

Apa yer untuk Catitan Bulan Julai???

Rasanya ingin mencatitkan cerita hubby ketika bertugas sebagai Timbalan Komandan (Pengurusan) ketika mula-mula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilancarkan.. Siri 1/2004 dan 2/2004 di Lankawi dan Siri3/2004 di Muadzam Shah, Pahang.. menarik juga.. kisah mengurus dan melayani gelagat remaja, ibu bapa, kontraktor..

Cerita aku lak.. mungkin ketika menjalani ACT ke 2 di Lumut (Bravo Routine) dan pertama kali dijumpakan dengan Hubby..

Selasa, 16 Jun 2009

12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11 (Realiti pertama bersuamikan Tentera)

12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11

• Terasa ingin mencoretkan pengalaman pertama setelah berumahtangga dengan hubby dan menghadapi Musim Pilihanraya Umum ke 11 di Lumut

• Sebagai isteri anggota tentera secara automatik kawasan membuang undi adalah mengikut alamat suami ingatkan masih mengikut alamat Kad Pengenalan

• Tak jadi balik kampong, rasa2 tempat mengundi di Kampung Pundut, Lumut

• Ketika itu, bahang pilihanraya memang terasa sehingga ke Pengkalan TLDM Lumut bilamana pertama kali pembakang mewujud pakatan yang dikenali sehingga kini Barisan Alternatif

• Isu yang sangat berkaitan dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim)

• Ada di kalangan warga Navy ketika itu secara sedar atau tidak tiba-tiba terlalu sentimen dengan pergolakan politik negara walaupun hakikat sebenar Warga Tentera perlu bersifat berkecuali.

• Paling ketara apabila berlaku insiden ‘boo – mengeboo’ di Stadium TLDM ketika Timb Perdana Menteri (Pak Lah ketika itu) memberi ucapan (tak ingat apa majlisnye) ketika proses berkempen bermula

• Yang pasti dalam seminggu sebelum tarikh pilihanraya terdapat nota yang ditujukan kepada semua Anggota Keselamatan disiarkan di dalam TV seperti Awasan Merah, Kuning, Biru dan Putih (tengok TV di tempat kerja – masa tu tak de TV di rumah)

• Tepat jam 12 tengah malam 12 November 1999, Pangkalan TLDM Lumut telah dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang dan dimaklumkan semua anggota di bawah ‘awasan kuning’

• Punye la nak tahu apa makna “awasan kuning” aku kejutkan Hubby yang sememangnya memang ‘tido mati’

• Bila ditanya terus bingkas Hubby bangun minta sediakan Pakaian Celoreng nya, Kenapa?!!

• Hubby maklumkan semua mesti melapor ke Unit masing-masing dalam tempoh 1 jam.. mak aii macam tu ke??!! (Bayangkan betapa cuak nye hati ni)

• Ditanya bila balik?? Katanya tak pasti, abis tu camana nak tahu perkembangan? (masa tu kat umah tak de telefon, tak de TV dan Radio – maklum la, baru nak hidup : dah la dok kat blok C jauh dari kedai, tak de motor, kereta.. hubby dah bawak… giler kan??? Bole je dok kat umah senyap sunyi… nasib baik ketika tu tengah gile membuat jahitan ‘crosstich’)

• Bayangkan perasaan aku selama 48 jam tak de apa-apa maklumat mengenai status hubby

• Tanya jiran? Emm 1 blok ada 6 rumah je, semua balik kampong (sebab2 : cuti sekolah la, bersalin la, suami kat oversea la)

• Yang pasti, hanya dapat call hubby pada pagi hari Isnin (itu pun dari opis) dapat info - semua anggota keselamatan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sehingga suasana pilihanraya dalam keadaan selamat dan tenang.

• Balik dari Opis hubby jemput … Tuhan je yang tahu betapa leganya hati ni… Meleleh air mata.. Tapi Hubby aku tetap macam tu.. Macam tak de perasaan (pandai simpan perasaan).. Boleh lagi bercerita pengalaman di kuarantin..

• Itulah pelajaran dan pengalaman pertama aku untuk menghadapi kenyataan berdepan dengan tugas hubby sebagai anggota tentera.

Sabtu, 13 Jun 2009

2005, CERITA HUBBY : SEBAGAI PETUGAS MISI PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAN MALAYSIA KE ACHEH


Di pelabuhan


26 Disember 2004

  • Dunia dikejutkan dengan trajedi gempa bumi dengan bacaan 8.9 skala Ritcher di lautan hindi dan menyebabkan kejadian tsunami melanda Utara Sumatera iaitu Acheh yang hanya terletak 150 km dari pusat gempa. Tsunami juga telah melanda negeri-negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia.
  • Aku sekadar simpati dan menyumbang barangan keperluan melalui Tabung yang ditubuhkan di tempat aku bekerja.. dan merasakan tiada kaitan rapat dengan hidupku.

Pertengahan Januari 2005

  • Berita gembira kepada aku kerana hanya selepas 5 tahun tidak tinggal sebumbung kerana tuntutan kerjaya, hubby telah ditukarkan ke MINDEF, Kuala Lumpur dan ditempatkan di Markas Angkatan Tentera di Unit Rancang Operasi.
  • Tak sampai 2 minggu bertugas di Kuala Lumpur, hubby telah diarahkan untuk dihantar ke Banda Acheh bagi melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan logistik kepada Pasukan Bantuan Menyelamat Malaysia yang berada di Banda Acheh ketika itu
  • Hubby dimaklumkan MISI nya akan bermula pada awal Februari dengan mengetuai 20 orang anggota TLDM LLP berkepakaran tukang masak, stor, pentadbiran dan pemandu yang mana mereka akan ke banda Acheh bersama Kapal TLDM (tak ingat nama kapal).
  • Hubby akan menyusul kemudian bersama Pegawai-pegawai ATM yang lain menaiki kapal terbang TUDM

Februari 2005
  • 8 Februari hantar Hubby ke Lapangan Terbang TUDM di Subang patut melapor pukul 7.30 pagi
  • Dijangka akan berlepas pukul 9.00 pagi menaiki Kapal Terbang TUDM
  • Terus balik ke rumah sebaik sahaja Hubby check-in
  • Sebaik sampai di rumah, hubby call… inform aku dengan nada tak puas hatinya (nak gelak pun ada masa tu) terpaksa menaiki Kapal Terbang Kargo TUDM, terpaksa cari ‘seat’ antara kotak-kotak..
  • Terima call daripada hubby 3 hari selepas tu, maklumkan mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh.. beli sim kad di Medan selepas ke pelabuhan pastikan kapal TLDM (KD Sri Inderapura kot).. maklumkan jugak di Acheh selang 20 minit terasa gegaran-gegaran kecil.
  • Hubby dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan Bantuan seperti barangan keperluan seperti selimut, tisu, pakaian, makanan dan air mineral yang dibawa oleh Kapal TLDM kepada penduduk Acheh.
Tugas-tugas Hubby
  • Membaiki dan membuka Pesantren (sekolah pondok) yang musnah akibat tsunami untuk menempatkan anak-anak yatim-piatu (kehilangan keluaga akibat tsunami)
  • Menguruskan dan mengedarkan bekalan perubatan, makanan dan keperluan asas kepada semua mangsa melalui wakil-wakil atau ketua-ketua kampung (bahasa orang Malaysianya)
  • Tugas tak rasmi pulak : jadi ayah angkat dan jadi cikgu bahasa Inggeris kepada anak-anak yatim di kawasan pentadbiran Hubby termasuk kepada guru-guru ugama di pasentren tu

Kehidupan di Acheh
  • Masuk je kawasan yang dilanda tsunami tu, bau mayat terus menusuk hidung, ketika sampai kebanyakan mayat-mayat yang bergelimpang di kawasan-kawasan terbuka telah pun dikebumikan. Tugasnya hanya membersihkan kawasan sekolah dan membina prasarana yang akan dijadikan asrama anak-anak yatim piatu Acheh serta mengebumikan saki baki mayat yang dijumpai di sekitar kawasan pentadbirannya. Menyediakan khemah-khemah sementara untuk dijadikan pejabat pentadbiran, kelas-kelas, kantin dan tempat tidur.
  • Bagaimanapun, ditengah-tengah padang jarak padang terkukur tu, dah wujud gerai-gerai kecil tumbuh macam cendawan - jual barang-barang keperluan.. dari mana datangnya??!!
  • Tugas beliau dalam melakukan pengedaran bekalan keperluan asas seperti air minuman, toiletries, pakaian dan sebagainya sangat mencabar kerana masyarakat di sana masih dengan sikap suka mengambil kesempatan pada yang lemah dan tidak malu menghulurkan rasuah.
  • Setiap kali hubby call, beliau melepaskan isi hatinya dengan menceritakan bagaimana penduduk di sana sanggup menawarkan anak gadis sendiri untuk dikahwinkan dengan tentera-tentera kita (jual anak la tu) semata-mata untuk dapatkan lebih karung beras dan keperluan lain (sebenarnya untuk dijual kepada penduduk yang tinggal jauh di pendalaman).
  • Inilah yang mencabar kewibawaan hubby - perlu sentiasa mengingatkan anggota-anggotanya supaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab : katanya sekadar mengingatkan, kalau terlibat jugak, pandai-pandailah bawak diri.
  • Hakikat sebenar, barang bantuan yang dikirimkan oleh rakyat Malaysia tidak lah 100% dapat diedarkan kepada yang hak kerana sikap licik segelintir masyarakat di sana.
  • Dimaklumkan bahawa individu yang banyak mengambil kesempatan ini bukan lah penduduk asal Banda Acheh (banyak hilang / meninggal) tetapi mereka ini datang dari merata daerah sekitar nya seperti mendapatkan kemudahan perubatan percuma dengan mengaku menjadi mangsa tsunami.. cuba fikir, macamana kita nak minta bukti kalau mereka katakan KARTU mereka dibawa arus tsunami..
  • Hubby juga menceritakan gelagat anak-anak yatim di pesantren nya, sangat mencuit hati dan perasaan - mereka menyatakan sebelum ATM datang ke penempatan mereka, mereka hanya tahu makan nasi dengan ikan kering dan air teh kosong... tapi bila abang-abang askar datang.. "wah enak sekali ya pak.. aku sebelum ini ngak pernah makan mee hoon goreng apa lagi teh tarik.."
  • Disediakan 4 kali hidangan : Sarapan, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam, memang mereka ni pada asalnya tak mau makan bila dihidangkan dengan makanan selain daripada nasi, ikan goreng, sambal dan kicap.. biasanya makan 2 kali sehari je..tak pandai makan rupa-rupanya.. ayam kari ke, mee goreng ke, kuih lapis ke, cucur kodok ke.. memang tak pernah ada dalam kamus hidup agaknya..
  • Kata hubby : busuknya.. tak tau la dia orang mandi macammana.. mungkin sebab dah terlalu lama hidup dalam keadaan darurat, terlupa rutin harian. Tugas mereka ajar semula anak-anak ni gosok gigi pakai ubat gigi, mandi pakai sabun dan basuh baju direndam dulu..
  • Malam hari pula : Hubby suka pergi ke asrama budak-budak lelaki, berkongsi cerita dan pengalaman mereka menghadapi tsunami.. atau melepak bersama-sama Pak-pak Ustaz katanya bertukar-tukar ilmu; seperti fardu ain dan bahasa arab, sebagai ganti Hubby kena buka kelas membaca dan bahasa Inggeris kepada anak-anak yatim dan Pak Ustaz.
  • Cerita yang paling menarik perhatian ku ialah bagaimana seorang kanak-kanak berusia 10 tahun diselamatkan oleh abangnya yang dapat berpaut di pokok ketika di bawa arus tsunami dan melihat bagaimana keluarganya yang lain hilang dalam tsunami yang membawa terus bumbung rumahnya... tapi menurut hubby, dialah antara kanak-kanak yang menceriakan suasana di asramanya walaupun luka di pehanya akibat disauk zink di dalam arus masih sukar kering akibat lambat dirawat..
  • Hubby juga bercerita betapa puasnya dia dapat makan ikan paling sukar didapati di Malaysia kecuali kalau ke Taman Negara- Ikan Kelah : di sana sungai-sungainya masih sangat jernih, nampak batu-batu dan ikan-ikan kelah di dalamnya.. dengan Pak-pak Ustaz tu la Hubby pergi menjala..


April 2005
  • Hampir dua bulan di Acheh, suami mengatakan bahawa ada ura-ura pelajar-pelajar di Indonesia telah mengadakan demonstrasi dan membakar bendera Malaysia gara-gara marahkan tentera Malaysia yang dikatakan bersetongkol dengan GAM untuk menjadikan Acheh di bawah pentadbiran sendiri (apa tu - Wilayah Aotunomi).
  • Paling best kata askar kita seludup anak-anak yatim ni keluar untuk dijadikan anak angkat (walaupun memang sebenarnya aku ada niat minta tolong hubby tengok-tengok kan yang berkenan kot-kot boleh dijadikan anak angkat).. Maklumla rezeki beranak sendiri tak de lagi.. Terpaksa pendamkan je niat tu..

Di bangunan yang dijadikan Pusat Rawatan Setempat

  • Hubby maklumkan akan menamatkan tugasnya pada Jun 2005, bagaimanapun tidak tahu di mana silapnya, suami call memaklumkan keadaan propaganda supaya tentera Malaysia keluar dari Acheh semakin berleluasa dan menjadi-jadi.. Jika sebelum ini, semua urusan berkenaan pentadbiran boleh dilakukan bersama-sama dengan anggota TNI, tapi ketika itu lain pula jadinya..
  • Kenderaan yang membawa barangan bantuan dari Malaysia tidak sampai ke lokasinya dan ke mana-mana sahaja anggota Hubby pergi akan ditemani dengan anggota TNI yang bersenjata.. apa maknanya tu...
  • Hubby membuat keputusan menghubungi MINDEF untuk kebenaran membawa keluar anggota-anggotanya dari Acheh lebih awal dari jadual bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Kali ini, hubby bersama anggotanya pulang ke Malaysia dengan kapal.
Persiapan untuk pulang ke Malaysia
  • Kata hubby memang sedih tinggalkan anak-anak yatim tu.. ada yang pegang kakinya sambil menangis dan kata kalau bapak-bapak ngak ada di sini siapa yang mau masakin enak-enak makanan kami, siapa yang mau ajarin kami, kami pasti sabun mandi pun tidak diberi kepada kami..
  • Apa boleh buat... tuan rumah dah tak suka kita... paham-paham aje la...
  • Yang pasti, aku tidak tahu bila hubby akan keluar dari Acheh...
Kawasan pengkebumian mangsa-mangsa Tsunami di Acheh

Mei 2005
  • Awal Mei 2005, hubby maklumkan telah sampai di Pelabuhan
  • Syukur Al-Hadulillah, hubby dah selamat sampai
  • Dua minggu selepas sampai di Malaysia, peti surat di rumah (ketika tu masih menyewa di Keramat AU) sentiasa berisi.
  • Surat-surat ini datangnya daripada anak-anak Acheh itu, pelbagai kiriman pesanan untuk bapak itu, untuk pakcik ini, dengan abang itu.. juga dengan isterinya pakchik ya.. terharu sangat...
  • Ada yang minta dibawa ke Malaysia, sebab penjaga yang baru ini tidak sebaik anggota-anggota bapak.. ada yang hantar tanda kenangan (sejadah Acheh.. murah je.. tapi sebab yang beri tu anak-anak... apa perasaan kita yang menerima tu..)
  • Namun selepas 5 tahun perkara ini berlalu, bagaimanakah nasib anak-anak yang ditinggalkan tu yer?!!
Gambar anggota-anggota bantuan menyelamat di Acheh

Khamis, 11 Jun 2009

2008, CERITA HUBBY : PEGAWAI PEMERHATI UNMIS (United Nation Mission in Sudan)


Julai 2007
Hubby telah dipanggil untuk mengikuti Kursus Pegawai Pemerhati PBB di Port Dickson selama tiga minggu…

November 2007

Signal LAUT keluar dan nama HUBBY dah ‘naik’ untuk dihantar ke SUDAN sebagai Pegawai Pemerhati PBB bersama-sama 5 pegawai yang lain (2 dari TUDM dan 3 dari TDM). Dijangka akan berlepas pada 23 DIsember 2007.


Ya Allah, kelam-kabut rasanya.. Segala-galanya perlu disiapkan dalam tempoh tak sampai 2 bulan seperti dokumentasi perjalanan, peralatan, bekalan makanan, pakaian dan segala-galanya..

Kotak DHL

Satu hari, sebaik aku buka pintu rumah (balik kerja) aku disambut dengan 5 buah kotak (courier service) untuk 20 kg. Nak letak apa ni? Hubby kata kena siap-siapkan bekalan makanan dan peralatan yang sepatutnya untuk setahun.. DIkatakan pihak UNMIS (United Nation Mission in Sudan) tidak menyediakan penginapan dan sajian untuk pegawai Pemerhati nya…

Satu hari kami mengelilingi TESCO Extra di Cheras untuk membeli bekalan selama setahun seperti :

1) Bermacam-macam jenis lauk dalam tin jenama Yeo’s dan Brahim’s
2) Makanan kering seperti susu, gula, beras, Nescafe, milo, tea, minyak masak, tepung
3) Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan pinggan mangkuk yang comel2 untuk kegunaan suami sepanjang di sana.
4) Tak lupa juga racun serangga (katanya nyamuk banyak)

3 kotak penuh berisi bekalan makanan manakala 2 lagi diisi dengan peralatan yang diberi oleh ATM seperti :

1) Topi UN
2) Beg sandang
3) Pelbagai jenis pakaian dan celoreng : untuk musim ribut la, untuk musim sejuk la, baju kalis peluru (berat gila – dekat 10 kg), ‘mask’ dan macam-macam lagi.

Disember 2007

Kotak2 DHL telahpun terbang ke Khartum bagaimanapun tiga hari sebelum berlepas, suami maklumkan dokumentasinya bersama-sama 2 lagi pegawai lain ada masalah di Kedutaan Sudan… maksudnya perjalanan ditangguhkan sehingga diberitahu.. Ya Allah!!! seronoknya hati.., sekurang-kurangnya masa untuk bersama masih panjang… Tapi perlu ingatkan diri bahawa lambat atau cepat, hakikat sebenar dalam tempoh setahun aku kena kuatkan hati sepanjang suami di perbatasan.

Januari 2008

Pertengahan Januari, suami maklumkan akan bertolak ke Khartum (ibu negara Sudan) pada 4 Februari 2008. Ada 2 minggu lagi... Hubby diberi cuti selama 2 minggu, inilah masa hubby untuk berjumpa adik-beradik, kawan-kawan dan sedara-mara. Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya..

Februari 2008

Seminggu sebelum hubby bertolak, aku apply cuti, ingin bersama-samanya ke mana sahaja, maklumlah lepas ni setahun tak jumpa, talian telefon di sana entah ada atau tidak…

3 Februari 2008

1) Seminggu sebelum hubby bertolak, mak bersama-sama aku telah menyediakan kegemaran hubby “sambal ikan bilis kering” dan dibungkus kecil-kecil untuk bekalan selama 3 bulan.

2) 2 hari sebelum, adik-beradik aku dan hubby berkampung di rumah kami.. ingin bersama-sama hubby..

3) Barang-barang hubby penuh 2 bonet kereta..

4) 9.00 malam bertolak ke KLIA, sesampai di sana semua ahli keluarga Hubby dah menunggu, ketika check-in barang-barang, muatan terlebih la pulak.. terpaksa adik-beradik berkongsi duit untuk bayaran setiap kg yang terlebih.

5) Perasaan sayu dan sedih tak terasa sepanjang berada di KLIA sebab bermacam-macam masalah timbul..

4 Februari 2008

1) 2.30 pagi – tiba masa hubby untuk berlepas, nasib baik hubby jenis pandai simpan perasaan, sepanjang masa hubby buat lawak je, jadi tak de la drama air mata terjadi sepanjang di KLIA.

2) 5.00 pagi – sampai di rumah baru terasa sunyi.. tapi sebelum ‘boarding’ selang 10 minit hubby call hp.. kelakar pulak, maklumla mamat tu tak pernah naik flight macam-macam nak diberitahunya..

3) 10.00 pagi – hubby call dari Doha, transit 6 jam, ketika itu Doha musim sejuk, tak sangka sejuk sangat, itu la tak percaya cakap isteri, langsung tak bawak baju sejuk.

4) 6.00 petang – hubby sms, inform dah sampai Khartum (ibu negara Sudan), di sana pun musim sejuk.
Rumah anggota ATM di Khartum, tempat transit sebelum dihantar ke "Site Camp" masing-masing

5)Hubby tinggal di rumah Malaysia, settlekan barang-barang yang dipos dulu di HQ UNMIS dan menghadiri kelas UN selama 3 minggu untuk re-fresh course PBB dan ambik test International Driving License.


Pemandangan dari udara penempatan di Bor, Sudan
Mac 2008

Dimaklumkan Hubby di hantar ke Bor, Sudan.. Mana tu?!! Janggal sangat bunyi nye kan.. Bor terletak ke sebelah selatan Sudan dan perjalanannya mengambil masa hampir 4 jam melalui jalan udara… pendalaman sangat.. Dari Khartum ke Malakal (dengan Focker) dan terus ke Bor (dengan Helikopter)

Nasib Hubby baik sebab ada rakan senegara dihantar bersama walaupun diletak di lain-lain unit. Sekurang2nya ada kawan berbual, berkongsi cerita

Hanya selepas 3 hari sampai di Bor, baru dapat berita dari hubby, di sana memang tiada hp ‘coverage’, hubby call melalui telefon satelit, susah sangat nak dengar suara dia.. hanya tunggu hubby call selang 3 hari.

Dimaklumkan terpaksa menyewa rumah yang berbilik 3, berdindingkan tanah liat, berlantaikan tanah dan beratapkan rumput kering dengan bilik air lebih baik sikit dari kandang kambing dengan bayaran 250 pound Sudan sebulan (1 pound = RM2) ; berulang-alik sejauh 8 km setiap hari untuk ambil air dari telaga (untuk mandi, masak dan bersihkan diri)

Sedih dengar kesusahan terpaksa dihadapi Hubby demi mendapatkan rezeki yang mewah
Setelah beberapa lama di Bor, ni lah rumah sewa yang paling "semenggah" untuk diduduki.. sewa USD1000, kongsi 8 orang

Rutin setiap petang lepas keje, amik air untuk kegunaan harian, 8 km dari kediaman.. Dengar cam dekat je kan, sebab bawak keta.. tapi jalan kat situ bukannya macam kat Malaysia..


April 2008

Dimaklumkan akan mula buat tugasan ‘patrol’ maknanya sekurang-kurangnya 2 minggu baru dapat berita.

Paling tak sedap hati kalau hubby buat tugasan ‘patrol’ bersama-sama orang-orang bawahan dari macam-macam negara dan budaya sepeti Tanzania, India, North Sudan dan Sri Lanka (semua ni geng-geng panas baran).. harap sangat Hubby ni dapat kawal ‘temper’.

Kehidupan Hubby di Bor juga agak tertekan kerana terpaksa menghadapi pelbagai karenah pegawai atasan dari pelbagai negara yang berbudaya ‘racism’ dan berkasta.

Rakan sekerja di Bor

Berita paling best, setiap 23 hari bekerja Pegawai Pemerhati dapat cuti 7 hari, jadi Hubby dah siap-siap simpan cuti selama 21 hari untuk balik ke Malaysia.

Mei dan Jun 2008

Akhir Mei sehingga pertengahan Jun, permohonan cuti Hubby diluluskan. Aku cukup bersyukur kerana hubby memang ‘home type’; walaupun ada peluang untuk bercuti dan melancong ke negara orang bersama-sama kawan-kawan, hubby tetap ingin pulang ke Malaysia.

Rasa sayu sangat tengok hubby makin kurus dan gelap, sebaik sahaja keluar daripada KLIA terus singgah ke Pan Pacific Hotel sebab tak sabar-sabar nak makan satay.

“Seghiau” rasanya bila hubby drive, sebab dia dah biasa memandu ‘lefthanded” kat Sudan tu.. seminggu jugak jadi driver hubby sampai aku betul2 confident.

Sepanjang bercuti, hubby siap plan untuk bisnes kamera digital, laptop dan aksesori barangan IT, katanya banyak untung, beli dalam RM jual dalam USD.

Minggu kedua Jun, hubby bertolak balik ke Sudan. Sesampai di Aiport Khartum, hubby dapati beg yang barang2 bisnesnya telah diselongkar, banyak yang hilang… Muhasabahkan diri, mungkin niat bisnes hubby tu kurang baik.. nak dapatkan untung 100%, tuhan tak berkat.. bagaimanapun masih dapat sedikit untung…


Julai dan Ogos 2008
Kehidupan diteruskan seperti biasa, Alhamdulillah berkat sabar hubby dalam melayan pelbagai kerenah orang bawahan dan ketrampilan hubby dalam melaksanakan tugas-tugas logistik dan pentadbiran, pihak UNMIS telah menukarkan hubby ke Malakal, Sudan (lokasinya lebih baik berbanding Bor, ada Pekan kecil dan pasar).
Bagaimanapun, pemergian Hubby ke Malakal rupa-rupanya satu kehilangan pegawai yang konon2nya melayan baik staf2 bawahannya.. (Ye la.,, mana ada pegawai dari negara lain boleh sama2 makan, sama2 tukar tayar land rover, sama2 duduk lepak sambil nyanyi lagu hindustan dengan orang bawahan kecuali pegawai dari Malaysia)
Menurut hubby, kehidupannya di Malakal lebih baik kerana sewa rumah lebih murah, ada pasar (boleh beli barang segar – walaupun sangat mahal) dan jumpa kawan2 se Malaysia dan negara-negara serumpun walaupun berlainan ugama tetapi budaya tolak ansur dan hormat menghormati tetap sama.

Pekan Malakal, Sudan
Di Malakal juga, hubby tidak lagi menjalankan tugas-tugas ‘patrol’ tetapi menjadi pegawai staf & logistik di mana setiap Isnin hubby perlu ‘brief’ pegawai atasannya dan mendapatkan status keperluan logistik setiap lokasi UNMIS di Selatan Sudan.

Buka puasa sama2.. walaupun yang lain tu tak pose


September dan Oktober 2008

Selama tiga minggu, hubby berpuasa di Sudan. Oleh sebab di dalam rumah sewanya ada Pak Arab (Mesir), dia belajar buat desert untuk berbuka (Kurma + susu + madu = manis sangat sesuai dengan cuaca yang sangat panas di sana : perlu tenaga segera)

Seminggu sebelum raya puasa, hubby balik bercuti. Alhamdulillah dapat juga berbuka puasa dan beraya bersama-sama tapi kali ni hubby cuti 2 minggu je.

Awal Oktober kembali ke Malakal, Sudan


November dan Disember 2008

Kehidupan diteruskan seperti biasa, tapi hari Raya Korban kali ni tak dapat bersama-sama hubby.

Bagaimanapun, syukur sangat2, bulan Disember adalah cuti panjang terakhir hubby dengan UNMIS dan Hubby ni bukan jenis yang gila2 simpan duit, ada je cuti terus balik ke Malaysia, walaupun kawan2 ajak gi melancong melihat dunia...

Balik ke Malaysia bukan kosong, tapi ada agenda lain jugak.. beli barang2 pesanan kawan2 dari negara kurang maju untuk beli ‘gadjet’ terkini dari Malaysia..

Januari dan Februari 2008

Pejam-celik, pejam celik rupa2nya dah hampir setahun hubby bertugas di bawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu..


Dah nak balik Malaysia..

Apa yang paling membanggakan, kerja-kerja hubby telah mendapat penghargaan dari pegawai atasannya dan pihak UN telah memberikan laporan prestasi kerja yang positif kepada hubby.

Syukur Alhamdulillah kerana ketika kekacauan2 yang berlaku di Sudan, kebetulan sangat2 hubby balik bercuti di Malaysia dan ketika kekacauan paling buruk berlaku di Selatan Sudan, hubby telahpun menamatkan Misi UNMIS dan pulang ke Malaysia dengan amannya.

3 Februari 2009, hubby telah selamat sampai di KLIA dan sebaik sampai keluar dari KLIA, hubby mendapat sms dari kawan-kawannya di Sudan berlaku kekacauan di mana Perdana Menteri Sudan (? Ababa) telah dipaksa melepaskan jawatan beliau.

Apa nak kira… janji Hubby dah balik Malaysia…

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit