Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Sabtu, 18 Jun 2011

TLDM : Organisasinya

Organisasi Lama Dan Baharu

Pangkalan TLDM Woodland merupakan tapak pertama dalam sejarah TLDM yang menempatkan KD MALAYA sebagai pangkalan pentadbiran utamanya dan Pusat Latihan Rekrut bertempat di Sembawang Singapura untuk melatih rekrut-rekrut baru.



Pangkalan TLDM Woodland, Singapura



Manakala Malaysian Base Jetty adalah adalah dermaga yang menempatkan sebilangan kapal-kapal TLDM di masa itu. Satu lagi formasi yang menjadi nadi bagi pengoperasian armada ialah Area Logistic Depot yang terletak berhampiran dermaga.

Pangkalan TLDM Lumut merupakan pangkalan yang terbesar dan termoden di rantau ini dalam eranya yang mula dibina pada pertengahan tahun 70an dan mula diduduki pada awal tahun 80an dengan perpindahan secara menyeluruh seluruh kekuatan yang berada di Woodlands.

Untuk mentadbir sebuah pangkalan yang besar di Lumut, komposisi KD MALAYA Woodland masih berfungsi dan ditempatkan di bangunan sementara di Blok A-2 dengan nama LUMUT GARISEN. Status KD MALAYA telah dikembalikan sepenuhnya setelah menduduki bangunan sendiri pada era 2000 setelah semua prasarana lengkap dibangunkan seperti Padang Kawad dan sebagainya.

Pembangunan prasarana dan Pangkalan-pangkalan baharu terus dirancang dan direalisasikan oleh pimpinan tertinggi TLDM semasa. Sehingga kini TLDM sudah boleh berbangga dengan perolehan pangkalan-pangkalan strategik yang meletakkan TLDM sebagai sebuah organisasi yang tersusun dan teratur.

7 ulasan:

Unknown berkata...

hmmm..pernah duduk sini masa th 88-90..

KakD berkata...

hehehe bagus nih budak2 sekolah bace utk buat revision hiks.

wifemdnavy berkata...

Farzlyna : Merasa ke sekolah kat S'pore? Abah akak dulu.. keje kat Woodland, tapi menyewakan Kangkar, JB

Mappiau : Ye adik2.. 2 bulan ni N3 khas berkenaan TLDM je.. (sumber Perajurit April 2011).. Pas ni nak wat N3 apa pulak ye?

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

tima kacih ye wife navy follow blog cik ina. oooo suami keja ngan TLDM ye.first time kenal wife navy. banyak info berguna kat sini.

@nozieyusof berkata...

masih kagum ngan WN yg rajin update psl navy..sy tolong bangunkan pangkalan sket2 ok la kan. hehe

Unknown berkata...

Masa tu...umur berapa

Aki (kotakitam) berkata...

Saya pernah duduk sini ketika kecil tahun 1985-1987… kalau lah ada gambar-gambar lain seperti kwsn kediaman pegawai dan sebagainya… saya cari tak jumpa

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit