Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 15 September 2011

Hal Hubby : Raya 2011 nih

Orang lain masih sibuk 'mood raya'.. tapi ABAH Lutfi..

1) Sebelum raya.. bawak balik kerja sekolah ke Kampung.. katanya kena siapkan sebab 6 September diorang dah kena 'present'.. masalahya dapat keje sekolah sehari sebelum cuti..

2) Ketika raya.. Kengkawan Hubby asik call.. bukan sebab nak datang raya kat Kolo Pilah atau Temerloh, tapi bertanyakan hal keje sekolah depa.. camana nak di LAGUKAN kan (tak tau dari mana nak mula lah nih).. Raya Kedua, Abah Lutfi dah start POSE 6.. katanya tak de mood nak Raya Makan sebab naik je kelas dah kena check BMI..

3) Lepas Raya.. Dah 2 minggu.. Abah Lutfi sibuk sangat2.. pegi keje dengan BULAN balik keje pun dengan BULAN.. (Sian kat Lutfi.. Demam dia asik berulang je sejak raya lepas.. plus Demam Rindu kat Abah dia kot!!!) Katanya dah start wat keje 'WAR PLANNING' (kalo tengok citer Askar dulu2.. orang training perang2 kat dalam hutan ke, kat laut ke.. tapi diorang kat dalam kelas je.. penuh ngan buku2 berkaitan la, plus Lappy dan Map tipu2..)

Oleh sebab Abah Lutfi ni Logistik Opiser.. jadi dia kena lah wat planning sume yang berkaitan ngan LOGISTIK la


Cuma tak paham ngan orang2 kat sekeliling Hubby.. 
Nama keje kumpulan tapi yang wat keje keje sorang tu dan sorang lagi tu.. 
Yang dapat result baguih.. yang duduk kat tepi2 sambil isap rokok

(Cakap kat Hubby : Tu la.. Ayang je yang WORK HARD tak pandai POLITIK..orang tu pandai!! WORK SMART!!!.... DS nampak dia buat keje baguih la..)

Dush!!!.. Maka.. Malam tu WN mendengar ayat2 perit keluar dari mulut Abah Lutfi

(Ayat Hubby : Saya jugak yang tak betul kan!! Harap bini boleh la.. bla bla bla bla)

PADAN MUKA AKU!!! SAPE SOH DOWN GRADE KAN HUBBY SENDIRIK!!!

Jom jom Lutfi.. kita masuk bilik.. kita main dua orang pas tu kita tido.. kang tak siap keje ABAH kang!!!

4 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Dunia mmg macam tu. Kalau boleh, kena work smart, tapi lebih baik work hard, daripada work smart jenis yg mmg tak buat keja, tapi membodek/politik aja lebih.

Takpa, kat SANA ada balasan baiknya.Yakin lah.

ps: tu peta LANUN ISLAND ke? :P

Teratak Hami berkata...

Hubby akak pun kena standby masa 1st raya. Boss nak meeting kat Jepun, dia yang kena standby untuk data2 yg diperlukan. Nasib baik dah setel jalan2 raya.

Akak pun selalu keluarkan statement camtu. Bukan nak down grade tapi kita nak luahkan ketidakpuashati yang mungkin tak diluahkan oleh hubby.

Puan Isah berkata...

Asalamualaikum, hai faham betul mak isah camne perasaan ibu lutfi :)

Disini mak isah ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin di bulan syawal ni...

Salam ceria selalu

pB berkata...

salam


tk syok tul , kerja berkumpulan tapi sowang sowang je yang dok pulun kerja mati-matian

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit