Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 29 Ogos 2012

Baju hari raya pertama

Pakaian Kemelayuan yang bertahan sehingga tengahari je.. Masuk je petang.. Kami bertiga dh transform ke pakaian harian.. Baju T dan bseluar jeans..
P/S : tak pe kan... Beraya kat umah atok je.. Biasala kami jd tukang hidang dan basuh pinggan sokmo.. Senang ke dpn ke belakang..

Selasa, 28 Ogos 2012

Biarla begini... Drp dibiarkan togel

Kalo ikutkan hati Umi.. Biar la dengar Lutfi menangih2 jap.. Janji berbaju.. Tapi `UWO` Lutfi pulak maleh sungguh dengar cucu merengek2.. Sanggup tu memujuk lelama.. Dan at last Lutfi nak jugak la dipakaikan towel..

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

;)
Entree terakhir sebelum bercuti raya
Sila lah tatap kad raya yang WN hasilkan dalam sekejapan ekoran untuk menghilangkan rasa kebosanan menunggu waktu pulang bekerja sebab kengkawan opis kebanyakannya dah bercuti


Kepada semua penyinggah2 blog ini WN ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf selama WN berada di dunia maya ini..

Mohon maaf andainya ada entree2 yang mengguris perasaan mana2 pihak

Mohon maaf andainya ada Ulasan2 yang selalunya tidak dibalas.. sebab WN ni jenis tak pandai memanjangkan cerita

Mohon maaf andainya WN ada meninggalkan Ulasan2 yang pedih di blog2 korang

Mohon maaf atas segala-galanya atas perkara-perkara yang tidak tersebut dalam mana-mana perkara di atas.

Ooo.. lupa pulak.. nak 'RIAK' sikit nih.. (Hu hu.. nak jugak tergolong dalam kumpulan manusia yang di ibaratkan Syirik kecil - mintak dijauhkan la.. tak tau nak guna perkataan apa yang benarnya)

Bulan Puasa nih.. WN telah berjaya untuk mengurangkan amalan membazir yang selalunya kita tak sedar akan berlaku di bulan ramadhan. Perkara2 itu adalah seperti berikut;
  1. menjauhkan diri dari menghadiri aktiviti membeli belah di Pasar Ramadhan.. Makan masakan rumah je.. walaupun hanya 1 atau 2 hidangan je sempat tersedia (itu pun setelah bersilat, tai chi dan kun tow bagai nak rak.. tak masuk lagi berlumba2 dijalan raya nak mengelak jammed). Tiada istilah berbuka dengan HIDANGAN BELI (lauk tunjuk2) yer.. 2 atau 3 kali jer hubby belikan kuih2 dari pasar ramadhan.. tu pun sebab ada tetamu kat rumah
  2. tidak berhabis beratus-ratus ringgit untuk membeli kuih raya dari kengkawan opis.. tak sangka sungguh!!!.. tak sampai pun RM100.. jangan tahun2 lepas.. paling CIKAI RM300..
  3. Tidak menjadi pengunjung tegar SOGO dan Jalan TAR.. Rasa2nya baru 2 kali keluar ke sana time REHAT.. 
  4. Dan telah memadamkan niat untuk membeli set langsir dan bed sheet baru untuk tahun ini... hu hu hu
Dan pada Hari Raya kali ini jugak adalah;
  1. Dapat beraya panjang kat sebelah WN sebab sebelah Hubby sume beraya panjang keluarga sebelah MERTUA mereka
  2. Kali pertama dapat berkumpul dengan kesemua 4 adik beradik kami pada Hari Raya Pertama nanti
  3. Tapi pada Hubby terpaksa kembali bertugas pada Hari Raya KETIGA.. Dan hubby akan tinggalkan kami berdua di rumah MAK WN.. Hari Jumaat barulah berjumpa semula.. Sian jugak dia balik sensorang.. tapi nanti keboringan pulak tinggal sensorang kat umah.. jiran2 balik kampung..
  4. Dan pada tarikh HARI RAYA pertama tahun 2012 ini.. adalah tarikh HARI LAHIR penulis blog nih!!!.. 
  5. Dan pada bulan HARI RAYA ni jugak, kami adik beradik akan ambik kesempatan ni untuk buat kenduri doa selamat + tahlil sempena hari kelahiran WN, Sepupu WN, Dhia Dini (anak adik ketiga WN) dan Ahmad Lutfi Ikram..
Dah tentu penat.. Kakak Sulung la katakan.. Depa dah bertanya2 menu2 hidangan untuk raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.. dah pastinya kami yang pompuan nih kuar masuk dapor je la keje nya... Haiii.. tak kering2 la lengan baju Achik ni nanti...

Penutup N3.. ingat nak buat N3 pendek.. tapi dah jadi Karangan pulak kan?!

Sekali lagi WN ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.. Berhati-hati di jalan raya, dan beringat2 menjamu selera.. Jangan habis raya nanti nyesal berat badan naik bagai di pam2 dan macam2 penyakit datang menyinggah.. ASSALAMMUALAIKUM..

Rabu, 15 Ogos 2012

Peliharaan Lutfi

Baru byk tu.. Dh gaduh2 soh Lutfi kumpulkan setempat.. Sbb: Abah Lutfi pantang sgt tersepak, terpijak @ terduduk benda alah tu.. Meloncat dia nanti..

Isnin, 13 Ogos 2012

Beli Tayar Jangan Tertipu

Dah seminggu... Kecewa dengan dasar organisasi.. tak pasti sama ada telah keluar dalam pekeliling atau dasar baru organisasi nih.. Waa!!!! Gerrraaaammmmmnya... Kami dah tak boleh akses blog.. Sakitnye jiwa.. sekadar nak akses blog.. ada masa kami baru kami baca.. lain lah FB.. kena selalu update status kan!!!.. Jadi alternative way ialah updated N3 by email.. jahat laaaa diorang nih!!!..  Nak update melalui HP seperti tak puas dengan skrin yang kecil.. Nak reply comment pun tak bape nak pandai sangat.. satu lagi.. katanya Wifi untuk staf.. tapi sama juga.. masih ditahan2 akses nya.. baik tak payah!!!.. Kena upgrade broadband / talian sendirik la nampaknya.. ..

Nampak gayanya BW pun seminggu sekali lah.. kat umah tentu2 dah tak sempat.. 

Okay la ini adalah N3 for sharing pagi ini.. dari inbox saya.. Semoga mendapat manfaat yer




Salam,

Moga dapat dijadikan panduan bagi yang tidak mengetahui dan peringatan buat yang terlupa.Sekian, terima kasih


Moral of the story : Sebelum balik kg untuk menyambut lebaran, pastikan kenderaan tuan/puan dlm keadaan yang baik. Pastikan juga tayar gantian telah diisi angin secukupnya. Servis kenderaan anda, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
-- 


From : XXXXXXX
Sent: Thursday, August 10, 2012 2:05:58 AM
Subject: Fw: Beli Tayar Jangan Tertipu
Beli Tayar Jangan Tertipu
 

Beli Tayar Jangan Tertipu
 


Ini juga satu peringatan penting! Bila beli/tukar tayar kereta, jangan sampai tertipu. Jangka hayat tayar kereta itu cuma 5 tahun. Kalau dah lebih pada itu, sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya. Ia akan membuat kereta kita terasa bergegar dan kurang cengkaman. Ini menyebabkan kereta mudah terbabas di selekoh yang licin. Ini pernah terjadi pada seorang kawan saya yang membeli sebuah kereta terpakai. Kereta itu dah 2 tahun duduk dalam showroom used car dealer kerana tak ada pembeli. Kawan saya ini minat sangat pada kereta keluaran Italy, dia terus beli. Saya nasihatkan dia tukar tayar kereta. Tapi dia degil. Katanya tayar masih cantik lagi dan bunga masih tebal.

Dia pandu kereta itu ke Kuala Terengganu. Dari sana dia call saya bagitahu dia cukup puas hati pada kereta itu. Tayar juga tidak ada apa-apa masalah. Katanya, dia mengambil selekoh dalam kelajuan yang tinggi cengkaman tayar itu cukup mantap. Tetapi keesokkan hari dalam perjalanan balik ke KL, dia call saya dalam nada suara yang tersedu-sedu. Saya tanya kenapa? Katanya keretanya baru saja terbalik keempat-empat tayar ke atas dekat selekoh Marang.Tayar masih elok dan bunga masih tebal, tapi kalau kereta itu dah lama tak bergerak, tayarnya dah keras. Bila dipandu, kereta mula melantun-lantun, dah jadi macam kereta Charlie Chaplin. Kepada kawan-kawan yang suka beli tayar terpakai terutama tayar import, nasihat saya, hentikan! Akibat nak jimat duit, kereta boleh terlibat dalam kemalangan dan kemungkinan nyawa melayang.

Beli tayar baru pun harus hati-hati juga, jangan tertipu! Pernah juga terjadi pada seorang lagi kawan. Dia dah tukar empat-empat tayar baru, datang jumpa saya minta nasihat kerana dia terasa keretanya melantun. Terkejut juga saya kereta buatan Jerman boleh melantun. Cuma kurang sikit pada kereta Charlie Chaplin. Tapi adalah lebih kurang macam kereta Mr. Bean. Apabila saya teliti pada tayar yang dia baru pasang itu, rupa-rupanya tayar itu dah berusia lebih pada 6 tahun. Sedangkan jangka hayat sesebuah tayar hanya 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan oleh kilang. Apabila menggunakan tayar yang sudah berusia lebih pada 5 tahun, ini akan membuatkan kita berkawan rapat dengan Charlie Chaplin dan Mr. Bean. Tetapi Michael Schumacher & Alonso akan menjauhkan diri dari kita.

Okey, macam mana kita nak tahu usia tayar itu! Kalau dilihat pada bahagian tepi tayar itu, ada tercatat minggu dan tahun tayar itu dikeluarkan. Jika tercatat di tepi tayar 5111 – bermakna tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-51 tahun 2011. Satu lagi tercatat 0210 – dikeluarkan pada minggu ke-2 tahun 2010. Ini bermakna tayar-tayar ini belum menjangkau usia 3 tahun lagi. Masih elok dan memang masih boleh digunakan. Tetapi harus diingat, meskipun tayar yang berusia kurang dari 3 tahun, seandainya sudah dipasang pada kereta dan kereta itu sudah 2 tahun tak bergerak, keadaan tayar itu sudah jadi keras. Daripada membahayakan nyawa kita, lebih didermakan untuk dijadikan tukun tiruan.

Moral of the story : Sebelum balik kg untuk menyambut lebaran, pastikan kenderaan tuan/puan dlm keadaan yang baik. Pastikan juga tayar gantian telah diisi angin secukupnya. Servis kenderaan anda, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
-- 
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.'
1.Sebaik2 msia adalah yang memberi manfaat pd org lain.
2.Org yg kuat adalah org yg dpt menahan marahnya.
3.Allah SWT suka hambaNya yg sentiasa memohon ampun pdNya.



Rabu, 8 Ogos 2012

Mandi bubble

Sabtu, 4 Ogos 2012

Arwah ibunya rakan sekerjaku

https://m.facebook.com/profile.php?id=213951698730900&ref=stream&refid=7&_ft_=qid.5772610035434375645%3Amf_story_key.213951698730900

Jumaat, 3 Ogos 2012

14 Ramadhan 1433H

Hari ni genap 2 tahun Hijriah kelahiran cahaya mata yg kami tunggu2 selama lebih 1 dekad..
Perangai... Hrrmm.. Sehingga hari ni.. Alhamdulillah selari dgn perkembangan umurnya.. Dah macam2.. Yg baik.. Yg buruk.. Yg salah pengertian.. Yg over pandai.. Yg saje buat2 tak pandai... Kadang2 di `fotostat` nya perbuatan kami.. Cara kami Solat, cara kami di bilik mandi, cara abah mengemas umah, cara umi melipat baju
Selalu diulang semula skrip2 kami di rumah..  seperti ayat abah menegah, skrip umi mengeluh, skrip umi ajak abah makan sama, skrip abah soh lutfi tido.. Skrip umi tarbiah lutfi jgn notti..
Dah 2 tahun.. Dh masanya utk Lutfi bercerai susu bdn..(menyonyot yg lebey nya)
Siang ok.. Malam yg bermasalah sikit.. Ye la umi pun sama tak lena tido kali Lutfi tak de kat bawah ketiak.. Lutfi apa tah lagi..
Isnin depan WN bertugas ke Tawau kemudian ke Tawau lagi September nanti.. Kemudian menguruskan pelbagai Mesyuarat, bengkel dan seminar di luar kawasan dari September sehingga Disember nanti.. Mungkin ini starting point utk menjarakkan Lutfi dari `botol susu bergerak` nya..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit