Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 24 Februari 2011

Sape Cakap Gaji Tentera Besar?

Ayat2 klise dari rakan2 yang kurang memahami:

  • "Untung la akak.. Kawin ngan Navy Opiser.."
(Dalam hati : Aku pun Opiser gak! Cuma korang tak 'salute' kat aku.. dan aku tak soh korang panggil Puan).. Bezanya... Pegawai Askar ni di Tauliah kan.. Agung sign.. Pegawai Awam pulak Pihak Berkuasa Melantik nya la.. sama ada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, S/jaya Perkhidmatan Perguruan, S/Jaya Perkhidmatan Polis, Pihak Berkuasa Tempatan atau pun Badan Berkanun..

  • "Gaji Askar kan besar!!" Acik jawab.. Saaapeee kata.. Acik tahu la.. tiap2 tahun Acik dapat agak increment Hubby ku itu
(Senyum sendiri : Aduuu yaii... sedih.. yang wat statement ni anak buah aku, orang 'service'... dah berapa kali terangkan tapi masih tak paham konsep.. lotih Acik kena explain)

Tak de maknanye.. lebih kurang sama je ngan Kakitangan Awam yang lain.. kalau korang dalam Kumpulan Sokongan diorang kat Group Lain2 Pangkat.. Kalau korang kat Kumpulan Pengurusan & Profesional diorang kat Kumpulan Pegawai.. Kalo dah Peringkat Laksamana tu maknanya dalam Kumpulan JUSA la tu.. yang membezakan cuma diorang tak guna pakai Sistem Saraan Malaysia (SSM)..

Oleh itu.. bila bab2 kenaikan Gaji diorang selalu terkebelakang daripada Polis.. sekarang Gaji Konstabel dah hampir sama ngan gaji Senior LLP.. (ooppsss.. statement tu...nanti Acik kaji ye..)


Gaji Permulaan Skim Kadet
RM 976.96 (SPM.. English & Math mesti kredit.. C6 ke atas ye.. biasanya budak2 boarding school + nakal tapi cerdik yang dah tak mau sekolah lagi la yang apply jd Pegawai ni.. termasuk Hubby ku.. hu hu)

Gaji Permulaan Graduan
a. Diploma - RM 1769.75 (Pakai pangkat Lt Dya)
b. Ijazah - RM 2134.38 (Ada pakai Pangkat Lt Dya ada Lt.. ikut Degree)
c. Ijazah Kepujian - RM 2134.38 (Terus Lt)
d. Tugas Ikhtisas - Ikut Kelayakan (terus Lt)
Skim UPNM = tak tahu


LLP - Kalau skim Perantis ada yang terus pakai Bintara Muda.. Diorang ni ada Diploma lagi

Cuba pikir.. kat mana lebih nya Askar nih.. sama je gaji & elaun nye ngan Perkhidmatan Awam lain
Kot lebih pun kat Elaun Rumah jer..
Campur tolak Elaun2 yang kepakarannya tak de dalam Perkhidmatan Awam.. Contoh : Elaun Paskal, Divers, Pilot etc.
Engineer kat dalam Askar tak de Elaun Khidmat Kritikal ye..

101 ulasan:

Ctnurkhijah berkata...

as salam..
ct pun isteri navy (llp) dan ct penah keja di bahagian urusan gaji angkatan tentera di mindef

ini pandangan ct lah..
gaji peg ct tak berapa arif sgt tp bab gaji llp ct tau la jgk...
ada bezanya gaji tentera(llp) & awam (sokongan)

ct amik cth perbezaan bagi Laskar kanan (9thn khidmat)dan pembantu tadbir (9thn khidmat)

Gaji pokok: tentera rm1958.52
awam rm 1227.71
PGT(naik gaji tiap thn): tentera rm101.38
awam rm50

PGT bagi awam tu lebih rendah dari PGT laskar muda (rm58.42)
Tentera : 4 tahun khidmat automatik naik pangkat dari laskar muda ke laskar kelas 1 yang bawa perbezaan gaji agak banyak berdasarkan sistem band.
awam pun ada naik pangkat tapi dalam 4 tahun adakah comfirm akan naik pangkat? kalau tak silap ct 10 thn khidmat baru bleh mohon jadi ketua kerani.
Untuk mendapat anjakan gaji (P2) tentera tak perlu apa2 exam just buat baik ngan pegawai penilai dan tunjuk rajin skit (dari pengamatan ct selama 9 thn keja under tentera)

ct kira ni berdasarkan band 3 iaitu band terendah dalam tentera...lagi tinggi band lagi tinggi gaji
skil gaji yang kat ada di entry tu bg laskar muda adalah utk band 1..selepas p kursus 3bulan tentera akan naik ke band 3 (rm961.75) then jika ada lagi kepakaran akan naik lagi band maka gaji lagi naik.

Kalu nak di bezakan gaji tentera ngan awam mmg ada bezanya... tapi kita tak boleh juga nafikan benda tu sebab depa keja 24jam..bila2 masa boleh dipanggil..ada duty dan sebagainya.

bagi Elaun Paskal, Divers, Pilot kita boleh letak tepi a sbb hanya yang berkelayak je dpt.
Tapi elaun pejalanan tiap-tiap bulan untuk pergi balik keja juga ada utk semua yg bkahwin berdasarkan jarak umah ngan opis kecualai yg disediakan ZL..max rm200 sebulan yg diterma tunai tak dak dlm payslip.
awam ada? mungkin tak byk bagi sesetengah org tp bagi awam sokongan ni, nilai tu byk.

Bercuti pun boleh klim jugak duit minyak, tol servis keta setahun sekali.

sory lah kalau komen ni tak menyenangkan tuan blog tapi inilah yg ct tahu untuk perkongsian kita. apa pun ct bersyukur sebab hubby tentera, rezeki dia rezeki ct jugak...lgpun isteri ada duit peruntukan kan?

tentang perbezaan gaji tentera dan polis ct tak tau...

Ryehanna berkata...

Nice entry... and nice comment dr pn ct..

br bertambah sikit ilmu di dada ni.. nama je kahwin ngan naval opiser, tp bab2 gaji ni mls nk amik port sgt...

tp bab gaji tentera kecik tu mmg teman setuju bebeno laa... xbyk mane pn lagi2 kalau engineer... kalo pilot tu masyuk le jgk.. hehehe

wifemdnavy berkata...

CT.. tentera memang sepatutnya naik pangkat cepat berbanding peg awam disebabkan tempoh perkhidmatannya pendek (maks 21 tahun bg LLP dan mengikut pangkat tertinggi bg Pegawai) di mana turn over personnel nye tinggi.. (tak campur yang ada kes tatatertib - term tentera x tau la)

Berkenaan pergerakan band 1 ke band 2 & 3 tu sama seperti anjakan ke aras P1, P2, P3 di dalam awam.. di mana setiap cadangan kenaikan pangkat dan anjakan gaji adalah mengikut kriteria spt berdsrkan Markah Penilaian Prestasi, Tarikh Kekanan, Lulus Kursus berkaitan Kenaikan Pangkat (awam - PTK), bebas tindakan tatatertib & lain2 kriteria yang ditetapkan dalam peraturan.

kenaikan pangkat juga dibawa ke Mesyuarat BOD A & B seperti awam iaitu Mesyuarat J/K Kenaikan Pangkat & Pembangunan Sumber Manusia.. di mana Urusetia & Ahli BOD ni tak kenal pun sape mereka ni kecuali berdasarkan kenyataan yang ditulis dalam BAT D mereka (awam - buku Rekod Perkhidmatan)

Berkenaan elaun tak masuk dalam slip tu, apa kata kita anggap sebagai Hadiah Kerajaan kepada mereka kerana bekerja tak kira / tentu masa dan selalunya lebih masa.. Kalau masuk slip gaji kang, makin banyak kena cukai pendapatan.. he he

canang berkata...

kesian kawan2 yang belum naik pangkat lagi... Sabar la skot...

abu muaz berkata...

t.kasih info ni. gaji army mesti tinggi dari polis la.. saya ada anak diUPNM tak tahu juga skim dia... dah nak keluar tahun akhir ni... jd navy juga tu.

faten berkata...

hurmm....syok baca wifey2 navy nye blog....huhu!

DEN COMANDO berkata...

Pn Sri satu lagi jgn lupo bagi tahu,gaji askar ini banyak jugak diperhabihkan disebabkan keperluan pekhidmatan, kalau pogi kursus lagi laa...semmuonyo duit, mess nite pun duit jugak, hari keluargo pun duit jugak...kalau pogi staff college kek haigate pun banyak jugo pakai duit...pendek kato..bosa periuk bosa jugolah koraknyo..ini yg org awam kono faham.

Ked berkata...

ohoo..good info..thanks sis ea..bf saye pon navy tapi x penah la plak tanye gaji die bpe..hehe

nawwar berkata...

salam kak,

saya nak tahu berapa starting gaji untuk engineer? kalau akak tahu untuk TUDM or tentera darat..boleh tolong pm saya sekali. terima kasih

nie email saya: arisnabila@yahoo.com

Unknown berkata...

Kalau starting gaji engineer dlm navy berapa? Klau boleh sy nak masuk ke upnm tapi x tahu sistem dy

NamiN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

T.q cik

Unknown berkata...

T.q cik

Hezam CM berkata...

Untuk maklumat semua,tidak dinafikan gaji ATM adalah yang paling tinggi di dalam Perkhidmatan Awam selain PDRM (beza tak sampai RM10 pun sebenarnya) berdasarkan perbandingan kesetaraan pangkat dan gred seperti berikut:

a. Kump Sokongan (Anggota Lain-Lain Pangkat) - Prebet (Gred 19) hingga Pegawai Waren I (Gred 38).
b. Kump Pengurusan & Profesional (Pegawai) - Lt Muda (Gred 41) hingga Brigediar Jeneral (Gred 54).
c. Kump Pengurusan Tertinggi (Pegawai Kanan) - Mejar Jeneral (JUSA C) hingga Jeneral (JUSA A).

Gaji permulaan untuk pegawai (Lt Muda) dibayar mengikut entry point spt berikut:

a. Ijazah Sarjana Muda Kepujian Veterinar - RM3,024.00.
b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan - RM2,876.37.
c. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang - RM2,730.61.
d. Ijazah Sarjana Muda Pelbagai - RM2,565.00.

Gaji permulaan untuk Anggota LLP dibayar mengikut entry point spt berikut:

a. SPM/SVM -RM1,564.00
b. SPM + SKM Tahap 2 - RM1,630.01
c. SPM + SKM Tahap 3 - RM1,696.02
d. STPM (Prinsipal Subjek Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab)/STAM - RM1,762.03
e. Diploma TESL/Diploma Tahfiz Al-Quran/Pengajian Islam - RM1,828.04
f. Diploma dalam bidang Kesihatan - RM1,894.05
g. Diploma dalam bidang Sains Veterinar - RM1,960.06
h. Diploma dalam bidang Kejuruteraan - RM2,026.07

CgFiezanizer berkata...

kalau pegawai komando cmne pulak ye..ke samam je dgn jwtan2 lain

Hezam CM berkata...

Gaji sama saja cuma tambahan kepada Elaun Komando sahaja.
Sama juga macam pilot...tambahan kepada Elaun Penerbangan sahaja.

Unknown berkata...

Maaf ya..anak Sy ada ijazah..to dia Masuk tentera guna SPM sbb dah lama menganggur..boleh ka ijazah dia digunakan wlaupun dia Masuk guna SPM je..

Hezam CM berkata...

Untuk maklumat Perkhidmatan ATM dibahagikan kepada 2 skim iaitu Skim Pegawai dan Skim Lain-Lain Pangkat. Kelayakan masuk ke dalam skim-skim tersebut adalah seperti berikut:

a. Skim Pegawai. Kelayakan masuk adalah Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Selain itu calon mestilah mendapat Kepujian di dalam subjek BM, BI dan Math.

b. Skim Lain-Lain Pangkat. Kelayakan masuk minimum adalah SPM atau SPM + SKM Tahap 2/3. Selain itu kelayakan masuk pelbagai ke dalam tugas khusus seperti STPM (Prinsipal Subjek Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab), STAM, Diploma dalam bidang kesihatan, Keagamaan, TESL, Kejuruteraan dan Sain Veterinar.

Anggota Lain-Lain Pangkat yang telah berkhidmat berpangkat Sarjan yang memenuhi syarat layak untuk memohon Skim Pegawai dengan syarat memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian.

Queenfaty berkata...

Asslmualaikum Akk bole tak share pengalaman semasa latihan tldm selama 6 bulan

glassman berkata...

nak tanya sikit, berapa pencen pengarah UGAT yg pangkat Kolonel?

Hezam CM berkata...

Pengarah UGAT sekarang pangkat Brigedier Jeneral tuan. Jumlah pencen bergantung kepada gaji hakiki akhir pegawai tersebut.

Unknown berkata...

Bomba dan tentera mana banyak gaji dan elaun?sapa tahu?

Hezam CM berkata...

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh.

Skim Perkhidmatan ATM dan Skim Perkhidmatan Bomba terdapat perbezaan dari segi gaji permulaan seperti berikut:

1. Penguasa Bomba vs Leftenan Muda ATM (Setara Gred 41) menggunakan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian:

a. Penguasa Bomba – RM 2,300.73.
b. Leftenan Muda ATM – RM 2,585.00.

2. Pegawai Bomba vs Prebet ATM (setara Gred 19) menggunakan kelulusan SPM;

a. Pegawai Bomba – RM 1,360.00.
b. Prebet ATM – RM 1,564.00

Berkenaan elaun pula selain elaun-elaun gunasama (terpakai kepada semua kakitangan perkhidmatan awam) terdapat juga elaun2 yang dikhaskan kepada anggota ATM dan Bomba.

Semoga sedikit maklumat tersebut dapat membantu pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Tq..tapi kalau gaji polis macam mana pula?

Hezam CM berkata...

Gaji polis kurang sikit saja dari gaji ATM.

Unknown berkata...

As salam.nk tanya la...TLDM ada tempoh khidmat minima utk berhenti ke? Ada yg kata kna serve 5 tahun dulu.

Hezam CM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hezam CM berkata...

Wsalam. Tempoh perkhidmatan minimum untuk Anggota Lain-Lain Pangkat dalam TDM, TLDM dan TUDM adalah 12 tahun. Walau bagaimanapun, anggota boleh diberhentikan lebih awal atas faktor-faktor lain seperti penurunan tahap kesihatan dan tatatertib.

Unknown berkata...

Kalau masuk dgn diploma adakah prebet juga

Hezam CM berkata...

Berkuat kuasa 1 Jan 2013, Skim Perkhidmatan ATM telah dinaik taraf dimana syarat untuk pentauliahan sebagai Pegawai ATM mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Selaras dengan penetapan syarat tersebut, pengambilan Pegawai ATM kelulusan diploma (Pegawai Graduan) dan SPM (Pegawai Kadet) telah dimansuhkan. Berkuat kuasa 1 Jan 2013, kelulusan diploma tergolong di dalam kumpulan Lain-Lain Pangkat (LLP) dimana akan dilantik sebagai Prebet (setara Gred 19) setelah lulus Latihan Asas Ketenteraan (Rekrut) selama 6 bulan. Walau bagaimanapun, laluan kerjaya LLP kelulusan diploma adalah lebih cepat berbanding LLP kelulusan STPM/SPM/SVM dimana LLP kelulusan diploma hanya memerlukan tempoh masa selama 5 tahun sahaja untuk dinaikkan ke pangkat Sarjan (setara Gred 29) berbanding LLP kelulusan STPM/SPM/SVM yang memerlukan tempoh masa 7 hingga 10 tahun.

Rash8 berkata...

Salam nk tnya,klau masuk guna diploma engineering..stlh tamat latihan tentera..kena join kursus kejuruteraan lg ke..sbb sy dgr stlh tamat lathan..pelatih akn dihntr utk bljr mngikut jnis kejuruteraan yg diambil selama 1thun

Hezam CM berkata...

Selepas tamat latihan asas (rekrut) anggota akan dilantik ke pangkat Prebet (Tugas Khusus) dalam Kor Kejuruteraan. Semua anggota tentera dikehendaki menghadiri kursus mengikut kepakaran masing-masing yang telah ditetapkan untuk tujuan kenaikan pangkat dan kenaikan band (gaji yang lebih tinggi). Tempoh kursus adalah berdasarkan kepada tempoh yang ditetapkan oleh Perkhidmatan masing-masing (Tentera Darat/Tentera Laut/Tentera Udara). Tempoh minimum kursus band adalah 16 minggu. walau bagaimanapun, anggota yang memasuki perkhidmatan dengan kelulusan diploma tidak perlu menghadiri sepenuhnya kursus yang ditetapkan dan mereka hanya dikehendaki mengambil ujian kelayakan tred sahaja untuk dinaikkan band yang lebih tinggi.

Doktot berkata...

Assalamualaikum . Saya nk tnya , adakah gaji bagi pegawai tentera tdm , tldm , tudm adalah sama dan setara bgi kesemua pangkat pegawai ?

Hezam CM berkata...

Waalaikummussalam. Gaji permulaan adalah sama mengikut pangkat di dalam semua perkhidmatan (Darat/Laut/Udara). Walau bagaimanapun, penetapan gaji permulaan adalah berbeza mengikut kelulusan akademik. Rujuk ulasan di atas bertarikh pada 15 Ogos 2018 5:05.

Munazzah berkata...

Anak saya adalah pelajar asasi kejuruteraan Upnm..mana kah yg lebih baik, menyertai TDM , TUDM atau TLDM?

Hezam CM berkata...

Untuk maklumat, ketiga-tiga Perkhidmatan dalam ATM (TDM, TUDM dan TLDM) mempunyai bidang Kejuruteraan masing-masing. Selain itu gaji permulaan kelulusan kejuruteraan ketiga-tiga Perkhidmatan adalah sama. Adalah disarankan agar anak Puan membuat research sendiri untuk memilih kecenderungan perkhidmatan yang diminati. Walau bagaimanapun, terdapat peraturan yang membolehkan anak Puan untuk memohon menukar Perkhidmatan selepas ditauliahkan sebagai pegawai nanti.

Unknown berkata...

Salam... Sy sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan.. Yang mana nanti lepas abis blaja sy bercita² nak masuk jururawat tentera.. Apakah nanti sy terus dimasukkan dlam grup pegawai atau lain² pangkat?

Hezam CM berkata...

Wsalam. Kelayakan akademik untuk pentauliahan (lantikan bagi perkhidmatan awam) sebagai pegawai (Kumpulan Pengurusan & Profesional) adalah Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Bagi askar lasykar (Kumpulan Sokongan) adalah SPM/SVM/STA/STPM dan Diploma Khusus (dalam bidang yg ditetapkan sahaja). Untuk maklumat lanjut sila rujuk ulasan di atas bertarikh 15 Ogos 2018. Sekian saya yg berusaha memaklumkan.

Novus berkata...

Salam, bagi yg memohon menggunakan lulusan diploma kejuruteraan (Tugas Khas), adakah gaji yg diterima sama seperti prebet yg menggunakan lulusan spm ?

Hezam CM berkata...

Wsalam. Untuk maklumat gaji permulaan yg diterima adalah berlainan. Sila rujuk ulasan bertarikh 15 Ogos 2018 berkenaan penetapan gaji permulaan dalam ATM. Sekian terima kasih.

hazrul berkata...

bolehkah seorang anggota llp tugas khas (diploma) menyambung pengajian di peringkat degree dan memohon ke pegawai setelah tamat pengajian ?

Hezam CM berkata...

Pihak ATM menyediakan pelbagai program dan peruntukan bagi meningkatkan tahap akademik anggotanya selaras dengan keperluan pembangunan teknologi semasa. Selain itu anggota ATM juga dibenarkan untuk meneruskan pengajian tinggi secara persendirian dengan bantuan dan kemudahan tertentu seperti yang disediakan dari semasa ke semasa. Anggota LLP yang memiliki kelayakan Ijazah dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon untuk ditauliahkan sebagai pegawai Senarai Tugas Khas.

Unknown berkata...

Tuan..nak tnya pendapat...kalau masuk dengan diploma vokasional boleh kaa...n..apa yg setaraf dengan nyaa..dlm atm tuan?..berikan pendapat..terima kasih

Hezam CM berkata...

Untuk maklumat, pengambilan Perajurit Muda menggunakan kelulusan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) masih belum dilaksanakan pada masa sekarang. Bagi pemegang kelulusan DVM, mereka boleh memohon memasuki perkhidmatan ATM menggunakan kelulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan akan menerima gaji permulaan RM 1,564.00 (sama sepertimana kelulusan SPM). Kelulusan setaraf bermaksud mana-mana kelulusan akademik yang diiktiraf oleh JPA/Kementerian Pendidikan yang setaraf dengan peperiksaan tersebut. Contohnya; PMR adalah setaraf dengan PT3.

Unknown berkata...

Tldm bila buka?

Hezam CM berkata...

Sila dapatkan maklumat tersebut melalui http://www.navy.mil.my/
atau http://apps.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login

Unknown berkata...

Gaji atm ikut band kan?..nak tnyak.mcm mna tip tingkatkan band 1 ke band 2 cepat a...kpda admin

Unknown berkata...

Mcm mna nak tingkatkan band?.bagi tip..sikit admin..

Hezam CM berkata...

Untuk makluman saya bukannya admin eya...marah pulak tuan tanah nanti. Saya hanya salah seorang follower blog ni. Saya cuma tumpang menjawab kemusykilan berkenaan Skim Perkhidmatan ATM. Niat saya hanyalah untuk berkongsi maklumat-maklumat yang tepat berkenaan Skim Perkhidmatan ATM. Walau bagaimanapun, maklumat2 yang saya kongsikan adalah bersifat umum dan tidak berklasifikasi RAHSIA.

Untuk maklumat, ATM mengamalkan sistem gaji mengikut Band (Kepakaran) dimana anggota yang mencapai tahap kepakaran tertentu akan dibayar gaji yang lebih tinggi. Terdapat 5 kenaikan band (band 1,2,3,4 dan 5) di dalam sistem gaji ATM.

Pelaksanaan sistem band adalah seperti berikut:

a. Band 1. Selepas berjaya menamatkan latihan asas (rekrut) anggota akan menerima gaji Band 1.

b. Band 2. Anggota perlu menghadiri/lulus Kursus Kelas II. Tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk kenaikan ke Band 2.

c. Band 3. Anggota perlu menghadiri/lulus Kursus Kelas I dan telah berada di Band 2 selama 1 tahun. Selain itu, anggota juga layak dinaikkan ke pangkat LKpl setelah berada di Band 3 dan perkhidmatan telah genap 3 tahun.

d. Band 4. Anggota perlu menghadiri/lulus Kursus Peningkatan Kelas II dan telah berada di Band 3 selama 2 tahun.

e. Band 5. Anggota perlu menghadiri/lulus kursus Peningkatan Kelas 1 dan telah berada di Band 3 selama 3 tahun.

Anggota hendaklah mencari peluang menghadiri kursus band secepat mungkin dan jangan sesekali menolak menghadiri kursus apabila diarahkan.

Unknown berkata...

Thnk youu

Unknown berkata...

Salam nk tanya gaji tuk 6 bulan latihan tu adakah rm1,300+ untuk satu bulan atau rm 1,300+ untuk keseluruhan 6 bulan?

Hezam CM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hezam CM berkata...

Semasa dalam tempoh latihan asas rekrut selama 6 bulan, Perajurit Muda (PM) akan menerima gaji bulanan dan elaun-elaun lain seperti berikut:

a. Gaji Pokok RM 1,459.00 sebulan.
b. Imbuhan Tetap Khidmat Tentera - RM 115.00 sebulan.
c. Imbuhan Tetap Perumahan - RM 300.00 sebulan (Bujang layak menerima ITP 25%).

Semasa di dalam tempoh latihan asas rekrut, semua PM akan menerima kadar gaji yang sama (RM 1,459.00 sebulan). Selepas menamatkan latihan rekrut dan dilantik sebagai Prebet, mereka akan menerima gaji permulaan mengikut kelayakan akademik yg ditetapkan (Sila Rujuk ulasan saya bertarikh 15 Ogos 2018 5:05 PTG).

Zulkefli berkata...

Klau ada skm tahap 3 bidang pertanian...macam mana plak gajinya?

Hezam CM berkata...

Sekiranya memiliki kelulusan SPM + SKM Tahap 3 - gaji permulaan adalah RM 1,696.02.
Untuk maklumat, kelulusan SKM hanyalah untuk pemegang SPM sahaja manakala untuk SVM + SKM masih belum wujud di dalam Skim Perkhidmatan ATM.

Unknown berkata...

Lepas spm nak jadi tldm macam mna ?

Hezam CM berkata...

Sila layari http://www.mafhq.mil.my/index.php/my.
Pilih TLDM untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Pengambilan Anggota TLDM.

Unknown berkata...

Assalammualaikum..boleh saya tahu berapa gaji utk gred sarjan Dan staf sarjan...Terima kasih☺️

Unknown berkata...

Wsalam. Pangkat Sarjan (ZA6) dan setaraf adalah setara dengan Gred 29 manakala pangkat Staf Sarjan (ZA8) dan setaraf adalah setara Gred 32. Untuk maklumat, Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) ATM adalah berklasifikasi TERHAD dan tidak boleh didedahkan.

Unknown berkata...

Assalamualaikum...cuba isu kan pasal elaun sabah sarawak tok anggota lain lain pangkat tentera..sy penah mintak penerangan kat jabatan gaji mindef.knpa elaun macam x adil!!! Masih x da jawapan yg memuaskan sy, (termaktup dlm ATM=Jawapan yg masih tergantung

Hezam CM berkata...

Wsalam. Untuk maklumat perkhidmatan ATM yang bertugas di Sabah/Sarawak akan menikmati Bayaran Insentif Sabah Sarawak (BISS) berbanding penjawat awam yang berkhidmat di Sabah/Sarawak pula menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Sebelum ini adalah diakui kadar bayaran BISS yang diterima oleh warga ATM adalah lebih tinggi berbanding kadar BIW yang diterima oleh penjawat awam. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah menambahbaik insentif BIW di mana kadar pemberian BIW adalah berdasarkan kepada lingkungan gaji hakiki (12.5% hingga 25% mengikut lingkungan gaji). Penambahbaikan terhadap kadar BIW tersebut telah mengatasi kadar BISS yang diterima oleh warga ATM. Bagi mengatasi isu tersebut perbezaan kadar tersebut, pihak ATM telah pun memohon agar Kerajaan memanjangkan kadar BIW kepada ATM bagi menggantikan kadar BISS sedia ada. Sehingga kini, permohonan ATM tersebut masih di dalam pertimbangan Kerajaan memandangkan ianya melibatkan sejumlah penambahan kewangan yang agak besar. Sama-samalah kita berdoa agar ekonomi negara kita semakin meningkat supaya Kerajaan berkemampuan untuk meluluskan permohonan tersebut. Insya Allah.

Syima berkata...

Assalamualaikum saya nak tanya, saya ada ijazah. Tapi saya ada pergi temuduga terbuka pengambilan askar baru baru ni dengan menggunakan sijil SPM disebabkan permohonan saya melalui ATM dari pautan "jom masuk tentera" gagal disebabkan kursus pengajian yang tidak sesuai. Saya ambil ijazah sarjana muda dengan kepujian bahasa melayu. Soalan saya, macam mana rate gaji saya dan adakah masih ada peluang untuk saya guna sijil yg saya ada selepas berkhidmat nanti? Atau memang akan ikut flow SPM saja? Terima kasih ye.

Hezam CM berkata...

Untuk maklumat, terdapat pemegang ijazah sarjana muda yang gagal di dalam tapisan awal (online) disebabkan oleh faktor-faktor seperti jurusan yang dimiliki oleh pemohon tidak diperlukan oleh perkhidmatan ATM pada masa tersebut, tidak memperolehi kredit (kepujian) di dalam subjek BM, BI dan Math di peringkat SPM atau umur pemohonan yang melebihi had yang ditetapkan. Pemohon yang gagal di dalam permohonan untuk menjadi pegawai (Kumpulan Pengurusan & Profesional), mereka boleh memohon untuk menjadi askar lasykar (Kumpulan Sokongan) dengan menggunakan kelulusan syarat minimum SPM/SVM. Melalui Skim Askar Lasykar, terdapat laluan tertentu yang membolehkan mereka ditauliahkan sebagai pegawai Lt Muda (Gred 41) (Kumpulan Pengurusan & Profesional) setelah mereka memenuhi syarat yang ditetapkan seperti memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda, telah berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan setaraf dan berumur tidak melebihi 40 tahun. Walau bagaimanapun, pemohon hendaklah memaklumkan kepada pegawai pengambilan berkenaan kelulusan tinggi yang dimiliki agar pihak pengambilan dapat menempatkan pemohon ke dalam kor/rejimen yang bersesuaian dengan kelulusan tersebut.

Syima berkata...

Baik, terima kasih banyak2 atas pencerahan yang diberi.

Unknown berkata...

Asalamulaikum saya nak tanya , kalau saya diploma information technology (security) di kira dalam bidang kejuruteraan jugak ke ?

Hezam CM berkata...

Waalaikummussalam. Melalui semakan daripada Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) Diploma Information Technology (Security) tidak dikategorikan di dalam bidang Kejuruteraan.

Jazli berkata...

Keciknya gaji tentera

Unknown berkata...

Asalam...nak tanya ni..kalau saya ambik kemahiran kan..lepas tu ada diploma dalam kemahiran..so kalau saya apply ambik pegawai..saya terus dapat Lt Dya ke..?? And satu lagi..kalau saya ada diploma..kalau saya ambik llp saya terus dpt bintara muda kan?..kalau yg ada diploma dlm bidang kemahiran ni kalau ambik antara pegawai dgn llp ni boleh kn??
Mohon dijawab ye.sbb tahun ni saya spm..

Hezam CM berkata...

Wsalam. Untuk maklumat selepas 1 Jan 2013, syarat kemasukan ke dalam Skim Perkhidmatan Pegawai ATM adalah Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan pangkat permulaan pentauliahan adalah Lt Muda (setaraf gred 41). Syarat minimum kemasukan bagi Skim LLP pula adalah SPM/SVM dan pangkat permulaan adalah Prebet (setaraf gred 19). Selain itu syarat kemasukan ke dalam ATM menggunakan sistem multiple entry dimana gaji permulaan dibayar mengikut tahap dan pengkhususan yg ditetapkan.

Hezam CM berkata...

Untuk makluman saudara Jazli, sekiranya dibandingkan dengan perkhidmatan awam yang lain gaji tentera adalah lebih tinggi dari mana-mana skim perkhidmatan awam yang lain. Sepertimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam Ke Atas Saraan ATM Di Bawah SSB 1991, "Kerajaan bersetuju supaya relativiti gaji tentera adalah lebih 'superior' dari gaji awam dan polis dengan mengikut ranking seperti berikut:

1. Perkhidmatan Tentera.
2. Perkhidmatan Polis; dan
3. Perkhidmatan Awam.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan fakta bahawa tempoh perkhidmatan tentera adalah lebih pendek berbanding tempoh perkhidmatan Polis dan awam di samping risiko tugas dan persekitaran tempat kerja yang lebih tinggi".

Jazli berkata...

aku dulu rmc 2 tahun. dh rasa dh hidup askar macam mana. skunk tgh study degree kat um.. nak tanya, tugas ikhtisas utk kejuruteraan masih ada? sebab boleh terus dpt kapten kan. Hurm tapi, lebih baik kerja swasta je, abang aku kerja swasta gaji first dh 4k

Hezam CM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hezam CM berkata...

Untuk maklumat saudara Jazli, pilihan untuk menceburi bidang ketenteraan bukanlah hanya disebabkan faktor gaji sahaja tetapi yang paling utama adalah MINAT dan KESANGGUPAN untuk berkhidmat demi mempertahankan negara. Pengalaman belajar di RMC selama 2 tahun masih terlalu jauh dibandingkan dengan dunia sebenar ketenteraan.

Untuk maklumat mulai tahun 2013 pengambilan Pegawai Tugas Ikhtisas di dalam ATM hanya dibuka kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi sahaja. Selain itu, pangkat permulaan Skim Pegawai Angkatan Tetap adalah Leftenan Muda dengan kelayakan masuk minimum adalah Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Pengambilan calon luar yang memiliki degree kejuruteraan bukanlah merupakan pilihan utama kepada ATM kerana ATM mempunyai keluaran degree Kejuruteraan daripada UPNM (sumber utama pengambilan pegawai ATM).

Admin Buat-Duit-Lumayan berkata...

Tu kena tengok bidang apa plak yg dia dapat dlm tentera

Klau ijazah engineering.tp dpt cheftentera,jawapnya mmg xkn gaji ijazah. Rugi blja tinggi2. Dianaktirikn LLP ni.kesian kn

Hezam CM berkata...

Skim LLP tidak menggunakan kelulusan ijazah utk kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM (tiada gaji permulaan utk kelulusan ijazah dalam skim LLP). Syarat tersebut sama sepertimana skim perkhidmatan awam yg lain. Sekiranya tawaran iklan adalah utk kumpulan sokongan (SPM/Diploma),calon yg mempunyai kelayakan ijazah akan dibayar gaji SPM/Diploma sahaja. Tidak timbul isi LLP dianak tirikan dalam perkhidmatan ATM.

Nurul Syuhada Izaty Binti Mohamed Yusof berkata...

Assalamualaikum admin, nak tanya, sekiranya saya ada diploma dan saya mohon untuk masuk tentera, bila saya tamat nantu pangkat apa yang saya akan dapat? Boleh ke saya mohon untuk pengawai?

Unknown berkata...

Assalamualaikum, saya nak tnya, saya lpasan diploma nak mohon masuk tentera, sekiranya dapat tentera blh ke saya sambung ijazah.

Hezam CM berkata...

Assalam Puan Admin, izinkan saya untuk menjawab soalan adik Nurul Syuhada dan Unknown eya.

Untuk maklumat adik Nurul, sila baca ulasan saya bertarikh '8 Januari 2019 10:35 PG' terlebih dahulu bagi pemahaman yang lebih jelas berkenaan pengambilan kelayakan masuk diploma ke dalam Skim Perkhidmatan ATM. Pangkat permulaan bagi Skim Askar Lasykar ATM adalah 'Prebet'. Walau bagaimanapun, gaji permulaan adalah mengikut nilai taraf kelayakan masuk. Sila rujuk ulasan saya bertarikh '15 Ogos 2018 5:05 PTG'.

Seseorang askar lasykar (LLP) boleh memohon untuk ditauliahkan sebagai pegawai sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu berpangkat Sarjan; memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan berumur tidak melebihi 40 tahun.

Untuk maklumat juga, perkhidmatan ATM menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi dengan tajaan penuh (kemudahan cuti belajar bergaji penuh) kepada pegawai dan askar lasykar yang berminat.

ninakadir berkata...

Saya pun nak tahu jugak...staf sarjan ni brp gaji pokoknya sekarang dengan elaun sekali n potongan sekali?? Sebb sy bakal jadi wife pd dia...mls nak tya dia...ni sebagai pengetahuan ja...bukan atas sebab lain yaa... Ikhlas ni...

ninakadir berkata...

Saya pun nak tahu jugak...staf sarjan ni brp gaji pokoknya sekarang dengan elaun sekali n potongan sekali?? Sebb sy bakal jadi wife pd dia...mls nak tya dia...ni sebagai pengetahuan ja...bukan atas sebab lain yaa... Ikhlas ni...

ninakadir berkata...

Saya pun nak tahu jugak...staf sarjan ni brp gaji pokoknya sekarang dengan elaun sekali n potongan sekali?? Sebb sy bakal jadi wife pd dia...mls nak tya dia...ni sebagai pengetahuan ja...bukan atas sebab lain yaa... Ikhlas ni...

Hezam CM berkata...

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada Pn kerana bakal menjadi keluarga kepada organisasi ATM. Untuk maklumat Pn, gaji minimum Staf Sarjan adalah RM 3,529.00 dan gaji maksimum RM 6,522.00. Kenaikan Gaji Tahunan adalah sebanyak RM 170.00. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar gaji pokok semasa anggota bergantung juga kepada tempoh anggota sedang berkhidmat. Selain itu elaun-elaun lain mengikut kelayakan adalah seperti berikut:

a. Imbuhan Tetap Perumahan Semenanjung - RM300.00
b. Bayaran Khas ATM - RM200.00.
c. Elaun Khidmat - RM160.00.

Sebagai isteri kepada anggota tentera, Pn juga akan menerima peruntukan daripada pendapatan suami (potongan paksa) ke akaun Pn sebanyak RM 702.00 (kadar potongan bagi pangkat Staf Sarjan)setiap bulan. Peruntukan tersebut akan meningkat apabila anggota dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.

Fitri berkata...

Hi nak tanya boleh tak jelaskan gaji dan elaun elaun yg akan diterima oleh leftenan muda(41) tentera dan perbezaannya dari perkhidmatan awam(41). Terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Nak tanya pasal leftenan muda punya kenaikan gaji berapa dalam setahun?

Fitri berkata...


Hi nak tanya boleh tak jelaskan gaji dan elaun elaun yg akan diterima oleh leftenan muda(41) tentera dan perbezaannya dari perkhidmatan awam(41). Terima kasih

Unknown berkata...

Boleh

Unknown berkata...

Jangan salah faham.Peruntukan untuk isteri tentera adalah dari gaji Suami dia

Hezam CM berkata...

Hi nak tanya boleh tak jelaskan gaji dan elaun elaun yg akan diterima oleh leftenan muda(41) tentera dan perbezaannya dari perkhidmatan awam(41). Terima kasih

Jawapan:

1. Pegawai yang baru ditauliahkan (Lt M setaraf gred 41) akan menerima gaji permulaan mengikut kelayakan masuk seperti berikut:

a. Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pelbagai) - RM 2,585.00.
b. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang - RM 2,730.61.
c. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan - RM 2,876.37.
d. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar - RM3,022.13.

2. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Lt M - RM 230.00.

3. selain itu pegawai juga akan menerima elaun-elaun tetap seperti Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Khidmat dll mengikut kelayakan sepertimana perkhidmatan awam yg lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa Bayaran Insentif khusus untuk anggota ATM yang tidak terdapat di dalam perkhidmatan awam.

Hezam CM berkata...

Jangan salah faham.Peruntukan untuk isteri tentera adalah dari gaji Suami dia

Jawapan:

Betul, Peruntukan Paksa kepada isteri adalah diwajibkan kepada semua anggota tentera yang berkahwin. Jumlah potongan Peruntukan Paksa untuk isteri pegawai adalah 10% daripada gaji pokok hakiki pegawai manakala Peruntukan Paksa untuk isteri LLP adalah 22% daripada gaji pokok terendah (gaji permulaan pangkat semasa angota).

Mey berkata...

itula. saya pun mcm awak jugak. bakal wife staff sarjan. malas nk tnya haha just sbgai pengetahuan je

Unknown berkata...

Salam tuan hezam. Nak tanya utk rekrut pegawai kadet, berapa gaji dan elaun. Dah utk leftenan muda, boleh saya tau berapa elaun yg akan dapat? Terima kasih. Hebat pengetahuan tuan pasal askar ni. Respect.

Ms berkata...

Salam tuan kelulusan Diploma vokasional Malaysia(DVM) blh ke untuk sambug di mana² kolej tentera di malaysia

Hezam CM berkata...

Salam tuan hezam. Nak tanya utk rekrut pegawai kadet, berapa gaji dan elaun. Dah utk leftenan muda, boleh saya tau berapa elaun yg akan dapat? Terima kasih.

Jawapan:

Wsalam. Semasa, terdapat dua saluran pengambilan Pegawai Kadet (PK) dalam Perkhidmatan ATM seperti berikut:

1. PK Graduan (Lepasan Ijazah) akan menjalani latihan PK selama 9 bulan dan akan menerima gaji bulanan dan elaun tetap seperti berikut:

a. Gaji Bulanan - RM 2,355.00
b. Elaun Khidmat - RM 300.00
c. IT Perumahan - RM 420.00 (Kahwin) RM 105.00 (Bujang)

2. PK UPNM akan menjalani latihan PK mengikut tempoh pengajian Ijazah Sarjana Muda di UPNM dan akan menerima gaji bulanan dan elaun seperti berikut:

a. Gaji Bulanan - RM 1,500.00 + KGT RM 125.00
b. Elaun Khidmat - RM 115.00
c. IT Perumahan - RM 300.00 (Kahwin) RM 75.00 (Bujang)

3. PK akan ditauliahkan dalam pangkat Leftenan Muda (ZA15) setara Gred 41 dan akan menerima gaji dan elaun tetap seperti berikut:

a. Gaji Pokok - Min RM 2,585.00 – Maks RM 9,839.00 + KGT RM 230.00
b. Elaun Khidmat - RM 300.00
c. IT Perumahan - RM 420.00 (Kahwin) RM 105.00 (Bujang)

Hezam CM berkata...

Salam tuan kelulusan Diploma vokasional Malaysia(DVM) blh ke untuk sambug di mana² kolej tentera di malaysia.

Jawapan:

Kelulusan DVM masih belum disenaraikan di dalam syarat kelayakan masuk ke Skim Perkhidmatan ATM. Walau bagaimanapun, anggota yang memiliki DVM boleh memohon memasuki Perkhidmatan ATM dengan menggunakan SVM (setara SPM)

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan ... klau kor agama kagat llP yang nak sambung belajar ke ijazah sarjana muda dan apply ke pangkat pegawai .. ada ka syarat² tertentu untuk sambung tersebut .. atau daripada awal masuk unit mean dari awal perkhidmatan dah boleh mohon untuk sambung ijazah ke macam mana

2.dari sudut skop kerja kor agama ni .. mcam mna bidang kerja nya ya ? .. saya berminat utk masuk atm tahun depan insyaallah

Tanpa Nama berkata...

Ok la dari saya kja kilang.10thun kja gaji 1800

Hafis berkata...

Assalam Tuan Hezam, Adakah terdapat tugas pegawai ikhtisas bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Kepujian bagi tentera seperti PDRM?

Saya ada semak Left Muda Maritim T13 mempunyai pegawai ikhtisas bagi perakaunan tetapi tidak pula bagi tentera darat.

Mohon pencerahan dari pengetahuan Tuan Hezam bagi gred dan gaji.

Hezam CM berkata...

Waalaikummussalam. Untuk maklumat mulai tahun 2013, Skim Perkhidmatan Baru ATM hanya mempunyai Pegawai Tugas IKhtisas dalam bidang perubatan sahaja (Perubatan, Pergigian dan Farmasi). Bagi calon yang mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan akan berkhidmat dalam Skim Pegawai Tugas Am dan ditauliahkan dalam pangkat Leftenan Muda - ZA15 (setara gred 41). Gaji permulaan bagi Skim Pegawai Tugas Am adalah seperti berikut:

a. Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pelbagai) - RM 2,585.00.
b. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang - RM 2,730.61.
c. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan - RM 2,876.37.
d. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar - RM3,022.13.

Eyra berkata...

Assalamualaikum, maaf ingin bertanya.
Kadar potongan paksa untuk isteri anggota akan diterima selama seseorang anggota masih bertugas. Sekiranya, anggota telah berpencen maka adakah potongan paksa itu tadi turut dihentikan? Mohon pencerahan.
Terima kasih.

Hezam CM berkata...

Wsalam Puan.

Potongan paksa merupakan suatu keistimewaan yang diwujudkan oleh ATM bagi menjamin kebajikan isteri anggota tentera yang sedang berkhidmat. Kadar potongan paksa yang ditetapkan untuk isteri pegawai adalah 10% daripada gaji pokok semasa pegawai berkenaan manakala bagi isteri anggota LLP adalah sebanyak 22% daripada gaji minimum pangkat semasa anggota LLP tersebut. Potongan paksa kepada isteri anggota tentera akan terhenti apabila anggota tentera tersebut telah menamatkan perkhidmatan (berhenti atau berpencen).

NURUL FARINA BINTI BAHARUDDIN berkata...

Alhmdlh.. gaji kakitangan kerajaan mmg lebih kurang je. Banyak jugak gaji tentera kalau nak banding dengan cikgu. Diploma cikgu start gaji rm963.64. Tentera dah rm1700++. Beza banyak tu. Gaji degree cikgu rm1900++. Elaun rumah kadet tu sama dengan elaun rumah cikgu degree.. tapi alhamdlh.. masing2 ada tugas masing2.semuanya berkhidmat itk negara

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit