Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 30 Disember 2011

AZAM BARU 2012

;)

Orang lain dah sibuk wat AZAM baru atau RENEWED je azam tahun lepas atau CONTINUE mana-mana AZAM yang tak tercapai..

Saya?!.. Ntah tak pernah pernah menjadikan AZAM itu satu perkara RASMI dalam hidup.. Ada perancangan dan cuba memastikan ia terlaksana, tak pe ter 'drag' sikit sana sini janji dilaksanakan..

dan kebanyakan perancangan tu tak datang pada ujung tahun pun.. ia tetiba je.. TING!!! Nampak bulp lampu atas kepala.. haa!!! itu la yang ingin saya laku kan dalam tempoh setahun ni..KOOONON nye.. .. tengah2 tahun pun ada perancangan.. kaedah nak laksanakan itu yang PENTING..

Prinsip hidup perlu MUDAH.. Usaha untuk capai sesuatu, cari jalan penyelesaian jika tak tercapai, usaha lagi cara baru.. DOA dan TAWAKAL itu perlu.. Jika tak tercapai.. ALLAH telah MENETAPKAN sesuatu yang LEBIH BAIK daripada apa yang telah kita rancang..

Berikut disenaraikan perancangan sepanjang 2012 (ee ceh wah.. ayat skema la plak)

Perancangan kerjaya : Capai KPI yang ditetapkan oleh Agensi

Perancangan kewangan : Insurans, gold deposit.. sah2 tak boleh usik kan.. Ni dalam akaun TH dan ASB - Tak mau usik langsung duit simpanan bulanan melalui potongan gaji tu

Perancangan keluarga : Nak tambah sorang lagi (kalau ada rezeki)..

Perancangan Hari Raya : Bajet baju raya dan barang2 raya tak lebih RM1000.. hrmm boleh ke?

Perancangan Cuti-cuti Malaysia : sekurang-kurangnya 2 kali, 3 hari 2 malam, duit minyak, hotel, tol, makan.. RM2000.. gi mana je ni?

Perancangan Penambahbaikan hubungan sebagai isteri : masak 3 kali seminggu.. tak mau selalu lupa hug & kiss En Hubby sebelum gi keje.. dari opis sekali sehari SMS hubby walaupun just say Hello!!!

Tu je la kot.. lain2 kali kalau ada yang lain baru la update.. SIMPLE kan.. hi hi..

Pas tu Hubby cakap.. ORANG TAK DE MATLAMAT MEMANG CAM TU!!


Dan WN akan beri jawapan klise : SY NI DIAM2 UBI BERISI.. BUKAN TONG KOSONG!!!

Itu la beza WN dan HUBBY..

Hubby : Orangnya sentiasa memaklumkan segala benda mak nenek yang dia nak lakukan kepada WN.. sampai kadang2 WN rasa rimas (walaupun orang lain kata bagus)

WN : Sentiasa bersedia untuk melakukan banyak perkara sendiri2 je.. sebab takut tak puas hati kalau sebab takut terkecik hati kalau Hubby tidak membantu..

Khamis, 29 Disember 2011

Cameron Highland : 24 - 26 Dis 2011

Konvoi dengan family Adik Ipar dari Kuantan, berehat di Ampang kemudian
Bertolak seawal 5 pagi : Lebuhraya Plus sesak juga.. mungkin ramai yang balik kampung
(tujuan : tak mau terperangkap dalam jammed ke atas nanti)
Berhenti solat di R&R Tapah jam 6.30 pagi.. 
Sesak juga... petak parking penuh.. gilir2 solat Subuh.. park keta kat tepi2 jalan.. 
janji tak menghalang laluan...
Tak jadi sarapan di R& R Tapah.. padat dan sesak dengan manusia..
Akhinya singgah warung tepi jalan di Simpang Pulai seawal 7.30 pagi
Bawak anak kecik biasala.. nak sarapan dan tukar segala mak nenek dah amik masa sejam
Slow2 drive akhirnya sampai di Tanah Rata, Cameron Highland jam 10.30 pagi..

Baru sampai.. Lutfi dengan baju tido je.. Sejuk giler pagi tu.. 
Check-in pukul 2.00 petang 
Sementara tu.. minum pagi.. sementara tunggu Kak Lang and family sampai

Kak Lang dan Adek kepada Hubby ku.. 

Lutfi tak bole dipegang.. melasak je.. pagi2 ok la.. orang tak ramai lagik!!

Pantang keluar dari keta.. terus melasak.. (on d way ke Taman MARDI tu)..
Tak dapat menghayati keindahan taman dan posing bagai..
dek kerana kesibukan mengejar Lutfi ke hulu dan ke hilir..
(kamera Ipar yang lain mungkin la ada gambar kami hu hu)


Ini pulak di Taman Permainan yang ada Menara tapi tak de Jam 


Melasak lagi.. seb bek tak pecah dagu hari tu..

 Hari kedua bercadang nak ke Brinchang.. kengkonon nak membeli sayur2an dan buan2an di Pasar Tengahari membawa ke malam.. 
Sungguh tak sangka seawal 1 tengahari.. di simpang nak keluar ke Tanah Rata dah tak boleh gerak..
(Yang lain dah kuar seawal 12 tengahari.. kami lewat sebab tunggu Lutfi bangun dari tido)

Sesak gila.. sementara tu Lutfi dah 'terberak'

bertambah tension.. Apartment dekat je (tak sampai 1 km).. tapi nak pusing pun makan masa..
Nasib baik ada peniaga situ bagi tau jalan alternatif.. 
(dlm 3 km jugak la.. janji sampai umah.. basuh berak Lutfi)

Muka tak selesa Lutfi..

Selepas basuh berak dan tukarkan suar Lutfi
Sebelum ke Pekan Tanah Rata dengan berjalan kaki mencari makan tengahari
tak kesampaian hajat ke Pasar Brinchang.. kirim je kat Ipar2 belikan sayur dan strawberi 
(tapi mahal .. amik kesempatan sungguh diorang time cuti sekolah nih)

Dan kami hanya jalan2 sekitar Pekan Tanah Rata.. dan makan tengahari di Cafe Mutiara kot.. 
(warong2 tepi tu penuh dan sesak dengan orang.. tak kira la kedai Mamak, India..)
Cuma standard Cafe je lega skit.. orang tak mau pegi.. ye la mahal skit kan.. makan tak tentu kena ngan tekak!! Tak pe janji bole makan dengan aman..
Makanan dan minuman nye .. hmmm hambar je rasa..!!

Oleh kerana perut kami kenyang bodoh je (makan tak puas la..)..
kami teruskan mengukur jalan sepanjang Pekan Tanah Rata dan menyinggahkan diri untuk minum2 dan makan2 kali kedua di Starbuck.. pekena Hot Chocolate, Ice Blended, Tuna dan Chicken Sandwich, Cookies, Sherperd Pie, RV Cake.. gila2 punya memuaskan nafsu makan..

Kami sampai di Apartment Lily dalam kul 4.00 petang.. tapi Ipar duai kami masih juga belum sampai.. terterangkap dalam kesesakan melampau..

Jalan2 di malam hari pulak

Citer dah habis la..
;)

Rabu, 21 Disember 2011

SBPA : SUKA BODEK PANGKAT ADA?!!

Pagi tadi kami menghadiri taklimat Pemberian Opsyen Skim baru..

Tak mau tengok benda lain kecuali tangga gaji baru..

Kesimpulan : Mmm banyak juga naik ni.. bole la upgrade dari beli tudung cap Jalan TAR ke Tudung Ariani atau Farida.. hi hi..(kata pemberi taklimat)

Biasa la.. kena berlapang dada.. ada baik dan ada jugak yang tak best.. Rezeki Allah ta'ala yang tentukan!!.. Banyak yang depa beri.. banyak jugak yang depa tarik balik.. senang cakap kena terima WIN - WIN situation / tak pun WIN.. but LOST ha ha

Bagi kumpulan Pelaksana dan P&P macam kita ni.. setakat ni tak de masalah dalam pergerakan gaji (tak tau la kalau tahun depan depa review balik kaedah pergerakan gaji kan!!).. cukup tahun, melebihi 70% markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.. maka bergerak la gaji kita ke tangga lagi satu dalam JGS (jadual gaji sebaris)..

Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA ke atas) dan Kumpulan Primier (yang 36 jawatan tertinggi dalam kerajaan tu) akan terima skala gaji Min - Maks ataupun Single Point.. iaitu berdasarkan KPI yang ditentukan  dan juga pemarkahan 360 darjah dalam LNPT..

waa.. sedap betul nengok angka gaji depa.. memang best!!!.. Harap2 ada rezeki Hubby untuk sampai ke tahap ni.. tapi.. nak capai KPI.. nak / untuk dapatkan sokongan staf bukan satu perkara mudah (kena selalu belanja makan kot.. tak pun bagi depa terima APC tiap2 tahun).. gaji naik kalau capai KPI.. kalau tak..tahun depan gaji statik!!!

Maka mereka pun mengeluh.. kami kat belakang ni pasang telinga.. New Qoute from them..

SBPA : SUKA BODEK PANGKAT ADA ;)

Selasa, 20 Disember 2011

Dulu dan Sekarang

 Lutfi : Sebelum dapat kaki.. GEBU!!!
 Gebu Sangat.. Rindu

Lutfi : Dah dapat kaki..
Setahun
 Sekarang : Setahun 3 bulan

Alaa.. haiii.. cepatnya masa berlalu
;)

Jumaat, 16 Disember 2011

Cuti Hujung Tahun

;)
Hrmm.. dah pertengahan bulan Disember.. 2 minggu lagi dah masuk tahun baru 2012.. Sejak 1 Disember 2012, WN secara rasminya bertukar ke Bahagian baru.. Sibuk?!! Sangat sibuk!!!.. Terpakai sangatlah peribahasa melayu ni:

KELUAR MULUT BUAYA, MASUK MULUT SINGA

Dah serah tugas berkaitan Perkhidmatan, HRMIS dan Skim Baru Perkhidmatan Awam (mesti diorang dah muntah2 nengok segala macam formula camana nak letak tangga gaji di Lampiran C tu kot!!!)

Sonok jugak bila naik tempat baru ni.. diorang kata.. wah!!! kat bawah standard umah flat je.. naik atas dapat ruang keje standard 'penthouse'.. hi hi..

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI


lagi haru biru hidup rupanya di Bahagian baru.. sebab:

1) Bahagian yang sangat2 baru wujud.. kena set-up fungsi dan carta organisasi sendiri
2) Bahagian dengan jumlah staf yang sangat kecil layak dan dipanggil Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengkordinasi semua aktiviti Pejabat2 Negeri agensi..
3) Dgn tak tau ntah apa-apa halatuju.. kena kordinat Pejabat negeri untuk merancang Action Plan & KPI 2012.. hai yak!!.. tido malam lengan atas dahi ooo!!!

Dan sekarang masih tak sempat nak kemas cecantik kawasan keje.. baru habis Bengkel Perancangan Strategik Klaster hari ni.. dah penat 2 minggu ni memerah kepala untuk menyediakan pengisian bengkel supaya bertepatan dengan kehendak BOSS yang tersangat besar jawatannya (JUSA C) walaupun belum layak pegang jawatan CEO (sekarang DSJ.. Turus 2 tu!!)

Dah lari tajuk nih!! Berbalik kepada tajuk..

Hubby dah start Cuti minggu ni sempena tamat Kursus MTAT.. sehingga 27 Disember nanti (melapor ke MAB)

Cuti di Hujung Minggu lepas - Zoo Negara : Lutfi dan Ponny

WN nampak gayanye bercuti hujung tahun dengan Cuti2 hujung minggu je.. sebab Cuti Rehat dah habis guna sepanjang tahun ni dengan macam-macam perkara berkaitan dengan kesihatan anak.. hu hu nak wat camana?

Sejak Mac - Jun 2010 disambung pulak dari September 2010  sehingga 13 Disember 2011, terpaksa pasrah dengan tuntutan waktu belajar hubby dan terpaksa menahan diri dari memohon untuk pergi berpoya-poya dengan Hubby dan family.. Time Hubby bercuti pulak WN terpaksa  menyibukkan diri dengan tuntutan kerja.. bila time WN bole bercuti-cuti panjang ni weh???

Sayang betul.. gambar hubby terima skrol gelap sangat.. x dpt diselamatkan..
maklumla.. bukan DSLR
Di Hari Penyampaian Diploma untuk Peserta Kursus MTAT

Penat dah ni!!! Plan untuk guna Cuti Krimas ni ke Cameron Highland.. tapi tu hanya perancangan lah.. tak de lagi try booking mana2 bilik hotel pun.. ada jugak yang kena tido kat dlm keta atau berkhemah je di Tanah Tinggi tu nanti!!

Rabu, 7 Disember 2011

10 Muharram

;)
Baru nak publish N3 hari ni.. sebab semalam tak sempat.. sibuk naik tangga turun tangga settle kan hal keje.. (Bos tingkat lain.. anak buah tingkat lain.. Bahagian baru ni tak settle sepenuhnya lagi!!!) Walaupun dah terlepas 10 Muharram (semalam),Tapi tak pe la.. untuk peringatan diri sendiri..


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Muharam;

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Kawan2 berpuasa semalam.. WN tak bole..hi hi

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit