Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 6 Mac 2012

Masalah di rumah tak bertangga

:'( Bila hati kadang kala terguris (selalu yang benarnya.. ) .. ini lah yang menjadi bahan rujukan supaya hati (perasaan) tidak mendahului akal (pemikiran)..


Rujukan ku apabila bermasalah rumahtangga dgn suami.. (ala.. biasa la..  perasaan ku ini kadang2 simpan je, pendam je... tak terkata.. supaya tak menjadi ungkitan.. tunggu la.. ada time nanti Achik hambur kan jugak.. sekarang biar stres kerja habih.. amik cuti2 malaysia baru kuar kan apa yang patut..)


Ini laluan Cinta Abadi saya....




.. Inilah laluan CINTA (cinta ke?..sayang sangat la..), Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal.

Jika cinta suami gagal diperolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini.

Apatah lagi, kebahagiaan yang diburui adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti.

Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak saperti apa yang kita mahu, pasti ada sesuatu yang ingin diberikan oleh Allah kepada mu.

Bila kita memandang segalanya dari Allah; yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan kita terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup kita...pasti akan damailah hati kita. Kerana, masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup kita, pecahnya hati kita...tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya.

Mungkin benar, perkahwinan ini memang BUKAN atas pilihan sendiri (pilihan ku la..), tapi bila ia telah berlaku, hakikatnya itulah pilihan yang Allah mahu untuk kita.

Terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan kita sendiri... sebagai peringatan.. perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Illahi.

Sesuatu yang kita tidak mahu cintai kadang-kadang begitu dicintai oleh hati.

Sebaliknya kadang-kadang kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi hati menolak.

Hal ini adalah takdir yang kita sendiri pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau siapa pun kita.

Tapi ia bukan sesuatu yang perlu  dikesalkan... 

Sedangkan sikap kita yang tidak mencintai Allah pun sering kita berikan maaf, walau ia satu kesalahan yang lebih besar..

Mengapa pula sikap suami ini begitu payah untuk kita terima? 

Inilah kita... 



Terlalu mudah sakit bila hak kita terabai, sedangkan bila hak Allah terbiar, hati tidak tersentuh langsung.

Allah sayang pada kita. Dia mahu kita juga sayang dan cinta padaNya.

Kerana itulah diberiNya kesusahan pada perasaan kita. 

Dia mahu kita berpaling dari cinta sementara yang amat kita burui itu...
kepada cinta mutlak yang Maha Agung lagi indah.

Tidakkah dirasa hati ini sekarang lebih lunak untuk mengingati Allah, jika dibandingkan dulu? 
Bukankah ini satu nikmat? 
Maka, janganlah disia-siakan peluang ini dengan sungutan dan rasa tidak redha...

Jika, dalam mengetahui suami  tidak mencintai kita 
tetapi kita masih mampu memberikan khidmat terbaik padanya, mendoakannya, 
maka itulah bererti bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk memburu cinta Illahi.

Jika tidak, derita itu hanyalah derita yang lahir dari nafsu tercabar. 
Ia tidak ada erti apa-apa.. dan tidak layak untuk mendapat simpati...

Suami itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal, hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi...

Suatu masa nanti kita akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk kita merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah...

Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hati, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu... 
(hu hu bergenang air mata Achik baca perenggan nih!!)

Katakan, Aku tidak redha, tapi Aku adalah hambaNya yang terlalu lemah.

Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...jika belum Dia mahu mengangkat derita itu, maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk kita terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya.

Ingatlah juga , bahawa mungkin ini juga satu hukuman untuk kita. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya.

Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf sendiri. Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja olehNya. Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah sahaja boleh memberikannya.

Doakanlah terus untuk suami kita. 
Dan doakan juga untuk diri kita sendiri. 

Engkau sedang melintasi satu jambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki.

Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah tentukan sebagai suami kita. 

Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya , tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi.

*******************************************************************************

p/s : Aku beriman dan sesabar itu kah?!!!

:'(

4 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

kita semua pasti ada pasang surut dalam melayari rumahtangga..yg penting, kita mesti bijak cari jalan penyelesaiannya..

Rinna berkata...

Setiap perkahwinan ada dugaan dan cabarannya.. kita kena munasabah diri.. kalau perlu bawa berbincang..

wifenavy berkata...

Iye.. memang sangat la bersabar sekarang ini.. dan harapannya untuk bersabar hingga ke hujung umur.. Aaaminn...

mimi fatihah berkata...

sabar kak...akak kuat
btw,anak akak comel sgttttt lahh...
hee

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit