Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 14 Ogos 2009

ZAMAN SEKOLAH ANAK ASKAR

Teringat kepada ex-roommate yang juga coursemate dan satu intake ketika study dulu.. Bukan pasal beliau tapi anaknya.. Kawan sy ni jodohnya macam sy jugak.. Kawin ngan pegawai Navy.. dan rezekinya lebih baik daripada sy sebab dah ada 2 girls yang comei sangat2… dan sy sampai hari ni (10 tahun kawin) masih sibuk ‘berhoneymoon’ je.. (tak de rezeki..).. Umur yang sulung dah 7 tahun (dah sekolah)..

Sejak masing2 dah 10 tahun berumahtangga, rasanya baru 4 kali berjumpa dengannya.. kenapa?? Sebab pasangan kami masing2 bertugas di tempat berlainan. Menurutnya selama 10 tahun kawin, beliau telah berpindah sebanyak 6 kali (purata = 1 ½ tahun di satu-satu kem).. Nasib baik full time housewife.. (patut pun sebab hubby nya ‘seaman’).. Yang dirisaukan kini adalah persekolahan anak2nya..

Bukan apa.. dalam tempoh tak sampai ½ tahun girl2 bersekolah di KL, dia terpaksa berpindah sekolah ke Lumut kerana Abah nya ditransfer ke sana… Setelah beberapa lama, beliau terperasan, cara belajar anaknya berubah.. dah tak de kerja sekolah dibawa balik ke rumah… aman dan damai.. (tidak seperti di KL.. kerja sekolah berlambak2).. bila ditanya, kata girl2 ni.. dia suka sangat sekolah kat sini (Sri Manjung), cikgu tak banyak bagi keje sekolah pun.. siapkan keje cepat2 boleh main katanya.. Kawan sy mula cuak.. Apa lagi, esok terus ke pejabat sekolah dan tanya Guru Besar.. setelah diselidik, anaknya telah diletakkan dalam kelas kategori lemah.. Beliau terus ke Pejabat Pendidikan Daerah mohon pertukaran sekolah anaknya kepada sekolah di Sri Manjung yang setaraf dengan Sekolah ketika anaknya di KL (sekolah Wawasan)

Cerita anak kawan sy tu.. sy terima sebagai perkara biasa.. apa yang boleh sy nasihatkan kepadanya supaya lepas ini kena fikir masak-masak untuk mengikut Hubbynya berpindah lagi.. Nampak cam tak de perasaan je kan?!! Demi kestabilan dan kekonsistenan tahap pembelajaran anak2.. Cerita anak kawan sy ni akan menuju nasib yang sama dengan cerita sy sebagai ANAK ASKAR masa kecik2 dulu; Kat bawah ni adalah my schools history with chronology nye sekali :

1) TADIKA 1 : Tak ingat nama tapi di Kangkar, JB
TADIKA 2 : Tak ingat nama tapi dalam Kem Tentera di PD.. sedih tak dapat Sijil sekolah
TADIKA dan buat persembahan (saya patutnya jadi BUNGA MATAHARI)

2) DARJAH 1 : Sehingga separuh penggal ke 2, bersekolah di SRK Kangkar, JB (ingat lagi makan nasi dalam dulang masa sambut Maulud Nabi) Kemudian bertukar ke SRK Pangkalan TLDM Lumut (tahun 1981) – sy kira murid terawal sekolah ni sebab Pangkalan TLDM, Lumut baru dibuka pada 1979 (Darjah 1 Merah – kelas nombor 1), Darjah 2 – (2 Biru – turun ke kelas no 2, he he he..)

3) DARJAH 3 : Bertukar ke SRK Pangkalan TUDM Kuantan, dapat kelas no 5 – 3T (dia kira S, R, K, P, T, U, D, M), jauh ke belakang kan.. apa lagi.. Darjah 3 ni, tiap kali peksa penggal conquer nombor 1 je la… Darjah 4 dan 5 dok kat kelas no 1 la (4S & 5S) tapi tak dpt la kekalkan kegemilangan.. main dapat no 20 – 25 je..

4) DARJAH 5 : Penggal ke 2 darjah 5 pulak, Abah kena tukar ke KL, saya pulak di hantar ke SRK Selayang Baru, Selangor (menyewa tak dapat dok dalam kem tentera)… Citer ni lagi best.. Cikgu hantar ke kelas 5G, kelas kedua akhir (kira S, E, L, A, Y, A1, N, G, B).. Minggu pertama sy di kelas ni, seronok sangat.. tak de kerja sekolah (kat sekolah lama.. pukul 12 tengah malam masih tengah siapkan keja sekolah maklumlah nak Penilaian Darjah 5). Masuk sebulan kat kelas 5G, sy mengadu kat mak boring dok dalam kelas ni sebab macam belajar kat Darjah 2, tak belajar yang sepatutnya, sy bagitau mak kawan kat sebelah asik meniru je.. dan akhirnya terperasan, kebanyakan kawan sekelas tak pandai membaca pun!!!..

Akhirnya mak pun pergi ke Pejabat Sekolah berjumpa Guru Besar untuk mendapatkan keterangan sebenar (orang dulu-dulu.. mana percaya cakap anak.. ) Mak kemudian mintak Guru Besar tukarkan saya ke kelas yang lebih setaraf dengan kemampuan saya… Baru la ditukarkan ke kelas 5L (kelas no 3).. Kat kelas ni dah start wat ulangkaji soalan2 tahun lepas.. nasib baik dapat catch up, memandangkan kat Kuantan dulu dah banyak juga belajar…Penilaian Darjah 5, sy dapat 4A 1B.. peperiksaan akhir tahun dapat no 7..

Darjah 6 naik ke kelas 6E.. main dapat nombor 5 - 10 je.. (terperasan.. sy ni tak termasuk dalam golongan 'Brilliant' but quite 'Intellingent'.. Ni cikgu sy yg bagitau kat mak.. Maksudnya kalau maleh belajar memang tak kan pandai la.. kena usaha jugak.. tak macam 'cousin2' yang lain.. dikatakan ada otak yg 'photographic memory'.. dengar & pandang je dah masuk dalam otak.. Cthnya cousin aku yang sorang ni.. monteng sekolah je kejenye.. ntah camana kena 'brain wash' ngan mak bapak dia, study betul2 dalam 30 hari.. hasilnya SPM 7A1 tu..

Stop kat sini dulu..Nak tengok "NUR KASIH".. nanti citer masa kat sekolah menengah lak..

6 ulasan:

Suhaidah Tan berkata...

salam ziarah akak..
Em saya pun melalui pengalaman mcm akak..
bnyak sangat pindah2 sekolah..
Tak pernah lah saya stay kat satu2 sekolah lebih dari 3 tahun..
sebab papa saya navy aduhai tension saya mula2..tapi lama2 rasa ok lak

wifenavy berkata...

Teria kasih bebanyak singgah ke blog ni.. ada byk pro & kontra tukar2 sekolah ni.. Dan experience akak paling best ada 2 :
1) Jumpa classmate TADIKA di PD ketika di U.. (perasan masa tengok2 album la tu)
2) Jumpa classmate Ting 1 di KKR tahun lepas.. : bila sama2 jadi Urusetia Majlis
(orang je ingat pd akak.. itu untung nya kalau bernama lain skit drp org lain)

Suhaidah Tan berkata...

betul2 kak..Banyak kawan kan..
saya ada bca salah satu n3 akak...
akak cakap akak duk block C tahun 1999 kat lumut..C berapa kak?saya pun duk block c gak 1999 tak silap sya darjah 1 masa tu..Saya duk Block C 14

wifenavy berkata...

Suhaidah Tan : mmm anak Navy Officer la ni... Anak sapa la ni... Blok C16 kot, tak pasti la..

Suhaidah Tan berkata...

Papa saya Kdr Hadi Tan..Mama saya Sutinah Mohamad...Nama akak sapa eh?

Tengkolok Hitam berkata...

alahai...cete ko ni membuatkan aku ternostalgia la pulak...betul kata ko...nasib seorang anak tentera...tp alhamdulillah jd org gak..hehe..aku teringat lak sekolah aku dulu SRKPT kem batu 10 gambang kuantan tahun 1983-1985 sempat gak duk 2 taun sebelum pindah lagi....SELAMAT TAHUN BARU...I FOLLOW U

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit