Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 16 Mei 2012

Mei ada banyak hari peristiwa..

;)
OH Ya.. sebelum tu.. SELAMAT HARI GURU kepada semua CIKGU2 tak kira la cikgu sekolah ke, cikgu tuisyen ke, cikgu menjahit ke, cikgu driving school dan semua yang sepatutnya di panggil CIKGU lah.. (dan termasuk OSTAD)..

Bulan ni banyak sangat hari peristiwa kan?!! Dan dua daripadanya adalah CUTI UMUM di Malaysia iaitu 1 Mei dan 28 Mei nanti.. Meh tengok..

1 Mei - Hari Pekerja : 
Kita sambut - Tahun ni kat Bukit Jalil. Announcement Gaji Minimum kepada Pekerja Swasta oleh PM disambut baik (walaupun ramai juga tak berpuas hati)


9 Mei - Hari Ibu :
Tahun ni ramai dah tak sambut sejak keluar pernyataan dari seorang Ustadz popular mengatakan ianya HARAM disambut kerana penghargaan kepada Ibu adalah masa bukan pada hari tertentu sahaja.. Hu hu.. baru je nak merasa.. Namun, betul jugak.. WN tak pulak pernah memberi apa2 yang special kepada MAK selain ucapan pada HARI IBU.. hari raya selalu.. dapat bonus belikan jugak sesuatu.


12 Mei - Hari Jururawat Sedunia :
Tak tau sangat kerjaya Nurse ni.. tapi sgt kagum dengan mereka yang bertugas dengan penuh minat dan komitmen.. Lagipun Nurse ni kerjaya mulia.. tak semua orang sanggup berdepan dengan tugas2 menjaga hal2 orang sakit nih terutama bab menjaga kebersihan dan karenah pesakit.. Syabas kepada Nurse yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik.. yang mana asik muncung dan marah2 tu tolong la bertukar ke jabatan kesihatan yang tiada SHIFT.

13 Mei - Sejarah Hitam Negara Malaysia
Ooooiiii.. tak mau la terjadi perkara ini.... Mungkin manusia2 yang join CLEAN sgt itu, tak ingat latar belakang Sejarah Hitam ni.. atau tak rasa hidup pada keadaan darurat tu.. meh nak share skit..
Berlaku pada 1969 kerana rusuhan kaum kerana masalah perpaduan di Malaysia yang mengakibatkan kehilangan nyawa, harta benda dan berkait rapat dengan PRU 1969. Citer asal tatkala ada di kalangan ahli politik telah ;

a) Membangkitkan soal2 Bangsa Malaysia seperti Bahasa Kebangsaan (B.Melayu)
b) Kedudukan istimewa Melayu sbg Bumiputera dan
c) Hak kerakyatan orang bukan Melayu

Kisah terjadi time Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dan ia disifatkan sebagai pencapaian gemilang oleh Parti Pembangkang  di mana mereka telah meraikan kemenangan pada 11 Mei 1969. Meh sini ini yang WN nak tekankan..

Mereka meraikan kemenangan dengan perarakan yang sebenarnya TIADA MOTIF pun!!! untuk menimbulkan isu perkauman TETAPI segelintir PENGIKUT PERARAKAN (yang TIDAK DIKETAHUI IDENTITINYA) mengeluarkan slogan SENSITIF berbaum perkauman semasa perarakan diadakan di jalan2raya di KL.

Pada 12 Mei pula mereka melalui kawasan melayu dan melontar penghinaan sehingga pada 13 Mei 1969 berlaku pula perarakan balas pada paginya oleh pihak yang satu lagi kerana emosi sesangat dan macam2 kes pembunuhan berlaku dalam tempoh 2 hari berikutnya sehingga pada 16 Mei, negara diistiharkan DARURAT.. Perlembagaan digantung, DYMM Agong memerintah bawah Undang2 Tentera, Parlimen digantung..

Lihat la sendiri.. ketika ini golongan PROFESSIONAL dan ahli POLITIK dah tak boleh bersuara sangat..
(Kalau okay.. kepala TENTERA nya okay la.. kalo tetiba OTAK nya kena twist oleh yang bertandok tu.. jadi la kita seperti MYANMAR dan KEMBOJA dolu2)..

Konon ceredik sgt la ye join perhimpunan tu.. sampai sgt la ye mesej nye itu.. ngkorang luahkan saje la pada PRU13 nanti .. make sure sume gi ngundi..

Uittt.. panjang la pulak..

16 Mei - Hari Guru
Merasa jadik guru untuk 6 bulan.. bukan minatku.. Tugas mereka sangat berat.. Mendidik jiwa anak bangsa ke arah masa depan negara yang terbilang.. TERIMA KASIH CIKGU2 KU.. Tapi terkilan mereka kini yang berada di dalam profesion ini juga ada yang menyemai dan mendorong jiwa anak-anak ke arah ketidakpuasan hati terhadap kerajaan.. CIKGU tugas mu seharusnya mendidik mereka mencintai negara, mencintai BANGSA Malaysia.. kelak bila mereka dewasa.. biar mereka sendiri menilai KERAJAAN Malaysia itu bagaimana..

20 Mei - Anniversari Ku.. 
Ulangtahun ke 13 ye.. macam baru je setahun dua usia perkahwinan ini.. Masih juga malu2 kucing terhadap Hubby, masih juga tak kenal 100% karenah hubby.. dan hati ini masih juga lebat dengan dihiasi BUNGA2 CINTA.. a ha ha ha..

28 Mei - Hari Wesak
Peristiwa penutup pada bulan Mei 2012 ni.. Ia merupakan hari terpenting kepada penganut Buddha keran melambangkan hari kelahiran, pencerahan agung dan kewafatan GAUTAMA BUDDHA.

Ada lagi tak hari peristiwa pada bulan Mei yang WN tak catatkan ke?!!


2 ulasan:

Dr K berkata...

Betul lah, byk betul peristiwa yg berlaku dan diambil tarikh sambutannya pada bulan May.

ღ cik faye ღ berkata...

Kak...Happy Mother's Day to u, ada satu lagi...Hari Belia kot? heheh...

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit