Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 1 Mac 2013

************* KISAH 50 SEN**********


Kisah Benar daripada seorang Guru...

Kringggg!!!!!Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin.Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar cikgu kpd pelajar ni, Tak cikgu. Jawab alif ringkas

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif " Mak saya beri 50 sen sehari cikgu.Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. malu
la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan
nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kekantin hari Selasa Dan Khamis je cikgu" alif tertunduk malu.

Dizaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke Sekolah.Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Cikgu tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Oh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yassin cikgu.. Jawab alif dgn bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah....
Cikgu terkejut, dah lah duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajar ini... luaskan rezeki mereka semoga tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya memberi seribu pengajaran, supaya kita lebihkan sedekah dan berinfak.
. TIDAK AKAN JATUH MISKIN ORANG YANG SELALU BERSEDEKAH.

Semoga kita banyakkan bersedekah Di SALURAN YANG BETOL.... INSYAA ALLAH.

2 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

kisah yg simple, tapi penuh makna

- G C - berkata...

bagusnya alif.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit