Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 10 Julai 2009

BLOK D, WISMA KADET : SEKARANG KDSI 1

Setelah hampir 3 tahun tak menjejaki kaki ke Lumut, pertengahan Jun 2009 - dipelawa hubby untuk menemankan beliau (co-pilot : kalau drive sorang2 sure ngantuk) untuk mengambil Ujian Australian Language for.... (tak pasti) di KD Pelandok.. Sambil-sambil tu amik peluang melawat anak saudara hubby (intake 56) yang sedang menjalani latihan di KDSI 1 (era 90-an dikenali sebagai Wisma Kadet - formally known as a Block D..) dan mengambil peluang untuk mengimbau kenangan kami ketika menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet (hubby : Kadet Intake 45 dan saya Kadet Palapes USM Intake 8)

Blok D
  • Inilah Blok yang pernah menjadi tempat penginapan bagi kadet-kadet Palapes yang menghadiri Annual Continous Training (ACT) setiap kali cuti semester (Rotu USM & UTM ) di era 90-an : ladies - ground floor, guys - first & second floor

  • Dimaklumkan kini Palapes hanya dilatih di Unit PSS di seluruh Malaysia, dan sekarang blok ini digunakan untuk SISKA-SISKA UPNM menghadiri latihan tahunan.

  • Kawasan depan pintu yang mengadap tiang lampu tu pulak; tempat kami rotu USM intake 8 & UTM intake 3 di taji (didenda) setiap malam selepas ROUND ataupun fire drill

  • biasanya kena "change parade", berpuluh-puluh set (star jump, squarde jump & push-up), lari pusing wisma kadet, heli, side / forward roll (ni guys la biasa kena), commando rest, spider, extra parade dan pelbagai lagi...

  • di blok ini jugak la boleh tersembang-sembang kosong ngan mamat baju kameja pink yang sengaja bertenggek kat quarter master wisma kadet ketika duty (jadi DCOD bersama seorang DCOD intake 45)..

  • sejak tu, ada je kengkawan sampaikan salam bagi pihak.. mmm.. layan.. kirim salam kat dia balik.. itu la skrip aku.. sape manusia nye tak penah ambil tahu.. janji jangan orang kata kita sombong.. ayat biasa di dengar : jangan berlagak pandai la.. sombong.. budak U la kata kan..

  • Yang pasti ketika itu, berbaris untuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, kawad hari Rabu (tak ingat namanya - tapi untuk Sekolah Pegawai la), prep hour, round dan duty, segala aktiviti kadet intake 45 perlu ikuti, kadet ROTU juga tiada pengecualian.. kalau SUBBY pick up ROTU USM buat salah ketika nak makan malam dan didenda, intake 45 juga tak boleh masuk dewan untuk makan....

Sementara menunggu anak saudara turun, kami berlegar-legar di ruang dewan makan di depan Blok Thana Division...tak banyak perubahan... kenayakannya masih ditempat yang sama.. dan terpandang satu senarai ALASAN PEGAWAI DALAM LATIHAN (PDL) yang di framekan.. he he he .. ini lah skima jawapan PDL dari dulu hingga kini untuk melepaskan diri dari didenda.. Teringin untuk mencatitkan ALASAN-ALASAN yang langsung tidak akan diterima oleh Instructor-instructor, SUBBY-SUBBY mahu pun PTI jika depa dapat pick-up ketika dalam baris atau latihan... sila jauhkan diri daripada menggunakan dialog-dialog di bawah kalau guna jugak bererti mencari nahas atau kita dah 'sabo' intake kita sendiri


  • Malas

  • Tidur lambat

  • bangun lambat

  • tak cukup rehat

  • panas tuan

  • aktiviti terlalu banyak

  • susah nak bangun awal

  • saya tak de duit

  • saya tak sengaja

  • sakit perut

  • saya memang tak boleh buat

  • entah saya pun tak tahu

  • saya tak boleh tidur lambat

  • saya ingatkan dia dah buat

  • saya tak perasan

  • saya tak tahu

  • tak tahu di mana

  • hari hujan tuan

  • banyak sangat kerja

  • tak cukup masa

  • kasut saya susah nak kilat

  • no excuse

  • baju saya tinggal sepasang

  • banyak sangat nak baca

  • saya tak yakin

  • saya tak boleh buat

  • kenapa asyik saya

  • tak pasti

  • tak sempat

  • penat

  • tak cukup masa

  • saya terlupa

  • mereka tak beritahu saya

  • bukan masalah saya

BLOK BARU (UNTUK MIDSHIPMENT)

Pandangan dari Blok bawah.. kawasan padang kawad dah di dirikan blok Pentadbiran dan Kelas KDSI serta 2 blok baru untuk penempatan Midshipment


  • antara blok di bawah dan blok di sebelah atas sana adalah laluan kami kadet ROTU untuk ke dewan makan, padang kawad dan court .. melalui blok Zain dan Thana division..

  • cukup menyampah kalau terpaksa melalui blok2 ni sorang2 terutama waktu 'duty'.. tension beb.. maklumla jarang nampak pompuan gamaknya .. ada 'wit - wit' mengiringi langkah.. tu yang rasa jalan atas awangan, tersadung la.. skrip biasa di dengar.. kadet.. macam tu ke kau jalan kadet...

  • kali kedua 'duty' di ACT2 dah cerdik.. setiap kali terpaksa melalui blok-blok di atas tu minta tolong salah seorang DCOD Intake 45 turun dulu ke blok ROTU.. dapatla kawan.. ignore je bunyi2 yang menyakitkan telinga tu.. lepas satu masalah.. SUBBY pun tak kurang kalau bab-bab taji menaji ni.. aduh sakit betul kalau dia dapat pick-up kesilapan kita..

  • satu pagi sebelum sarapan depan dewan makan, selepas berbaris, nak cepat-cepat hand -over duty, seorang mamat memanggil.. eiii ni tak lain nak 'sabo' aku la ni.. saya nak gi hand over duty ni.. kejap ye.. terus ke quarter master, tulis report.. selamat, nak sarapan lak.. keluar je.. mamat tadi... mak aii lupa.. di sini lah bermulanya mengenali HUBBY
BERKENALAN DGN HUBBY
  • mamat ni terus tanya : malam ni boleh jumpa tak.. terus jawab, boleh.. tak de masalah.. mamat tu cakap, prep hour, bilik tayangan.. terus tanya dia.. awak ni division mana ye? Zain katanya.. ooo.. tak perasan.. saya biasa sembang ngan budak2 Thana je.. ngan geng2 blur jer.. dan... senyap...
  • nampak sangat gelisah tapi tak cakap apa... eh awak, saya nak breakfast ni.. dia jawab ok..
  • awak.. saya N.........M, ooo... ok... saya K....., saya tau katanya.. jumpa malam ni ye.. Ye la (dalam hati.. nak kena marah ngan Sea Brother aku..)
  • Terus jumpa ngan sea brother dan kengkawan maklumkan ada mat navy ni nak jumpa malam ni kat bilik tayangan .. ada ke patut depa kata bagus la.. hah.. biar betul.. takut la.. ngkorang gak kata mat navy ni boye..tak pe.. kitorang teman ngko.. janji tau.. ha.. janji..
  • prep hour.. buat-buat lupa.. sea brother pulak wat spoil.. woi, hang kata ada date kat bilik TV jom la.. ala.. nanti la.. hang jangan.. kan dah janji.. jom2 aku teman kan hang.. tak kan la kita 2 jer.. ajak kawan2 lain.. sea brother terus panggil kawan2 masuk bilik TV.. mana dia? sea brother tanya.. terus jawab entah (sebenarnya tak ingat muka pun.. pagi tadi gelap lagi tak sempat tengok muka mamat tu betul2).. tak datang kot.. jom la keluar (sebenarnya tak selesa.. aku sorang je pompuan)
  • Mamat tadi pun datang tegur.. hai.. hai.. awak kenal kan kawan2 saya satu USM.. C, Heng.. Pin..Dec..Piew, awak.. saya nak kenal awak, bukan kawan2 awak, kata mamat tu.. cepat2 sy jawab, kalau awak nak kenal saya, awak kena kenal kawan2 saya dulu.. sebab diorang ni memang jaga saya dan t..a (ladies muslim 2 jer dalam rotu navy masa tu) di penang.. ok la awak menang..
  • Aduh walau pun baru 10 minit berjumpa rasa macam dah 1 jam bersembang, lama betul rasanya.. sebab terperasaan banyak sangat mata-mata memandang..
  • tanya mamat tu.. camana awak tahu nama saya? kat name tag awak.. ooo.... sori.. nama awak sekali lagi?... mamat tu terus jawab masuk kali ni dah 5 kali bagitau nama saya ... eh... sori ye, saya baru jumpa awak 2 kali kan? tak .. 3 kali mamat tu tegaskan...sekali masa awak duty kat blok bawah.. awak tak ingat ke.. Eh.. awak ada duty dengan saya ke?!! tak.. jawab mamat tu.. tapi saya kan bersembang ngan awak malam tu.. Ya Allah.. ada ke aku sembang ngan dia ni.. spontan mamat ni tanya aku.. awak ni layan semua orang ke.. (binawe nye jantan) terus jawab, sesiapa saja yang bersembang dengan saya dengan sopan saya memang akan bersembang dengan orang tu... saya la yang tunjuk IC kat awak malam tu... la... mamat baju pink tu... ha.. baru ingat.. eh.. awak kan yang nak approach kawan saya tu.. mamat tu terus jawab.. saja tanya soalan tu kat awak, kalau tak saya tak de modal nak sembang ngan awak.. la... citernya...
  • barulah rasa selesa bersembang dengan mamat ni sehingga habis waktu prep.... yang pasti sehingga hari terakhir ACT ke 2, langsung tak bertembung dgn mamat ni.. sampai balik tak ingat langsung mamat ni..
  • tapi ACT ke 2 ni aku terima 4 pucuk surat yang dikirimkan melalui sea brother.. dari 4 orang yang berlainan...
  • di saat ini lah aku mula belajar menerima kehadiran lelaki lebih dari istilah kawan dalam hidup aku..
Dewan makan yang mempertemukan aku dan HUBBY
Blok di belakang tu dari dulu sehingga kini pun masih digunakan sebagai Dewan Makan dan tempat Prep Hour kepada Kadet-kadet



KOMPLEKS RENANG TLDM LUMUT

kompleks kolam renang di pangkalan tldm


Di sini la tempat semua kadet menjalani latihan dan ujian renang.. tiada pengecualian walaupun kami hanya ROTU.... Ini adalah catitan berkenaan aku dan Kolam Renang ketika ACT di Lumut


  1. ACT pertama ; masa tu design swimming suit di pasaran memang sexy giler.. tak banyak pilihan, hanya kami berdua - ladies muslim (rotu la), kami beli swimming suit rekaan pelajar uitm, okay la janji bermula dari leher sehingga ke betis tertutup.. tapi bab gabungan color - suit tu memang failed!!! sehingga dipanggil oleh PTI kami "ULTRAMAN"... dari jauh dah nampak merah dan biru.. striking lak tu... kami dipecah kan kepada 3 group : pandai berenang, tak pandai berenang kayu, tak pandai berenang batu.. dan saya tergolong dalam group kayu.. senang diajar la tu....ACT 1 aku tak amik test pun, baru dapat skill.

  2. ACT kedua : dah tak malu pakai suit ULTRAMAN tu lagi, malahan 2 ladies dari intake 45 tu request belikan untuk mereka.. tension sebab sape2 yang tak lulus ujian renang pada ACT 1 tak leh shore leave (keluar bandar) walaupun dah Bravo Routine... EMA (early morning activity) kul 5.30 pagi dah berlari ke swimming pool, kawan2 yang lulus hanya training di wisma kadet jer.... kul 10.30 pagi - 12 tengahari swimming lagi.. (naik je dari kolam, badan sure berbelang), EA (evening activity) pun swimming jugak.. amik test tapi failed.. (i) kena terjun dari platform tingkat 2.. lepas..(tu pun sebab kena tolak ngan PTI) (ii) pas timbul ke permukaan dengan memakai overall kena berenang sejauh 75 meter - dalam 1 setengah laps (iii) apungkan diri untuk 30 saat, buka overall dari badan, biarkan overall tenggelam ke dasar kolam dan menyelam untuk dapat overall tadi... lepas.. (iv) dan terakhir berenang bersama-sama overall ke garisan penamat kolam... tapi 15 meter sebelum sampai aku dah minum air.. dah penat.. siap PTI sauk aku dengan galah.. maknanya ACT 2 aku failed ujian renang..

  3. ACT ketiga : dah ada JUNIOR beb.. malu la kalau junior pass swimming test .. lagi pun dah CHARLIE routine.. tolong la ... aku nak shore leave.. tapi untuk dapatkan 2 lap cukup melelahkan..berkat usaha gigih.. akhirnya lulus jugak ujian renang.. tapi yang tak bestnye.. sape2 yang dah lulus ujian renang, kena terjun platform 4 sebagai ceremony lulus renang... sampai tingkat 3 platform tu, lutut dah menggeletar.. di platform 4 tu... aku memang nekad tak mau terjun... tapi apa kan daya.. sesaat terleka.. PTI tolak aku ke bawah.. yang aku nampak kat seberang sana slogan "SEDIA BERKORBAN" di bangunan KD PELANDOK.... atau "SEDIA DIKORBANKAN"

  4. ACT seterusnya tiada masalah untuk aku shore leave..

  5. KINI : Kalau setakat swimming 10 lap dah tak de masalah.. cuma selepas ditauliahkan aku tak pernah mencuba untuk terjun walaupun dari tingkat 1 platform...

  6. Dan terperasan, selama berkawan dengan HUBBY, tak pernah sekali pun nampak hubby ke swimming pool ketika ROTU turun swimming walaupun ramai jugak geng hubby turun swimming time tu.. ada antaranya kena join sukan antara division..

2 ulasan:

yOnnA berkata...

wahh akak isteri navy eh :D ngee. syok x jadik bini navy ni? HAHHAHA

kak, err akak tny brape minit gambar yang yonna upload tu? kejap je kak. heee x sampai seminit pon

abu muaz berkata...

ha,haaa.
banyak sejarah bermula di sini ya.
apa pun tahniah.

bagus catatan catatan begini,

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit