Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 28 Julai 2009

SEAMAN vs SUPPLY OFFICER

vs
Kali ini catitan berkenaan bidang pilihan hubby di dalam TLDM. Di dalam memilih bidang yang ingin diceburinya, pelbagai pro dan kontra terpaksa ditimbangkan.. Walaupun ketika itu saya masih berkawan dengan hubby (tapi hubby dah ‘declare’ sy sbg ‘special girlfriend’ nya), sy adalah salah seorang yang dirujuk untuk keputusan bidang yang dipilihnya kini… Di bawah adalah asas sy menimbang dan mendorong beliau memilih bidangnya kini (walaupun kadang kala rasa menyesal jugak)

Kisah 1Satu hari ketika beliau masih lagi Midshipman (Pegawai Kadet Kanan), beliau telah datang ke Desasiswa semata-mata untuk memaklumkan bahawa mungkin beliau akan dibuang daripada ‘service’ kerana kes pukul. (dalam hati ku berkata-kata : Ya Allah, Macamana aku boleh berkawan dengan Mamat kaki pukul ni?) Setelah menimbangkan daripada luahan rasa hubby ketika itu, dapat la dibuat rumusan bahawa beliau ni seorang yang hot temper tetapi sangat setia dan menjaga kawan-kawannya tanpa memikirkan kesan dan akibat kepada diri sendiri.

Kisah 2
Susulan daripada kisah 1, hubby terpaksa menghadap Panglima untuk membela diri atas kesnya, tetapi hubby memaklumkan chances 50-50 (sama ada dibuang atau meneruskan latihan dengan denda berat). Namun hubby ketika itu telah merancang untuk meneruskan pengajian di luar negara. Dia bertanya jika keputusannya negatif adakah sy sanggup menunggu sehingga beliau berjaya menamatkan pelajaran, tapi sy jawab ‘tidak’ (sebenarnya tak yakin dengan kesetiaan hubby, dan harap beliau bersungguh-sungguh membela diri jika beliau berada di pihak yang betul). Al-Hamdulillah, akhirnya beliau didapati tidak bersalah tetapi diberikan amaran dan denda keras kerana memukul anggota sehingga menyebabkan kecederaan. Namun kes ini direkod dalam laporan perkhidmatan beliau.

Kisah 3
Kali ketiga beliau datang berjumpa sy di Kembara ketika beliau telah hampir menamatkan latihan tahun kedua (PKK) untuk ditauliahkan kepada Leftenan Muda (Subby).. Datang kali ini untuk mendapatkan pandangan tentang bidang kerjaya di dalam TLDM sama ada SEAMAN, SUPPLY atau TECHNICAL officer. Dan bidang yang terawal terkeluar senarai adalah TECHNICAL sebab beliau tiada technical background. Pilihan adalah SEAMAN atau SUPPLY.


SEAMAN OFFICER

1. Biasalah kan namanya seaman – biasanya “attach” di kapal, kalau nasib baik - kapal masuk dock yard tak perlu la belayar, kalau kapal ok, mesti la belayar je keje nyer..

2. Terror sangat2 dalam bidang kelautan seperti navigasi,hidrografi dan lain-lain tetapi di dunia sebenar career terhad dalam industri perkapalan, pelabuhan dan pertahanan

3. “Bright Star” – maksudnya senang naik pangkat, dikatakan bakal-bakal Panglima Tentera jika perform
4. Mengendali dan bertanggungjawab kepada asset-asset negara yang bernilai puluhan/ratusan juta ringgit - fakta ni la yang paling menggerunkan




SUPPLY OFFICER

1. Juga dikenali sebagai Pegawai Pengkalan atau Pegawai Bekalan – biasanya “attach” di semua pangkalan2 sahaja, tak naik kapal la..

2. Berkemahiran dalam bidang pentadbiran, akaun, purchasing, tendering, management, stock, inventory dan yang sewaktu dengannya - Insya Allah kalau dah tamat service atau ditamatkan service, banyak contact kat dunia luar

3. Susah dan lambat naik pangkat – kalau seaman leh pakai Komander selepas 5-7 tahun pakai Leftenan Komander, supply lak mahu 10-15 tahun baru leh pakai Komander, kalau nasib baik boleh le pakai ‘satu bintang’ mungkin setahun sebelum umur persaraan.

4. Tidak mengendalikan asset jutaan ringgit, tetapi berhadapan dengan supplier/kontraktor yang menawarkan pelbagai tawaran kepada Officer in-charge purchasing : salah wat keputusan kena kejar BPR..

5. Selepas beberapa tahun, terpaksa juga naik kapal untuk melengkapkan ‘sea hours’.


PILIHAN KERJAYA : SUPPLY OFFICER

Akhirnya hubby membuat keputusan seperti di atas kerana pertimbangan kepada personality dan karektornya yang sy maklumkan kepadanya iaitu :-
Daripada pengamatan, beliau seorang cepat melenting dan panas baran (kena cakap slow and steady kalau tak bersependapat dengannya). Cuba bayangkan bagaimana Hubby ku bertindak di dalam keadaan tertekan jika seorang daripada rakan sejawat/LLP/CO di kapal tu memaki hamun atau terangkat tangan depan muka hubby.. Mahu dibalasnya semula sampai separuh mati (macam kes hubby pukul orang di kapal dulu)..

Beliau seorang yang ‘over protective’ – sanggup melakukan apa sahaja demi kawan/orang bawahan tanpa memikirkan akibat, semangat setia kawan sangat tinggi sehingga ada yang ‘take for granted’ atas kebaikannya

Seorang yang agak ‘clumsy’ dan kurang cermat dalam membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan, bayangkan jika beliau belayar dan tersilap wat arahan atau kurang ambik pusing ngan cadangan/nasihat kawan-kawan, macam-macam leh jadi ni.. kapal tersadai ke, kapal berlanggar ke.. sampai pencen pun tak mampu nak bayar duit baik pulih kapal..

Tapi Hubby adalah seorang yang mempunyai ‘persuasive skills’ yang sangat baik, sangat berpengaruh di kalangan kawan-kawan dan anggota bawahan dan bermisi tinggi… sanggup berusaha gigih untuk mandapatkan apa yang dikehendakinya. Sy pasti jika beliau tidak dapat bertahan lama di dalam service, Insya Allah beliau boleh hidup dan berjaya di dalam dunia civilians nanti.

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit