Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 10 Ogos 2009

ULANG TAHUN dan HARI LAHIR FAMILY


Bestnyer, kalau dapat birthday card / suprise present dari hubby...

Bulan Ogos ni umur saya akan bertambah setahun lagi, bermakna tempoh saya berada di dunia ini pula semakin berkurangan.. Hakikat yang perlu diingati supaya saya tidak leka dengan urusan dunia sahaja kan..

Alamak aii, dalam pada itu saya kena ingat bukan saya seorang je menyambut hari lahir pada 18 Ogos ni… Along Hubby pun sama.. jadi saya tak boleh la buat-buat lupa, kena cari ‘something’ gak untuk Along.. Saya pun anak sulung, juga dipanggil Along

Ok.. ni panggilan-panggilan di dalam keluarga saya untuk rujukan;

a) Along (saya la tu)
b) Angah (adik lelaki 1)
c) Abang De(adik lelaki 2)
d) Nisa (adik bungsu)

Dalam keluarga saya secara kebetulan, ramai di antara kami yang berkongsi tarikh lahir atau berkongsi bulan lahir yang sama.. senang nak ingat , tapi parah gak kalau masuk bab ‘present atau birthday card’..

1) Arwah Abah berkongsi tarikh lahir dengan Arwah Abah Mertua : 15 Oktober, bersama 2 orang anak saudara sebelah hubby , manakala Angah pulak pada 1 Oktober (kira Oktober la paling ramai sambut ulang tahun)

2) Mak pula berkongsi tarikh lahir dengan Menantu Perempuannya (Isteri Angah) : 11 April dan adik bungsu saya, si Nisa pada 9 April (2 hari sebelum tu)

3) Saya (Along) berkongsi tarikh lahir dengan Kakak Ipar saya (juga dipanggil Along) : 18 Ogos, dan seorang daripada sepupu saya lahir pada 19 Ogos.. (kena ingat dia ni, dia tinggal bersama Mak sejak 6 tahun lepas)

4) Abang De lahir pada 25 November, Hubby pula selang sehari iaitu pada 26 November..

Suprise present dari hubby?!!.. Sepanjang berkawan, bercinta dan sampai la sekarang dah 10 tahun berkahwin.. Tak pernah dapat pun... Dah paham sangat-sangat dengan Hubby ni, susah sangat nak ingat hari-hari penting kami (hari lahir sendiri pun lupa... tu nak wat camana).. jadi, janganla nak kecik-kecik hati ngan dia..

Hubby cakap kalau nak present kena bagi tau.. Pas tu gi beli sama-sama ngan dia.. Memang tak mengecewakan.. Dapat la apa yang dihajatkan... Yang tak bestnya.. tak de lah istilah 'suprise'... Ikut je la... Kalau merajuk, diri sendiri yang rugi kan...

6 ulasan:

babYpose berkata...

Alhamdulillah bestnya jadi isteri yg memahami :) Happy birthday along :)

AzimahAzri berkata...

ur bday is coming soon.hape bday.

wifemdnavy berkata...

BabYpose & Azimah, thanks 4 ur wish.. mmm bab isteri yang memahami tu (byk lagi yg tak paham pun).. saya pegang pepatah suami isteri kena ada "give & take"

Yummy Yum berkata...

nak wish besday lambat lagi...anw thanx visiting my blog...semoga dapat apa yang dihajatkan nanti

IESP93 berkata...

wah hampir ulang tahun nih...salam kenal dari Indonesia.Kikis

lina berkata...

happy belated birthday may Allah bless you always. Insya Allah
Take care

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit