Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 30 Disember 2011

AZAM BARU 2012

;)

Orang lain dah sibuk wat AZAM baru atau RENEWED je azam tahun lepas atau CONTINUE mana-mana AZAM yang tak tercapai..

Saya?!.. Ntah tak pernah pernah menjadikan AZAM itu satu perkara RASMI dalam hidup.. Ada perancangan dan cuba memastikan ia terlaksana, tak pe ter 'drag' sikit sana sini janji dilaksanakan..

dan kebanyakan perancangan tu tak datang pada ujung tahun pun.. ia tetiba je.. TING!!! Nampak bulp lampu atas kepala.. haa!!! itu la yang ingin saya laku kan dalam tempoh setahun ni..KOOONON nye.. .. tengah2 tahun pun ada perancangan.. kaedah nak laksanakan itu yang PENTING..

Prinsip hidup perlu MUDAH.. Usaha untuk capai sesuatu, cari jalan penyelesaian jika tak tercapai, usaha lagi cara baru.. DOA dan TAWAKAL itu perlu.. Jika tak tercapai.. ALLAH telah MENETAPKAN sesuatu yang LEBIH BAIK daripada apa yang telah kita rancang..

Berikut disenaraikan perancangan sepanjang 2012 (ee ceh wah.. ayat skema la plak)

Perancangan kerjaya : Capai KPI yang ditetapkan oleh Agensi

Perancangan kewangan : Insurans, gold deposit.. sah2 tak boleh usik kan.. Ni dalam akaun TH dan ASB - Tak mau usik langsung duit simpanan bulanan melalui potongan gaji tu

Perancangan keluarga : Nak tambah sorang lagi (kalau ada rezeki)..

Perancangan Hari Raya : Bajet baju raya dan barang2 raya tak lebih RM1000.. hrmm boleh ke?

Perancangan Cuti-cuti Malaysia : sekurang-kurangnya 2 kali, 3 hari 2 malam, duit minyak, hotel, tol, makan.. RM2000.. gi mana je ni?

Perancangan Penambahbaikan hubungan sebagai isteri : masak 3 kali seminggu.. tak mau selalu lupa hug & kiss En Hubby sebelum gi keje.. dari opis sekali sehari SMS hubby walaupun just say Hello!!!

Tu je la kot.. lain2 kali kalau ada yang lain baru la update.. SIMPLE kan.. hi hi..

Pas tu Hubby cakap.. ORANG TAK DE MATLAMAT MEMANG CAM TU!!


Dan WN akan beri jawapan klise : SY NI DIAM2 UBI BERISI.. BUKAN TONG KOSONG!!!

Itu la beza WN dan HUBBY..

Hubby : Orangnya sentiasa memaklumkan segala benda mak nenek yang dia nak lakukan kepada WN.. sampai kadang2 WN rasa rimas (walaupun orang lain kata bagus)

WN : Sentiasa bersedia untuk melakukan banyak perkara sendiri2 je.. sebab takut tak puas hati kalau sebab takut terkecik hati kalau Hubby tidak membantu..

4 ulasan:

abu muaz berkata...

moga tercapai cita-cita tu..

Tanpa Nama berkata...

Puan WN,

Orang muda nak tambah seorang lagi anak.Orang tua seperti saya nak tunggu cucu.

Pusingan kehidupan.Semua orang dgn azam masing-masing.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

asalkan azam kita tu yg mampu kita capai oklan kan..janji ada penambah baikan dari thn lepas :)


salam tahun baru ya

toko pakaian online berkata...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit