Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 18 Jun 2014

Rahsia Nombor Tarikh Lahir

;)

Peringatan: Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat anda, itu hanyalah kebetulan.

Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir kita. Daripada nombor itu, kita akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan kita dan ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir

Sebagai contoh, ambil tarikh bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.

21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2

Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?

Carik sendirik ye.. Kira punya kira.. No tarikh lahir Achik pun 2.. Apakah maksudnya itu?

Nombor Tarikh Lahir: 2

Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan: Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Perkara yang perlu dipelajari:

  • Percayalah kebolehan diri sendiri.
  • Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
  • Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2: Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna

Suamiku pula...

Nombor Tarikh Lahir: 4

Kekuatan: Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:

  • Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
  • Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
  • Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4: Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

Anakanda ku..

Nombor Tarikh Lahir: 9

Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:

  • Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
  • Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
  • Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9: Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley



Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit