Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 16 Mei 2011

CIKGU oh CIKGU

Lagu Guru Malaysia : Sempena Hari Guru (16 Mei)


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu dan Lirik : Hashim Ahmad


Best lagu ni, kalau dengar meremang bulu roma... Bila dinyanyikan  memang rasa semangat giler..


Tapi lagu ni WN nyanyikan masa jadi Cikgu Sandaran berbelas2 tahun dulu (GSTT).. Jangan tak caya.. umur 19 tahun, jadi CIKGI budak Tingkatan 2.. Ngajar Geografi, Pendidikan Seni dan Moral..


Sempatla sambut Hari Guru.. Bestnyer bila dapat macam2 hadiah dari murid2.. penuh la bunga & gift atas meja kat bilik Guru.. suprise dari anak2 murid..(sampai sekarang simpan kat umah Mak)


Tapi WN tak pilih GURU sebagai profesion walaupun kita akan dipanggil CIKGU biar ke mana saja kita pergi dan bawak gelaran tu sampai mati.. Ini sebab2nya:


a) WN rasa WN tak dilahirkan untuk menjadi GURU sebab SIFAT WN sendirik
b) WN bukan seorang yang berbakat untuk bercakap (menyampaikan maklumat dengan berkesan)
c) WN seorang yang tak suka buat kerja yang berulang-ulang (rutin).. ye la jadi GURU kena wat Rancangan Mengajar setiap hari.. Mengajar ikut silibus .. bayangkan kalau satu hari ada 6 waktu mengajar Geografi.. 6 kali cakap benda yang sama kat Kelas2 yang berlainan.. Kena wat KERTAS SOALAN
d) WN bukan seorang yang kreatif untuk menarik minat murid2 untuk berinteraksi dgn WN.. diorang cakap WN GARANG.. ha ha tak tau garang kat mana.. (muka kot.. tak pun sebab tak banyak cakap.. tau-tau tunjuk rotan)
e) Suara WN tak kuat.. mencerek ke dalam.., kena paksa untuk lontarkan suara.. anak murid tak dengar
d) Nak jadi GURU ni kena IKHLAS.. nak ngajar anak WATAN yang menentukan hitam atau putihnya masa depan NEGARA.. Baru la anak murid menjadik!!!.. Kalau malas + tak ikhlas.. kena MAKI ngan mak bapak / murid.. sampai bila2 rezeki tak berkat + tak ke mana2


Kepada semua GURU di Malaysia


SELAMAT HARI GURU


Jasa Cikgu kami kenang sepanjang masa..

8 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Betul tu..hati kena jujur..kena ikhlas mendidik anak bangsa..kalau tak sesuai, baik berkecimpung dalam profession lain..

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

salam. Tahun ini buat pertama kali tak menyambut hari guru kerana dah pencen...

Tapi ucapan banyak jg diterima melalui fb dan sms2.tq.

Selamat Hari Guru..

Mamamya berkata...

setuju dgn n3 ni...lia pun mmg x der bakat lansung kd cikgu sbb yg sama mcm WN dah senaraikan kat atas nunnnn....

tambah lg menjadi guru di alaf baru ni memerlukan daya kesabaran yg sgt2 tinggi utk m'hadapi 1001 mcm ragam murid2 n mak/bapak murid2....

PakMail berkata...

Secara formal Hari Guru adalah untuk guru2 yang mengajar di sekolah2 atau IPTA/IPTS. Tetapi hakikatnya guru bukan terbatas pada akademik sahaja.

Guru menjahit juga guru. Guru ajar masakan juga guru. Tenaga pengajar Akademi Fantasia juga guru.

Namun guru yang sangat mulia adalah guru yang mula2 mengajar anak2 mengenali huruf2 dan abjad2 serta mengajar membaca dan mengira dari peringkat awal. Guru itu mungkin juga ibubapa sendiri.

Wallahu 'alam

Ena Qalinsya berkata...

kalo sy plak kak, mmg takle jd guru nnt makin laku paper kat dunia ni sbb asik masuk alkisah sy jerkah murid2 ekeke.. panas baran dan tak sabar punye olang susah wooOOooo ihiks..

MAPPIAU berkata...

waaa ex cekgu rupenyer selamat hari guru yea :))

wifenavy berkata...

Daddy Ziyyad : Sbb tu la ditakdirkan sy x ke Maktab (offer U dtg dulu) kot..

Hjf Nafisah : Jasa Cikgu org cerita sampai bila2.. biar pun Cikgu dah pencen..

Mamamya : Mmm KITA SERUPA.. ye?

Pak Mail : Ha ah betul la Pak Mail.. lupa plak.. semua yg nmengajar tu kita panggil CIkgu kan!!!

Ena : Uisshh... gila-gila cam ni, garang jugak dak nih!

MAPPIAU : Eeiii.. malu nak sambut.. Jd Cikgu kejap sangat tak sampai setahun pun..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit