Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 7 Ogos 2014

Raya 2014 vs Telekung Lycra

;)

Tahun 2014 ni turn saya beraya bersama-sama adik beradik sendiri.
Alhamdulillah, kami berempat beradik, ipar, anak saudara.. semuanya dapat berkumpul di Klang.
Kenapa 'Klang' bukan di Temerloh, tempat asal kami..
Panjang ceritanya.. kejadian pada hari ke 9 Ramadhan yang lepas menyebabkan kami sepakat beraya di Klang rumah Angah (adik saya yg kedua)
Untuk makluman.. Angah diserang 'Strok' - major strok.. Udah bergenang air mataku.. 
Ujian buat kami semua untuk Ramadhan tahun ini.. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. Allah kuat kan la semangat kami menghadapinya bersama-sama
Stop citer ni.. 

Gambar - google

Nak kongsi citer ni je..  Citer Solat Raya saya dengan telekung lycra baru saya

Sebelum bekepergian Solat Raya.. Saya mengenakan 'Telekung Lycra' warna Gold...cantik sangat!!! pada saya la.. Abg De (Adik sy no 3) bertanya.. seperti skrip di bawah;

Abg De : Along ni telekung ke? Atau tudung Labuh?
Along : Telekung la.. cantik kan warna dia..
Abg De : Hrmm.. Diam seketika.. 
tanpa disangka-sangka beliau berfikir sehingga begini..
Abg De : Jadi.. contoh la macam citer2 dalam TV tu.. Kalo mak dia / bini diorg meninggal.. kalo diorang datang dalam mimpi.. dah tak de la kot 'mesti' pakai telekung PUTIH kan?

Aduiiiyaiii.. pecah perut kami gelak dalam kereta.. kurang asam punya adik!!!

1 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik pernah jumpa dua kali wanita pakai telekung lycra ni sebagai pakaian untuk berjalan2. Sekali kakcik jumpa di Tesco sekali lagi di Jalan TAR kalau tak silap ingatan. Lengkap sepasang dia pakai.

Telekung lycra kakcik berwarna hijau pemberian menantu. :)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit