Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 20 Januari 2012

Seminar Pegawai Kanan

;)
Call mak mintak tolong mak jaga anak sepanjang seminar

WN : Mak, 12, 13 14 ni Mak free kan.. tak de gi mana2 kenduri kan?

Mak : Mmm.. ngapa?.. Ni mesti nak soh tolong jaga Lutfi kan?.. Pengasuh sakit ke?

WN : Tak.. nak bawak mak gi jalan2..

Mak : kan hari keje tu.. lama cuti.. i*** cuti ke?

WN : Dia tak cuti.. tu nak bawak mak ni..

Mak : Jalan2 mana?

WN : Seremban.. kita tido kat Royale Bintang

Mak : Seremban.. hah ni mesti nak soh mak jaga anak ngko la ni.. tak de maknanye jalan2.. Seremban mana ada tempat best nak jalan2 pun.. Kursus apa pulak ni.. dah tau dah.. kalu ngko yg kursus.. pagi sampai malam la kat dalam kelas..

WN : ha ha ha.. tau jugak mak kan.. ala mak bawak la Nisa (Mak Chik Lutfi.. si pemetik anggur lagi sejak grad ari tu.. katanya nk rehat dulu) .. teman mak jalan2

Mak : apa tajuk nye.. kang jiran2 tanya nanti kena bagi tau jugak sebab dia kena tau jugak jiran diorang gi mana..

WN : Seminar Pegawai Kanan ....

Mak : Ha ha ha.. Bukan selama ni ngko Pegawai Kiri je ke? Kuli batak..

WN : Mak!!! Sampai hati tau..

Rabu, 18 Januari 2012

Lutfi = Abah ke Umi?

;)


Selasa, 3 Januari 2012

Hari Pertama

;)
03 Januari 2012
- Hari pertama bekerja di tahun 2012
- Hari pertama bertugas di Bahagian baru secara rasmi
- Hari pertama Bahagian WN wujud secara rasmi
- Hari pertama buka 'Organizer' 2012 agensi punya.. ha ha
- Hari pertama buka WEB Kalendar Agensi.. nak rebut tarikh 'meeting' ngan BOS paling besar (tapi kecik je orangnye..)
- Hari pertama Hubby bertugas secara rasmi di MARKAS ANGKATAN BERSAMA (MAB), Kementah (Alhamdulillah.. masih di KL)
- Hari pertama Hubby bekerja di Bahagian Operasi Logistik (J4).. dah dapat task ke Korat, Thailand.. 6 hb dah 'fly'.. hai ya!!!
- Hari pertama kerja dah hilang kosentrasi.. dok mikir nak menggaye kan kehidupan tanpa Hubby selama seminggu

Kerana pada 12 hb pula..

iaitu HARI PERTAMA Hubby bertugas di DALAM KAWASAN..

WN pula akan berada di LUAR KAWASAN sehingga 14 hb..

Jumaat, 30 Disember 2011

AZAM BARU 2012

;)

Orang lain dah sibuk wat AZAM baru atau RENEWED je azam tahun lepas atau CONTINUE mana-mana AZAM yang tak tercapai..

Saya?!.. Ntah tak pernah pernah menjadikan AZAM itu satu perkara RASMI dalam hidup.. Ada perancangan dan cuba memastikan ia terlaksana, tak pe ter 'drag' sikit sana sini janji dilaksanakan..

dan kebanyakan perancangan tu tak datang pada ujung tahun pun.. ia tetiba je.. TING!!! Nampak bulp lampu atas kepala.. haa!!! itu la yang ingin saya laku kan dalam tempoh setahun ni..KOOONON nye.. .. tengah2 tahun pun ada perancangan.. kaedah nak laksanakan itu yang PENTING..

Prinsip hidup perlu MUDAH.. Usaha untuk capai sesuatu, cari jalan penyelesaian jika tak tercapai, usaha lagi cara baru.. DOA dan TAWAKAL itu perlu.. Jika tak tercapai.. ALLAH telah MENETAPKAN sesuatu yang LEBIH BAIK daripada apa yang telah kita rancang..

Berikut disenaraikan perancangan sepanjang 2012 (ee ceh wah.. ayat skema la plak)

Perancangan kerjaya : Capai KPI yang ditetapkan oleh Agensi

Perancangan kewangan : Insurans, gold deposit.. sah2 tak boleh usik kan.. Ni dalam akaun TH dan ASB - Tak mau usik langsung duit simpanan bulanan melalui potongan gaji tu

Perancangan keluarga : Nak tambah sorang lagi (kalau ada rezeki)..

Perancangan Hari Raya : Bajet baju raya dan barang2 raya tak lebih RM1000.. hrmm boleh ke?

Perancangan Cuti-cuti Malaysia : sekurang-kurangnya 2 kali, 3 hari 2 malam, duit minyak, hotel, tol, makan.. RM2000.. gi mana je ni?

Perancangan Penambahbaikan hubungan sebagai isteri : masak 3 kali seminggu.. tak mau selalu lupa hug & kiss En Hubby sebelum gi keje.. dari opis sekali sehari SMS hubby walaupun just say Hello!!!

Tu je la kot.. lain2 kali kalau ada yang lain baru la update.. SIMPLE kan.. hi hi..

Pas tu Hubby cakap.. ORANG TAK DE MATLAMAT MEMANG CAM TU!!


Dan WN akan beri jawapan klise : SY NI DIAM2 UBI BERISI.. BUKAN TONG KOSONG!!!

Itu la beza WN dan HUBBY..

Hubby : Orangnya sentiasa memaklumkan segala benda mak nenek yang dia nak lakukan kepada WN.. sampai kadang2 WN rasa rimas (walaupun orang lain kata bagus)

WN : Sentiasa bersedia untuk melakukan banyak perkara sendiri2 je.. sebab takut tak puas hati kalau sebab takut terkecik hati kalau Hubby tidak membantu..

Khamis, 29 Disember 2011

Cameron Highland : 24 - 26 Dis 2011

Konvoi dengan family Adik Ipar dari Kuantan, berehat di Ampang kemudian
Bertolak seawal 5 pagi : Lebuhraya Plus sesak juga.. mungkin ramai yang balik kampung
(tujuan : tak mau terperangkap dalam jammed ke atas nanti)
Berhenti solat di R&R Tapah jam 6.30 pagi.. 
Sesak juga... petak parking penuh.. gilir2 solat Subuh.. park keta kat tepi2 jalan.. 
janji tak menghalang laluan...
Tak jadi sarapan di R& R Tapah.. padat dan sesak dengan manusia..
Akhinya singgah warung tepi jalan di Simpang Pulai seawal 7.30 pagi
Bawak anak kecik biasala.. nak sarapan dan tukar segala mak nenek dah amik masa sejam
Slow2 drive akhirnya sampai di Tanah Rata, Cameron Highland jam 10.30 pagi..

Baru sampai.. Lutfi dengan baju tido je.. Sejuk giler pagi tu.. 
Check-in pukul 2.00 petang 
Sementara tu.. minum pagi.. sementara tunggu Kak Lang and family sampai

Kak Lang dan Adek kepada Hubby ku.. 

Lutfi tak bole dipegang.. melasak je.. pagi2 ok la.. orang tak ramai lagik!!

Pantang keluar dari keta.. terus melasak.. (on d way ke Taman MARDI tu)..
Tak dapat menghayati keindahan taman dan posing bagai..
dek kerana kesibukan mengejar Lutfi ke hulu dan ke hilir..
(kamera Ipar yang lain mungkin la ada gambar kami hu hu)


Ini pulak di Taman Permainan yang ada Menara tapi tak de Jam 


Melasak lagi.. seb bek tak pecah dagu hari tu..

 Hari kedua bercadang nak ke Brinchang.. kengkonon nak membeli sayur2an dan buan2an di Pasar Tengahari membawa ke malam.. 
Sungguh tak sangka seawal 1 tengahari.. di simpang nak keluar ke Tanah Rata dah tak boleh gerak..
(Yang lain dah kuar seawal 12 tengahari.. kami lewat sebab tunggu Lutfi bangun dari tido)

Sesak gila.. sementara tu Lutfi dah 'terberak'

bertambah tension.. Apartment dekat je (tak sampai 1 km).. tapi nak pusing pun makan masa..
Nasib baik ada peniaga situ bagi tau jalan alternatif.. 
(dlm 3 km jugak la.. janji sampai umah.. basuh berak Lutfi)

Muka tak selesa Lutfi..

Selepas basuh berak dan tukarkan suar Lutfi
Sebelum ke Pekan Tanah Rata dengan berjalan kaki mencari makan tengahari
tak kesampaian hajat ke Pasar Brinchang.. kirim je kat Ipar2 belikan sayur dan strawberi 
(tapi mahal .. amik kesempatan sungguh diorang time cuti sekolah nih)

Dan kami hanya jalan2 sekitar Pekan Tanah Rata.. dan makan tengahari di Cafe Mutiara kot.. 
(warong2 tepi tu penuh dan sesak dengan orang.. tak kira la kedai Mamak, India..)
Cuma standard Cafe je lega skit.. orang tak mau pegi.. ye la mahal skit kan.. makan tak tentu kena ngan tekak!! Tak pe janji bole makan dengan aman..
Makanan dan minuman nye .. hmmm hambar je rasa..!!

Oleh kerana perut kami kenyang bodoh je (makan tak puas la..)..
kami teruskan mengukur jalan sepanjang Pekan Tanah Rata dan menyinggahkan diri untuk minum2 dan makan2 kali kedua di Starbuck.. pekena Hot Chocolate, Ice Blended, Tuna dan Chicken Sandwich, Cookies, Sherperd Pie, RV Cake.. gila2 punya memuaskan nafsu makan..

Kami sampai di Apartment Lily dalam kul 4.00 petang.. tapi Ipar duai kami masih juga belum sampai.. terterangkap dalam kesesakan melampau..

Jalan2 di malam hari pulak

Citer dah habis la..
;)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit