Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 24 Februari 2011

Sape Cakap Gaji Tentera Besar?

Ayat2 klise dari rakan2 yang kurang memahami:

  • "Untung la akak.. Kawin ngan Navy Opiser.."
(Dalam hati : Aku pun Opiser gak! Cuma korang tak 'salute' kat aku.. dan aku tak soh korang panggil Puan).. Bezanya... Pegawai Askar ni di Tauliah kan.. Agung sign.. Pegawai Awam pulak Pihak Berkuasa Melantik nya la.. sama ada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, S/jaya Perkhidmatan Perguruan, S/Jaya Perkhidmatan Polis, Pihak Berkuasa Tempatan atau pun Badan Berkanun..

  • "Gaji Askar kan besar!!" Acik jawab.. Saaapeee kata.. Acik tahu la.. tiap2 tahun Acik dapat agak increment Hubby ku itu
(Senyum sendiri : Aduuu yaii... sedih.. yang wat statement ni anak buah aku, orang 'service'... dah berapa kali terangkan tapi masih tak paham konsep.. lotih Acik kena explain)

Tak de maknanye.. lebih kurang sama je ngan Kakitangan Awam yang lain.. kalau korang dalam Kumpulan Sokongan diorang kat Group Lain2 Pangkat.. Kalau korang kat Kumpulan Pengurusan & Profesional diorang kat Kumpulan Pegawai.. Kalo dah Peringkat Laksamana tu maknanya dalam Kumpulan JUSA la tu.. yang membezakan cuma diorang tak guna pakai Sistem Saraan Malaysia (SSM)..

Oleh itu.. bila bab2 kenaikan Gaji diorang selalu terkebelakang daripada Polis.. sekarang Gaji Konstabel dah hampir sama ngan gaji Senior LLP.. (ooppsss.. statement tu...nanti Acik kaji ye..)


Gaji Permulaan Skim Kadet
RM 976.96 (SPM.. English & Math mesti kredit.. C6 ke atas ye.. biasanya budak2 boarding school + nakal tapi cerdik yang dah tak mau sekolah lagi la yang apply jd Pegawai ni.. termasuk Hubby ku.. hu hu)

Gaji Permulaan Graduan
a. Diploma - RM 1769.75 (Pakai pangkat Lt Dya)
b. Ijazah - RM 2134.38 (Ada pakai Pangkat Lt Dya ada Lt.. ikut Degree)
c. Ijazah Kepujian - RM 2134.38 (Terus Lt)
d. Tugas Ikhtisas - Ikut Kelayakan (terus Lt)
Skim UPNM = tak tahu


LLP - Kalau skim Perantis ada yang terus pakai Bintara Muda.. Diorang ni ada Diploma lagi

Cuba pikir.. kat mana lebih nya Askar nih.. sama je gaji & elaun nye ngan Perkhidmatan Awam lain
Kot lebih pun kat Elaun Rumah jer..
Campur tolak Elaun2 yang kepakarannya tak de dalam Perkhidmatan Awam.. Contoh : Elaun Paskal, Divers, Pilot etc.
Engineer kat dalam Askar tak de Elaun Khidmat Kritikal ye..

11 ulasan:

siti nurkhijah berkata...

as salam..
ct pun isteri navy (llp) dan ct penah keja di bahagian urusan gaji angkatan tentera di mindef

ini pandangan ct lah..
gaji peg ct tak berapa arif sgt tp bab gaji llp ct tau la jgk...
ada bezanya gaji tentera(llp) & awam (sokongan)

ct amik cth perbezaan bagi Laskar kanan (9thn khidmat)dan pembantu tadbir (9thn khidmat)

Gaji pokok: tentera rm1958.52
awam rm 1227.71
PGT(naik gaji tiap thn): tentera rm101.38
awam rm50

PGT bagi awam tu lebih rendah dari PGT laskar muda (rm58.42)
Tentera : 4 tahun khidmat automatik naik pangkat dari laskar muda ke laskar kelas 1 yang bawa perbezaan gaji agak banyak berdasarkan sistem band.
awam pun ada naik pangkat tapi dalam 4 tahun adakah comfirm akan naik pangkat? kalau tak silap ct 10 thn khidmat baru bleh mohon jadi ketua kerani.
Untuk mendapat anjakan gaji (P2) tentera tak perlu apa2 exam just buat baik ngan pegawai penilai dan tunjuk rajin skit (dari pengamatan ct selama 9 thn keja under tentera)

ct kira ni berdasarkan band 3 iaitu band terendah dalam tentera...lagi tinggi band lagi tinggi gaji
skil gaji yang kat ada di entry tu bg laskar muda adalah utk band 1..selepas p kursus 3bulan tentera akan naik ke band 3 (rm961.75) then jika ada lagi kepakaran akan naik lagi band maka gaji lagi naik.

Kalu nak di bezakan gaji tentera ngan awam mmg ada bezanya... tapi kita tak boleh juga nafikan benda tu sebab depa keja 24jam..bila2 masa boleh dipanggil..ada duty dan sebagainya.

bagi Elaun Paskal, Divers, Pilot kita boleh letak tepi a sbb hanya yang berkelayak je dpt.
Tapi elaun pejalanan tiap-tiap bulan untuk pergi balik keja juga ada utk semua yg bkahwin berdasarkan jarak umah ngan opis kecualai yg disediakan ZL..max rm200 sebulan yg diterma tunai tak dak dlm payslip.
awam ada? mungkin tak byk bagi sesetengah org tp bagi awam sokongan ni, nilai tu byk.

Bercuti pun boleh klim jugak duit minyak, tol servis keta setahun sekali.

sory lah kalau komen ni tak menyenangkan tuan blog tapi inilah yg ct tahu untuk perkongsian kita. apa pun ct bersyukur sebab hubby tentera, rezeki dia rezeki ct jugak...lgpun isteri ada duit peruntukan kan?

tentang perbezaan gaji tentera dan polis ct tak tau...

Ryehanna berkata...

Nice entry... and nice comment dr pn ct..

br bertambah sikit ilmu di dada ni.. nama je kahwin ngan naval opiser, tp bab2 gaji ni mls nk amik port sgt...

tp bab gaji tentera kecik tu mmg teman setuju bebeno laa... xbyk mane pn lagi2 kalau engineer... kalo pilot tu masyuk le jgk.. hehehe

wifenavy berkata...

CT.. tentera memang sepatutnya naik pangkat cepat berbanding peg awam disebabkan tempoh perkhidmatannya pendek (maks 21 tahun bg LLP dan mengikut pangkat tertinggi bg Pegawai) di mana turn over personnel nye tinggi.. (tak campur yang ada kes tatatertib - term tentera x tau la)

Berkenaan pergerakan band 1 ke band 2 & 3 tu sama seperti anjakan ke aras P1, P2, P3 di dalam awam.. di mana setiap cadangan kenaikan pangkat dan anjakan gaji adalah mengikut kriteria spt berdsrkan Markah Penilaian Prestasi, Tarikh Kekanan, Lulus Kursus berkaitan Kenaikan Pangkat (awam - PTK), bebas tindakan tatatertib & lain2 kriteria yang ditetapkan dalam peraturan.

kenaikan pangkat juga dibawa ke Mesyuarat BOD A & B seperti awam iaitu Mesyuarat J/K Kenaikan Pangkat & Pembangunan Sumber Manusia.. di mana Urusetia & Ahli BOD ni tak kenal pun sape mereka ni kecuali berdasarkan kenyataan yang ditulis dalam BAT D mereka (awam - buku Rekod Perkhidmatan)

Berkenaan elaun tak masuk dalam slip tu, apa kata kita anggap sebagai Hadiah Kerajaan kepada mereka kerana bekerja tak kira / tentu masa dan selalunya lebih masa.. Kalau masuk slip gaji kang, makin banyak kena cukai pendapatan.. he he

canang berkata...

kesian kawan2 yang belum naik pangkat lagi... Sabar la skot...

abu muaz berkata...

t.kasih info ni. gaji army mesti tinggi dari polis la.. saya ada anak diUPNM tak tahu juga skim dia... dah nak keluar tahun akhir ni... jd navy juga tu.

faten berkata...

hurmm....syok baca wifey2 navy nye blog....huhu!

Den Cdo berkata...

Pn Sri satu lagi jgn lupo bagi tahu,gaji askar ini banyak jugak diperhabihkan disebabkan keperluan pekhidmatan, kalau pogi kursus lagi laa...semmuonyo duit, mess nite pun duit jugak, hari keluargo pun duit jugak...kalau pogi staff college kek haigate pun banyak jugo pakai duit...pendek kato..bosa periuk bosa jugolah koraknyo..ini yg org awam kono faham.

ked berkata...

ohoo..good info..thanks sis ea..bf saye pon navy tapi x penah la plak tanye gaji die bpe..hehe

nawwar berkata...

salam kak,

saya nak tahu berapa starting gaji untuk engineer? kalau akak tahu untuk TUDM or tentera darat..boleh tolong pm saya sekali. terima kasih

nie email saya: arisnabila@yahoo.com

syed fadhil berkata...

Kalau starting gaji engineer dlm navy berapa? Klau boleh sy nak masuk ke upnm tapi x tahu sistem dy

NamiN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit