Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 4 Disember 2013

ANUGERAH CMILT – TLDM LAKAR SEJARAH ORGANISASI PERTAHANAN PERTAMA TERIMA PENGIKTIRAFAN BERTARAF DUNIA

;)
En Hubby juga adalah di antara 30 Pegawai tersebut..

Sumber : http://www.navy.mil.my

SHAH ALAM, 23 Nov – TLDM melakar sejarah sebagai organisasi pertahanan pertama menerima pengiktirafan bertaraf dunia apabila 30 Pegawai Bekalan dan Urus Setia dianugerahkan sijil Chartered Member Institute Of Logistics And Transport Malaysia (CMILT) bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini pagi tadi.


Menariknya, pengiktirafan ini diterajui Pengurusan Tertinggi Bekalan dan Urus Setia, YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Dr Zainal Abidin Hamdan dan YBhg Laksamana Muda Dato’ Mohd Noh Lebai Mahat. Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Pengerusi Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia, YBhg Dato’ Abd Razak Abd Malek FCILT dan Pengerusi Antarabangsa Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia, Dr Dorothy Chan FCILT. Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) merupakan sebuah organisasi yang mempunyai lebih 33,000 ahli daripada 100 negara di seluruh dunia. Ia ditubuhkan khas untuk mengakreditasikan kelayakan serta pengalaman individu serta organisasi yang bergiat dalam bidang logistik dan pengangkutan.
TLDM diberikan pengiktirafan mendahului senarai penerima sijil dari graduan yang lain

Berikut adalah senarai 30 Pegawai dari TLDM yang menerima sijil Chartered Member Institute Of Logistics And Transport Malaysia (CILTM):

1. Laksamana Muda Dato' Pahlawan Dr Zainal Abidin bin Hamdan
2. Laksamana Muda Dato' Mohd Noh bin Lebai Mahat
3. Laksamana Pertama Dato' Anuwar bin Mad Said
4. Laksamana Pertama Dato' Wah Yuen Mei
5. Laksamana Pertama Mohammed Ariff bin Mahru
6. Kept Abdul Aziz bin Abdul Gaffor TLDM
7. Kept Azhari bin Abdul Aziz TLDM
8. Kept Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah TLDM
9. Kept Kamarudin bin Idris TLDM
10. Kdr Mohd Zolkefpeli bin Abd Rahman TLDM
11. Kdr Ang Chin Hup TLDM
12. Kdr Abu Bakar bin Abd Malek TLDM
13. Kdr Satria Sarawak bin Hj Jais TLDM
14. Kdr Shahrir bin Hj Ahmad TLDM
15. Kdr Affenddy bin Suhaimi TLDM
16. Kdr Abdullah bin Baki TLDM
17. Kdr Azman bin Hj Ahmad TLDM
18. Kdr Rozaini bin Abu hassan TLDM
19. Kdr Syanaz bin Ibrahim TLDM
20. Kdr Sa'diah binti Mohd Ali TLDM
21. Kdr Azizi bin Ahmad Sarkawi TLDM
22. Kdr Zaman bin Jamaluddin TLDM
23. Kdr Noor Azian bin Abdullah TLDM
24. Kdr Zaharudin bin Mohamed Yusop TLDM
25. Lt Kdr Ahmad Lahmi bin Abdullah TLDM
26. Lt Kdr Syed Hassan bin Syed Ibrahim TLDM
27. Lt Kdr Mohammed Tuah Effendy bin Asiak TLDM
28. Lt Kdr Mohamad Faris bin Daud TLDM
29. Lt Kdr Nor Izam bin Baharudin TLDM
30. Lt Kdr Parminder Singh a/l Dalbir Singh TLDM


Pengiktirafan ini diguna pakai dan diperakui di seluruh dunia setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda serta sama taraf dengan pengiktirafan yang diperolehi daripada Institusi Jurutera Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia. Dalam masa yang sama JPA turut mengiktiraf kelayakan CMILT ini setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam negara. CILT menawarkan lima tahap keahlian iaitu Affiliate Member, Member (MILT), Chartered Member (CMILT), Chartered Fellow (FCILT) dan Corporate Affiliate yang memberi banyak kelebihan kepada Pegawai Bekalan dan Urus Setia khasnya dan TLDM amnya. Antara kelebihan yang diperolehi termasuklah membantu menyokong misi dan visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia melalui hubungan dengan CILT di samping memberi kreditasi kepada kompetensi serta kepakaran dalam TLDM sekaligus menaik taraf Cawangan Bekalan dan Urus Setia melalui pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi melalui pengiktirafan ini.

Tumpuan diberikan ketika mendengar ucapan dari
President CILT


Para graduan mengangkat sumpah sebelum mengakhiri 
majlis konvokasyen
Dalam pada itu, dengan adanya pengiktirafan ini juga, pegawai yang diiktiraf, diterima sebagai profesional pengurusan logistik dan pengangkutan dalam dan luar negara. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai untuk meluaskan rangkaian mereka. Konvokesyen yang melibatkan 130 pelajar daripada pelbagai organisasi dan institusi ini turut dihadiri Setiausaha Antarabangsa CILT, Lembaga Panel CILTM, Pegawai JPA, Pegawai MQA dan pensyarah daripada Institusi Pengajian Tinggi yang lain.


Rujukan: 231113/01
Sumber: Cawangan Perhubungan Awam MkTL
Artikel: PW II PRL Normahaily Mohd Nor
Jurufoto: LK I TNL Mohammad Idris

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit