Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 9 Mac 2012

Sudah ditentukan..

Sekali jeling tajuk tu macam serius je bunyi nye.. Cam nak wat N3 guna bahasa melayu standard je..

Berikut adalah kronologi ter publish nya N3 bertajuk seperti tersebut;

Salasilah sebelah WN :

Berpanjangan kah lagi legasi ini.. Nampak macam dah berhenti..

Berkisar putaran kehidupan WN di dalam lingkungan komuniti tentera...

Arwah Tok Chu (sebelah Mak) : bekas tentera berpangkat Senior Rate (Other Rank)..

Arwah Abah : Pencen Pegawai Waran 1

Arwah Mak Sedara - Sarjan kawin dengan Askar juga (pencen PW1)

Pak Sedara (tentera udara) - in service 13 tahun

Peringkat anak... saya, adik beradik dan sepupu sepapat..setakat ini tidak nampak pun ke arah profession ketenteraan..

Salasilah sebelah Hubby :

Keluarganya besar.. ramai sepupu Arwah Abah Hubby adalah Pegawai Tinggi dalam Tentera dan Polis.. ada yang dah jadi Ketua kat IPD di Pahang (kalau polis guna gelaran camana) dan salah seorang daripadanya adalah Mantan PTD, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Shahrom

2 orang Pak Sedara sebelah mak hubby juga LLP Navy


Kini - Hubby seorang berpangkat Leftenan Komander (kalau pangkat dlm darat - Mejar : bukan kerusi ye!!).. bila la nak nek pangkat...


dan seorang anak saudara beliau kini di Sabah ditauliahkan 3 tahun lepas - navy jugak .. kini Leftenan Dya

timbul isu cita-cita untuk si kecik tu.. dari
Sembang-sembang antara mak dan kakak ipar...

kakak ipar : sebelah kami doktor dah ada, lulusan akaun dah ada, lawyer.. tak payah la.. pilot tak de lagi..

mak : tu la.. belah kami engineer dah ramai (lulusan je yang benarnya), cikgu pun ada.. tapi tak de pun yang nak jadik Ostad (ong kg nyer pelet)..

kakak ipar tanya WN : si kecik ni nak jadi apa dah besar nanti yer?..

abah dan lutfi
ramai kata kalau muka anak lelaki dan ayah seiras : tak sebulu.. betul ke?..

WN : terpulang kat dia la.. janji jadi orang yang berguna, orang yang selamat dunia dan akhirat..

kakak ipar : tak bole macam tu... kita la melorong kan minat dan cita-cita anak masa dia kecik2 ni.. jadi dia tahu apa yang dia nak buat bila dah besar nanti..

mak : tu la.. jangan jadi macam korang.. kami orang dulu2 mana lah tahu.. janji korang sekolah tinggi..

WN : ntah tak terpikir pun.. yang penting cukup ilmu akhiratnya dan ilmu dunianya untuk dia hidup dan berkeluarga nanti

kakak ipar : tak boleh macam tu...


Hubby dari bilik datang menyampuk : Dia nak jadi Ostad ke Akauntan ke, dia nak jadi Pilot ke Engineer ke, dia nak jadi Doktor ke Cikgu ke... Saya tak kisah.. janji dia lepas dulu masuk RMC pas tu terus ke UPNM tak pun apply Biasiswa MINDEF.... kalau tak berapa cerdik nanti masuk Rekrut..

WN : Alaaaa haii... tak dapek Umi nolong ekau Lutfi.. Abah kau dah totapkan dah...

6 ulasan:

abu muaz berkata...

anak saya pegawai army dah ada, cikgu cikgi pun ada, cik mici pun ada,tukang baiki kete motor ada, baiki kapal pun ada gak ... yang akhir ni kami pakat nak jadikan dia ustaz Don.. doakanlah ya.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

Assalamualaikum...

Apa2 hal kita sebagai ibu bapa kena memberi panduan bidang apa yang lebih baik untuk anak2.

Kadang2 peringkat permulaan perlukan sedikit paksaan...kemudian kita berikan penerangan knp kita memilih yang sesuai dan akhirnya kita berdoalah...

Insyaallah...

adyna AB berkata...

hehehe kita tetapkan dah besor deme yang tentukan hehhe

ღ cik faye ღ berkata...

salam...:-),
i ni mencari kawan2 blogger yg maybe sekapal...i letakkan link u at my blog sebab mmg hari2 baca blog u, feel free to visit ya, luckyseveninlove.blogspot.com

wifemdnavy berkata...

Abu Muaz : Aaminn.. moga yg dicita2kan termakbul

Hajah Nafisah : Doakan hanya yg terbaik kepada si tunggal tu.. harap dapat jd kan hajah sebagai mentor sy

Adyna : ye la.. takut angin tak sehala ngan abah nye nanti

Cik Faye : terima kasih sangat follow blog yg tak hebat nih!

Siti Noor Aminah berkata...

even husband sy navy, sy rasa dia tak harapkan anak dia keja navy gak. biar la budak tu pilih apa yg dia minat. sebagai mak bapak, kita support je. hehehe.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit