Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 20 April 2012

Mesyuarat di Ipoh, Minum Petang di Istana Iskandariah

11 - 13 April 2012 - Ni la tempatnya kami bermesyuarat..
11 April sehingga 1.30 pagi..
12 April seawal 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari tapi melerek-lerek sehingga 1.15 tengahari
penat kepala hotak ku.. selaku urusetia dan pencatit minit..
depa bincang, depa bahas, depa kuar bilik meeting tanda protes.. sedap je depa nih
tapi aku????!!!.. pening kepala.. mencatit.. lost topic.. tanya Pengerusi.. untuk catatan keputusan dibuat
boleh dia cakap.. seperti kita bincangkan tadi lah!!!.. HAMPEH!!!..
Sah2 la kena dengar recorder semula..

Agenda seterusnya dianjurkan oleh Pejabat Negeri Perak..
kata mereka last minute baru dapat idea untuk membawa kami ke sini..
pada petang 11 April yang bersejarah.. 
pihak Istana memberi kelulusan kepada kami untuk melawat sekitar 
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak

Pada petang 12 April.. kami berempat yang Urus dan Setia ini langsung tak berkesempatan untuk 'lunch' sebelum bertolak ke Kuala Kangsar.. beli je makanan ringan di kedai dalam Hotel tersebut

dan kami sampai di kawasan Istana pada 2.30 petang
pandangan dari luar Istana

 Diperkarangan istana

Yang tak sedap dengar.. kata-kata dari ahli2 mesyuarat yang rata2nya kumpulan pengurusan tertinggi menyatakan kepada kami selaku Urusetia HQ yang Urusetia Pejabat Perak tidak sepatutnya menyediakan aktiviti bersifat 'ROMBONGAN BUDAK SEKOLAH'
tetapi kami sekadar berdiam tidak menyampaikan apa2 pun.. takut tersinggung.. 
takut hilang rasa seronok Urusetia Perak melayan kami.. 
mereka berpenat lelah turun naik Pejabat SUK dan Istana tiada pula yang ingin menghargai..

 kami dibawa ke Balai Rong..
tempat berlakunya Acara2 Rasmi Istana seperti
Hari Keputeraan, Pertabalan, Perkahwinan dan juga Penganugerahan Darjah / Pingat Kebesaran Negeri

Ni la tempat penerima pingat duduk berjam-jam tunggu giliran disematkan darjah kebesaran
tapi jangan tanya  la seperti tak penat kah pingang dan tak kematu kah punggung mereka..
jawapannya..
kami dah cuba..
tak mungkin.. sungguh empuk kerusi ini.. 
ha ha.. tak dapat pingat.. duduk je la..
Nak tunggu dapat pingat.. ermmm.. pikir sendirik la..
adakah Aku benar-benar seorang Rakyat yang menyumbang bakti..

Tuuu dia.. barisan peserta rombongan yang seronok merakam kenangan di Istana Iskandariah
yang berkata belakang itu juga lah 'over excited' 

Punya lama WN tenung
apakah ayat yang ditulis di atas singgahsana itu..
sampai ari ni tak sempat belek lagi..

bersama mereka yang 'cerah bintang'

Urusetia Pejabat Perak

Merasa juga kami dengan Jamuan Minum Petang di Dewan Santapan
Hidangan ringkas kata 'Pegawai Istana'
tapi bagi kami.. sungguh istimewa
memang istimewa.. dilayan oleh Pekerja Istana..
walaupun kami datang tanpa sebarang persediaan dan tiada protokol istana pun!!

Sedap sangat kuih nya:
Kuih Tapak Gajah (known as Kuih Kemboja atau Kuih Bakar
kuih Cok' Badak.. memang sangat ori
dan jugak Agar2 Santan.. 
Bak kata bos.. kalo dah nama makan kat dalam istana plus 'peghok' pulak tu
Air sejuk pun rasa manih!!!.. Perli apa bos aku nih!!!


Sebelum mencedok Mee Goreng basah.. sempat lagi snap cap kat pinggan Istana nih! 


Kuih Tapak Gajah (known as Kuih Kemboja atau Kuih Bakar
cukup rasa telur, lemak santan, pandan dan adunannya waa... 
kalau ter 'pregnant' dan termengidam kuih bakar Istana Iskandariah..
satu keroje teman nak menulih surat minta kebenaran makan kuih dari dapor istana.. hu3x

tu dia.. sembunyi2 kami snap gambar pinggan.. 
Istana guna pinggan mangkuk cap Naritake...
sempat jugak selak hi3x.. Peghok sungguh kami..

Pandangan Hadapan Dewan Santapan dari tempat kami makan..

Ini pula di Galeri Sultan Azlan Shah..
Tapak Istana yang lama

dihiasi dengan  produk 'trademark' negeri Perak..
..Labu Sayong..

On d way balik.. singgah kejap di kilang Labu Sayong.. memang murah 
kalo beli kat tempat lain tak merasalah harga seperti itu

sekadar snap photo.. WN tak berniat langsung untuk membeli

sebab Anakanda ku masih tak mengerti ayat ini..
"JANGAN USIK NANTI PECAH!!!"

tak pasal2 Anakanda ku menangih nanti
tapi WN beli kan juga sedikit cenderahati untuk anak buah yang tinggal di opis

Sampai di hotel dan Balik ke bilik bernombor ini pada pukul 10.30 malam
selepas selesai makan malam dan jalan2 di Gerbang Malam di Ipoh

 Selesaikan semua urusan peribadi
terus meluruskan badan di atas katil... dan malas lagi ke sana ke mari
tapi tak pe..
semua suis ada di kepala katil.. control la dr situ je.. 
dan tido.. tak mau pikir apa2.. esok pagi sambung mesyuarat lagi..

gambar kenangan.. kami sebagai Urusetia
Mesyuarat Koordinasi Negeri

2 ulasan:

ღ cik faye ღ berkata...

kalau saya dapat masuk istana pun, mesti saya pun lagik peghokkk hihi...
nasib baik guna naritake. now heboh 'bone china' ada ekstrak tulang b.a.b.i...mana tau berkat kak masuk istana, encik navy dpt pingat. aminnn...

hajiMete berkata...

vahhh sonoknyer dpt masuk istana kanns.. ehhhee

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit