Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 5 Ogos 2013

RAMADHAN 1434H

;)
Alhamdulillah.. In Sha Allah selepas maghrib hari ini kita akan menghabiskan puasa yang ke 27.. berbaki 2 hari

Alhamdulillah.. pada tahun ke 3 aku bergelar ibu, aku berjaya juga melaksanakan Solat Terawih walaupun tak sampai 5 hari.. walaupun hanya dilakukan di rumah.. banyak cabarannya.. paling utama.. cabaran mengatasi masalah kemalasan apabila ianya melepasi waktu tengah malam.. kedua.. apabila anakanda tidak boleh berkompromi.. dan ketiga.. apabila sang suami sendiri seperti tidak merelakan Lutfi dibiarkan terutama apabila beliau tiada di rumah.. takut Lutfi melakukan perkara-perkara yang tidak diingini ketika aku bersolat.

Alhamdulillah.. aku berjaya mengekang kebiasaan membeli kuih/biskut raya yang cantik2 dan sedap.. mengambilkira.. akhirnya aku jugak yang menghabiskan.. menternak lelemak dari biskut selepas raya.. ohh tidak!!!.. ambil masa utk mengeluarkannya semula..

Alhamdulillah.. dengan Bantuan Hari Raya yang diumumkan oleh Kerajaan.. aku dapat mengurangkan jumlah wang yang sepatutnya ku korek dari duit tabungan..

Alhamdulillah.. pada Ramadan tahun 2013.. sehingga hari ke 27.. kami tidak pernah lagi berbuka puasa di luar.. hanya membeli sekadarnya dari PARAM jika tidak berkesempatan untuk memasak lauk berbuka..

Alhamdulillah.. pada hari ke 14 Ramadhan lalu.. umur Lutfi telah genap 3 tahun Islam..

Ya Allah.. aku bersyukur ke hadrat Mu.. kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini.. dan aku bermohon kepada Mu agar Engkau pertemukan aku dengan Ramadan pada tahun 1435H.. Aku berazam untuk memperbaiki lagi nilai ibadahku kepada Mu pada bulan RAHMAH Mu.. Aku berazam untuk melakukan Solat Sunat Terawih pada setiap malam (kecuali hari2 yang tidak dibolehkan) dan aku berhasrat untuk melakukan ibadah pada tengah malam.

Walaubagaimanapun Ya Allah.. Aku bermohon pada Mu.. Engkau berikanlah kekuatan kepada ku untuk tidak menangguh-nangguhkan ibadah ku kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihi dan Menyayangi.. Ya Allah, Engkau sucikan lah hati ku ini untuk melakukan ibadah kepada Mu hanya kerana Mu dan Rasul kesayangan Mu Nabi Muhammad s.a.w.. jauhkan lah aku dari sikap RIAK Ya Allah..

Amin.. Ya Rabbal 'Alamin..

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit