Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 27 April 2009

PALAPES (LAUT) USM

PALAPES : adalah singkatan daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang sama maksudnya dengan;
ROTU : Reserve Officer Training Unit
PALAPES di USM ketika itu ada dua cabang iaitu PALAPES (Darat) / ROTU (Army) dan PALAPES (Laut) / ROTU (Navy) dan akhirnya aku telah memilih untuk menyertai PALAPES (Laut) USM Pengambilan ke Lapan.
'Boleh ke aku ni?' : Itulah persoalan yang pertama terkeluar daripada kepala aku, maklumlah aku tak pernah aktif dalam kegiatan ko-k ketika di zaman persekolahan dulu. Kengkawan aku yang lain sumenya aktif dalam aktiviti sukan.. pemain hoki, pemain net-ball, olahragawati... aku?!! .. Akhirnya aku teruskan je niat join Palapes (Laut) bersama-sama Tun, Ita, Aido, Kak Long Zaini.. Berikut adalah faktor-faktor penyebab aku ter'join' PALAPES (LAUT) / ROTU (NAVY) ni;-)

a) Di janjikan tinggal di Kampus sepanjang pengajian : jika pilih ko-k lain terpaksa bersaing untuk memegang jawatan dalam persatuan / kelab / di desasiswa - kumpul point untuk tinggal di kampus.. aku ni bab2 meng 'expose' kan diri memang failed... jadi biarlah bersusahpayah sikit.. nak tinggal di rumah sewa memang takkan mampu, adik pun di ITPA jugak.. Secara tak langsung bermulalah slogan "Sedia Berkorban" dalam hidup aku ni...

b) Uniform nye : Putih - nampak kemas sangat2, sesiapa saja yang memakainya secara tak langsung akan nampak segak. Tapi masalahnya ketika itu.. bagi anggota wanita yang memakai tudung terpaksa melupakan niat untuk join ROTU NAVY kerana tiada uniform khas untuk muslimah.. (pakai skirt lagi masa tu, swimming kena pakai swimming suit) ; maka mereka akan beralih ke PALAPES (Darat)..

c) Senior-senior yang promote ko-k ni memang telah berjaya memikat hati kami berlima ni dengan pelbagai cerita menarik dan seronok mereka antaranya aktiviti berenang, menembak, belayar di lautan .. kalau PALAPES (Darat) tak de - diorang kat darat dan hutan sahaja.. dan penyertaannya sangat terhad.. tidak lebih daripada 30 orang untuk memastikan kualiti.. kononnya la.. akhirnya aku dapat jawapan yang pasti...
d) Ada pendapatan tambahan ;-0 He he he, kita diberi elaun harian setiap kali menghadiri latihan.. boleh tambah duit poket (loan la)...

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit