Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 18 November 2010

..KORBAN..

Sempena Hari Raya Korban ni, sy nak catitkan sikit perihal korban yang berlaku sepanjang 2010 ni..


17 Nov : Raya korban berdua dengan anak kat umah - hubby tak dapat balik bercuti sebab berkursus di Lumut dan cuti sehari je, tak dapat balik Temerloh, Mak pun tak de (kat Mekah)..

2 Nov : Nak hantar mak ke Kompleks Tabung Haji, drive keta dengan anak je.. , hubby kat Lumut.. dah la tak dapat balik Temerloh hujung minggu tu untuk join Kenduri doa Selamat mak.. Sedey..

25 Okt : Dah start keje, hantar anak ke rumah pengasuh, sedih nak tinggalkan dia.. ye la.. selama 2 bulan tak pernah tinggalkan dia..

20 Sep : Hubby berkursus 3 bulan di Lumut sehingga 26 Dis 2010.. Masih dalam pantang.. patut berpantang di umah mak di Temerloh kena balik ke Ampang, berpantang sendiri sebab susah dan jauh Hubby nak berulang jengok anak isteri tiap-tiap minggu.. Berpantang sorang diri kat umah dengan jaga anak.. sedih sangat..

10 Sep : Beraya dalam berpantang, tengok je la orang makan sedap2, tak dapat bergerak ke mana2.. layan je la orang datang kat umah..

25 Ogos : Bersalin, terkorban la puasa lagi 15 hari.. ganti je la..

20 Jul : Seminggu berulang alik ke Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan kat Wangsa Maju, sebab temankan hubby, lututnya di 'operate' .

19 Jun : Kenduri adik di Temerloh.. kalau dah namanya Kakak Sulong, tambah lagi mak sorang je.. terpaksa berkorban cuti Rehat mengalahkan pengantin dek menguruskan semua hal2 kenduri ni mula dari hantaran sampai la hal2 katering dan tetamu.. Paling tak best.. duit poket pun terkorban sekali.. tak perasan pun.. niat sedekah la kan.. apa mau kira.. adik beradik

12 Jun : Kenduri kawin adik sebelah perempuan kat Alor Setar, hati punye la nak pegi tapi apakan daya, tak digalakkan berjalan jauh, tambah-tambah lagi susah nak dapat baby ni

2 Apr : Tak paham dengan Navy ni.. kenapa Hubby yang berkursus, wife pun terbabit sekali.. terpaksa korban cuti rehat semata2 wife peserta Kursus wajib hadir kursus 3 hari, kalau tak hadir, hubby tak lulus exam.. ceh..

8 Mac : Hubby kena lapor diri ke KDSI, Lumut, kursus selama 3 bulan.. Apa la nasib, 3 bulan pragnent dah kena tinggal.. 3 bulan lak tu.. dah la mabuk2 lagi masa tuh.. pegi a/ment doktor pun sorang2 la untuk 3 bulan ni..

14 Feb : Hari Adik bertunang, sume konvoi ke Taiping.. x dapat jalan jauh.. early stage pragnent.. tolong buat kan hantaran je..

Kesimpulannya : Harga KORBAN aku ni tak la hebat mana pun!!!

4 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Amboiiii, ni entry yang betul2 pukal ni... Aok beraye dgn jiran2 jelah yer cuti raya ni. Koi pun tak balik mane2...

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

salam. itulah kehidupan. hidup perlu diteruskan.

wifemdnavy berkata...

Echam : he he.. baru perasan.. setahun punye catitan.. Jiran2 ku disebelah kiri kanan depan belakang atas dan bawah sume balik kampung.. Selamat Hari Raya Korban..

Hajah : Lain orang lain jalan hidupnye kan... Ini la catitan hidup sy buat masa ni

Ctnurkhijah berkata...

banyak yang awak berkorban ni...
Harap pengorbanan ini berbaloi..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit