Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 1 Jun 2011

CERITA HUBBY : PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

Lama sungguh nak buat N3 nih.. tak habih2 sampai la tersiar.. nak flashback balik.. ambik masa.. tak ingat sangat.. gambar tak de pulak tu..

Ingat tak seawal Program Latihan Khidmat Negara dilancarkan.. Macam2 perkara berlaku.. Dan Hubby antara Pegawai Tentera terawal dipinjamkan ke Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Akhir 2003 :

Hubby diarahkan untuk mendirikan Kem Latihan Khidmat Negara dekat-dekat dengan Pelangi Beach Resort, Langkawi (tak tau apa nama Kem ni sekarang) tapak / padang besar yang kosong jer. Giler.. kelam kabut.. Semua tak de.. semua kena arrange dengan kreativiti sendirik.. Supplier datang hantar khemah, barang2 logistik dan uniform budak cam tu jer.. Macam punggah barang kat tapak pelupusan sampah je.. Pepandai la Hubby ngan anak-anak buahnya handle menggayakan supaya sebuah Kem Latihan untuk anak-anak remaja tu diwujudkan.. Hubby mintak Kem Operator sediakan beberapa Kontena untuk dijadikan pejabat dan bilik penginapan kakitangan JLKN.

Time ni.. fasilitator tak datang lagi.. Yang ada cuma Kem Operator (supplier yang dilantik la tu) dan Timbalan Komandan Kem iaitu Hubby lebih dikenali sebagai Pencacai.. (JLKN ketika itu lantik Komandan dari kalangan Retired Senior Officer : Depa datang tahu mengarah je.. cam masa depa dalam service).. Start dari layout plan, sampai bina Khemah, Arrange Menu Makanan, Arrange rules and regulation campur arrangement penerimaan Pelatih (ketika itu.. sekarang WIRA dan WIRAWATI) pepandai la Hubby settlekan dengan anak buahnya (ada juga dari orang awam)

Antara perkara yang perlu diuruskan oleh Hubby ku ketika itu :


Blok
  • Kediaman Pelatih (Wira dan Wirawati) : Time ni depa pakai Khemah Hijau yang besar tuh.. 
  • Bilik Mandi dan Tandas 
  • Kediaman Komandan Kem
  • Kediaman Timbalan Komandan Kem : Hubby tido kat dalam Kontena je masa tuh
  • Kediaman Jurulatih
  • Bilik Rehat Pelatih
  • Bilik Rehat Jurulatih (Letih sungguh depa ketika tuh)
  • Bilik Mandi dan Tandas Untuk Jurulatih (sebelum tu depa menumpang kat tandas Hotel Pelangi Beach Resort tu)
  • Bilik Rawatan Kecemasan
  • Bilik Kuliah : Pelatih Siri pertama ni merasa attend kelas kat Dewan Makan.. kat situ la kelas, kat situ la kantin
  • Pejabat Pentadbiran
  • Surau
  • Kantin
  • Stor Logistik
  • Rumah Bot (pinjam Pelangi Beach Resort punya masa tuh)
  • Balai Pengawal (tak de lagi time ni.. pengawal yang ada merayaurayau je)
  • Tempat Perjumpaan Keluarga – Sebelum siap, depa jumpa kat kantin jer
  • Pondok Skuad
  • Pagar Keselamatan : tak de 
  • Papan Tanda : tak sempat buat
  • Tempat Meletak Kereta : pinjam Pelangi Beach Resort punye
  • Kemudahan Sukan : apa yang ada.. dilambakkan kat dalam kontena
  • Padang Kawad : carik kawasan lapang yang ada.. tak sempat turap pun
  • Jungle Tracking, Membaca Peta dan Perkemahan : Juruletih terpaksa carik sendirik.. kalau citer Pelatih sesat tu.. rasa tak leh marah kat Juruletih la.. ye la hutan baru.. denai pun tak clear lagik
  • Sirkit Merempuh Halangan : Betul2 ala-ala tentera sebab guna apa yang ada jer
  • Latihan Perairan : Peralatan semua hubby request kat Pelangi Beach Resort sementara tunggu peralatan sebenar dibekalkan.. tak pun Hubby organised pinjam Navy nyer
  • Pentadbiran Am : pepandai la Hubby ngan staf handle 'dokumentation' dan kreate macam2 jenis 'form'
  • Perkhidmatan Sajian : susah katanya deal ngan 'supplier' yang nak untung je.. tak pikir kebajikan orang.. Datang sayur dan lauk yang tak fresh.. macam nak bagi itik makan katanya
  • Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
Time pelatih siri 1/2004 melapor diri, macam-macam insident berlaku kata hubby.. Paling menyenakkan perut katanya bila nak distribute barang-barang keperluan diri termasuk uniform pelatih.. macam-macam jadik terutamanya bab uniform termasuk kasut tak de saiz (bukan tak cukup tapi tak de plan awal).. Pat pat siku lipat, sape cepat dia dapat.. yang akhir daftar kira Mujur Malang la.. Mujur kalau ada Malang kalau tak de.. Kalau bebudak saiz standard okay la, kalau XXL ke XXL ke.. Ting!!! Hubby nyer idea kreatif.. Panggil tailor, soh gunting sambung baju yang sedia ada.. Hu hu hu.. Aku tumpang kesian kat nasib bebudak tu.. Bab kasut lak.. ada la yang jadi kaki si Mc Donald

Satu lagi.. bab persepsi ibu bapa penjaga pelatih2 PLKN tu.. ni Juruletih la yang kena uruskan.. tapi biasa la.. budak-budak remaja yang baru keluar / terlepas dari konkongan.. ini la time paling bagus untuk depa 'test market'.. Sume sama je la kata hubby.. yang POMPUAN main2 mata ngan Staf, yang STAF pulak melayan, yang LAKI2 dok try ngorat POMPUAN2nye.. jadi tak heran la awal2 PLKN ada macam2 citer sensasi kuar kat Sotkabar.

Mengendalikan pelatih2 siri 1/2004 ni tak banyak masalah sangat kata hubby, kebanyakan diorang ni fresh sangat lagik.. kebanyakan depa ni bebudak barus habis sekolah dan bebudak pandai (boarding school bagai..) Diorang pun sedar diri la.. First batch.. la kata kan.. jadi bahan uji kaji.. kena la wat yang elok2.. tak nanti di kata di keji dijadikan bahan rujukan untuk siri2 akan datang kan!!!!..

Habis siri 1/2004.. maka hubby terpaksa tinggal kat Kem ni dua tiga bulan lagi untuk manage apa2 yang patut.. tambah baik sistem sedia ada.... Ingatkan habis Siri 1 hubby akan balik ke Markas Sistem Armada semula.. tup tup dihantar Muadzam Shah untuk set Kem PLKN kat sana pulak.. BALA lagi kata hubby ..

Seingat WN, Hubby gi set up Kem Kat Bandar Muadzam Shah, Pahang... pekan kecik katanya.. selama dia berkhidmat dalam PLKN ni tak penah dia offer WN datang jengok tempat dia keje.. katanya tak perlu.. tak de penginapan yang sempurna.

Menguruskan Pelatih PLKN siri 2/2004 kat Kem Muadzam Shah ni.. banyak cabarannya.. Sebabnya.. ini first time Kerajaan wajibkan kepada semua remaja, tak kisah latar belakang, kampung kat mana dan macam-macam.. dan akhirnya hasil pengumpulan remaja untuk Siri 2/2004 kebanyakannya ;
  • remaja-remaja yang tak abis sekolah (bermasalah)
  • remaja yang bekerja sebab nak menyara keluarga
  • mat / minah rempit
  • remaja yang datangnya dari celah ulu banat mana pun tak tahu (anak orang asli)
  • Yang dah berkahwin pun ada
Hari pendaftaran Pelatih.. Hubby kata sedih tengok Anak-anak orang Asli yang tak penah gi sekolah ni.. Terpinga-pinga.. Dengan berpakaian ala kadar.. tak tau membaca.. Staf pulak lupa diorang ni tak sekolah.. disuruhnya bebudak ni periksa nama masing-masing.. ace budak2 tu tengok je la kertas pendaftaran tu.. Tapi mengurus Orang Asli macam ni lebih senang dari mengurus budak2 yang lain.. Diorang ni ikut kata.. tapi lurus-lurus-lurus yang teramat-amat.. Soh amik baju, amik la baju pas tu duduk kat tempat balik.. soh amik kasut.. gi amik kasut pas dok tempat balik.. Ha la ha la ha la.. kalau ada 20 item kena amik, tak kan 20 kali nak kena panggil kan?!!..

Masalah kedua.. yang datang tu bebudak pompuan yang dah kawin.. ada dah tujuh bukan mengandung, ada baru mengandung dua tiga bulan.. tak tau nak wat apa.. jadi Hubby terpaksa tulih surat mohon pengecualian.. (masa tu tak de format lagi)..

Yang samseng jangan citer la.. yang berlagak pun banyak.. guna kedudukan mak bapak tak sedar diri.. nasib baik tak ada artis dalam kem tu Hubby kata..

KENDURI KAWIN DALAM KEM

Kes paling teruk Hubby kena handle ialah Pelatih Jantan ngan Pompuan kena tangkap basah.. Jadi kes polis tu.. sebab Mak Ayah depa bergaduh kat dalam Kem.. tak ngaku anak pun ada.. Jalan penyelesaian.. Kawin kan depa..

Bab ni best..
Hal-hal hiasan khemah (deko men deko) dan persembahan (muzik) depa serahkan pada Budak-budak orang asli ni.. seronok diorang masuk hutan dan wat anyaman itu ini..

Hal-hal berkaitan Nikah Kawin diserahkan pada Jurulatih-jurulatih untuk deal ngan JAIP daerah..

Hal-hal domestik seperti Kenduri dan Jemputan.. Hubby dan Staf..

Kenduri kahwin ni.. bagi pasangan pelatih tu memang tak best la kan.. sebab masing2 tak cadang pun nak kawin, bagi mak bapak pulak satu keuntungan la.. sebab tak yah kuar duit sendiri.. sume duit kutipan dan JLKN .. bak kata orang Makan Tanggung Berak Cangkung (walaupun tak rela tapi terpaksa REDHA je kan..).. Pelatih2 lak.. suka sebab untuk seminggu diorang tak buat latihan ala2 tentera tu.. rehat skit la.. Baju pengantin lak sponsor..  VIP pulak sporting.. datang jugak diorang memeriahkan majlis.. memang best pada pandangan luar.. tapi PERIT bagi yang menanggung / menguruskan segala2nye.. kata hubby..

Sehabis Siri 2/2004.. habi telah dikembalikan ke Markas, tak tak sampai 3 bulan hubby ditukarkan ke MTL, Kuala Lumpur.. tapi tak sampai 1 bulan dia ditukarkan ke MAB.. (3 perkhidmatan tu la.. dan terus ke misi kat ACHEH).. Habis.. AMIIN

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit