Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 8 Jun 2011

TLDM : Sejarahnya

Sejak penubuhan, TLDM juga telah melalui beberapa zaman penting dalam negara. Semasa konfrontasi dengan Indonesia, TLDM menjadi elemen penting membuat pertahanan dari diceroboh tentera Indonesia melalui jalan laut.

Di zaman darurat, TLDM berganding bahu dengan TDM mengawasi pertahanan pantai dan di sepanjang Sungai Rejang Sarawak dengan menggunakan Lancang Rivering Craft (RCP).

Di Perairan Pantai Timur Semenanjong pernah menjadi medan pelarian rakyat Vietnam yang melarikan diri dari kancah peperangan di negara mereka yang mana TLDM menjadi benteng penghalang kemasukan mereka dengan melancarkan Operasi Cabut sekitar tahun 70an hingga tahun 80an.

Era millennium telah mencetus satu penambahbaikan yang sangat ketara dengan penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mana menyaksikan penghijrahan beberapa aset rondaan dengan sejumlah keanggotaan TLDM sebagai peneraju utama bagi melaksanakan dasar kepolisan maritim yang selama ini terpikul di bahu TLDM bersama Agensi-agensi Penguatkuasaan yang lain. Pengwujudan agensi maritim ini telah memberi ruang yang lebih luas kepada TLDM di dalam menumpukan perhatian kepada tugas hakiki terhadap keselamatan Perairan Negara.

Sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 jawatan tertinggi ini telah diisi oleh 2 orang dari Pegawai Tentera Laut Diraja British (RN) dan 2 orang dari Pegawai Tentera Laut Diraja Australia (RAN) sehingga 1967.

Anak watan pertama mewarisi jawatan tertinggi TLDM ialah Laksamana Muda (Laksda) (Bersara) Tan Sri K Thanabalasingam yang merupakan PTL ke 5 dalam sejarah TLDM. Jawatan ini seterusnya diambil alih oleh Laksdya (Bersara) Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh pada tahun 1976 setelah persaraan ‘Bob Thana’.


 Tan Sri K Thanabalasingam

Laksdya (Bersara) Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh

Nama kedua-dua bekas Panglima Tentera Laut (PTL) ini telah diabadikan sehingga sekarang bagi menamakan dua bahagian Kadet Tentera Laut di Kolej Sultan Idris Shah 1 (KDSI) iaitu ‘Bahagian Thana dan Bahagian Zain’. 

p/s : WN dulu Div Thana.

2 ulasan:

PakMail berkata...

Saya juga turut terlibat di dalam banyak operasi melibatkan 'Boat People" sewaktu bertugas di KD Ledang (kapal kayu). Termasuk juga tugas2 ke atas MV Hai Hong di Pelabuhan Klang.

Daddy Ziyyad berkata...

Thanks berkongsi info ni..

Saya suka kapal tentera laut, sangat sangat suka...

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit