Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 11 Julai 2011

TINGGALKAN KESAN TAU!!!

Berakhir sudah episod KEBIMBANGAN rakyat atas peristiwa yang diwar-warkan menganggugugat KESELAMATAN negara.. (pasti ke ni?)

WN sangat pasti apa yang dibimbangkan oleh Parti Pemerintah.. Apa yang sangat diinginkan oleh Parti Pembangkang.. tidak perlu la dibincangkan.. pasti ada nas-nas yang sangat bernas akan dikeluarkan oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan pandangan masing-masing..

Ini pulak pandangan WN..

Perarakan sebenarnya!!! bukan perhimpunan.. kerana mereka melalui laluan-laluan utama di Segitiga KL untuk berhimpun ke Stadium Negara untuk berhimpun.. Berhimpun ialah berada di satu tempat tanpa perlu berkumpul dan berjalan beramai2.. macam Sambutan Hari Pekerja tu!!!

Adakah mereka pasti.. seramai puluhan ribu yang menyertai Perhimpunan ini benar-benar bersih hati mereka dan innocent untuk menuntut agenda mereka yang 8 itu? Cantik agenda itu..

Tapi adakah yang menganjurkan itu memastikan peserta-peserta yang mengikuti perhimpunan itu benar-benar bersih tingkah lakunya juga.. Adakah mereka pasti tidak akan ada yang menyertai perhimpunan ini walaupun 1% tidak akan ada yang berkelakuan EKSTREM..

Ini yang kita perlu elakkan.. makanya... terdengarlah mereka2 berkata..Tindakan Anggota Keselamatan yang menjalankan tugas mereka seperti menyekat laluan sebagai Anjing Kerajaan....(yang cakap tu Ahli keluarga ku juga.. huish.. tahan telinga.. Dia tak ingat ahli keluarganya juga kebanyakkan adalah yang berjawatan penting sebagai Anggota Keselamatan)

WN tak mau la bincang KESANnya dari segi EKONOMI, dari segi KESELAMATAN NEGARA, dari segi    kredibiliti KERAJAAN menangani masalah ini, pandangan MEDIA antarabangsa, KEPERCAYAAN negara luar (tu dia.. terlalu banyak kesannya.. nak jugak berarak).. Terlalu ilmiah.. tak pun.. perlu common sense je..

Tapi WN nampak kesannya kepada MORAL Anggota Keselamatan dan Keluarga mereka..Pernahkah yang merancang dan ikut aktiviti ini terfikir..

a) TINGGAL kan kesan tau.. pada hati mereka.. disebabkan Agenda sesetengah pihak.. makanya mereka terpaksa bertugas pada hari sepatutnya mereka tak bertugas..

b) TINGGAL kan kesan tau..Agenda sesetengah pihak .. makanya mereka terpaksa membatalkan janji2 mereka untuk bersama-sama keluarga.. tapi anak-anak kecil mereka tak paham tugas bapa mereka.. macammana mereka nak bagi anak mereka paham..

c) TINGGAL kan kesan tau.. Sepatutnya kena bertugas kat tempat redup pas tu berpanas-panas sepanjang tempoh berjaga-jaga tu..

d) TINGGAL kan kesan tau.. Kalau la ada yang EKSTREM dalam perhimpunan tu mengeluarkan ayat-ayat menyakitkan hati ANGGOTA KESELAMATAN yang bertugas pada hari tu.. buatnya hari tu dia baru je gaduh ngan bini dia.. dan tak dapat tahan kemarahan hatinya.. maka di LEPUK nya yang EKSTREM tu..

APA YANG AKAN JADI???

Tentunya.. KAWAN2 yang berhimpun itu akan rasa marah.. dan keluar lagi kata2 KESAT.. ada pulak yang akan bertindak konon2nya menyelamatkan kawan.. maka adalah yang bertindak untuk menegakkan yang BENAR.. maka MENJERIT-JERIT la mereka dengan tujuan memberi tahu rakan-rakan lain seorang AHLI mereka dipukul.. seperti kita ketahui.. satu berita yang betul diberitahu melalui beribu-beribu orang kepada PEMIMPIN perhimpunan.. sampainya dah jadi cerita lain.. ini kan kita belajar dalam TEORI apa ye.. lupa namaya..  itu kita tengok dari sudut yang berhimpun ..

JOM kita lihat dari sudut ANGGOTA KESELAMATAN..

Maka dipeganglah oleh Anggota yang MELEPUK itu oleh rakan sejawatnya.. dan rakan-rakan Anggota itu akan cuba meleraikan kawan2 yang kena LEPUK tu.. tapi mereka pun kena CACI juga.. ada pula yang mencabar-cabar kewibawaan mereka.. Anggota itu pula menggunakan PERISAI untuk memastikan Kumpulan itu tidak keluar dari kawasan yang digariskan.. tapi masih juga ditentang.. tiada jalan lain Ketua Anggota Keselamatan arahkan juga leraikan yang marah2 tu.. RAMAI tu bos.. nak wat camana? (agaknye la kan depa tanya..).. Pancut air.. Pili bomba jauh.. Pukul ngan belati karang depa kata kita mencederakan depa... Terpaksa la kita PEDIHKAN mata depa tu je jalan terbaik kot.... 

CE TELITI .. KAN DAH MACAM2 PERSEPSI ORANG..

a) Yang tengok secara LIFE..  JAHATnya Anggota Keselamatan tu.. diorang berarak je.. nak ke sampaikan memorandum tu.. kenapa sampai tembak2 gas nih?

b) Yang tengok media MAINSTREAM.. ye ke.. Anggota Keselamatan terpaksa melepaskan #$%&+! untuk meleraikan... ke.. Memang depa saja nak try test skill depa kat orang AWAM..

c) Yang tengok media ALTERNATIF.. Memang saje depa lepaskan.. kan ke si @##(@!!#(@ yang suruh..

DAH HABIS BERTUGAS.. BALIK RUMAH,,

a) Anak tanya.. Ayah-ayah kawan cakap keja ayah ni macam &^%%$$@.. ikut je..

b) Bini cakap.. Betul ke bang kejadian tu sebab ANGGOTA Keselamatan tu buat macam *$&^^Q

c) Jiran lak buat pernyataan negatif tanpa tahu KAWAN kat sebelah ni terlibat sekali

d) Gi kedai makan.. tengok orang baca Sotkabar.. terpampang lak peristiwa semalam

d) Gi surau... Alaaaa... ngapa bole gi tersilap tempat lak ni... Citer pasal ni lagik!!!

TOLONG LA.. CUBA PIKIR PERASAAN MEREKA SEBELUM MEMBUAT PERNYATAAN YANG   MACAM-MACAM.. MEREKA MELAKUKAN DEMI NEGARA

DAH TENTU MEREKA INI HAK NEGARA!!! KALAU TAK MEREKA TAK DIBERIKAN PERKATAAN "... DI RAJA MALAYSIA"

4 ulasan:

lina berkata...

Kesian kan byk buruk drp baik....patut la GURU kami menghalang anak2 murid nya pergi berhimpun..Hukumnya adalah HARAM...

Dr K berkata...

Dalam setandan pisang, pasti ada yg busuk. Begitu juga dengan mana mana profession atau organisasi seperti PDRM yg menjaga perarakan/perhimpunan BERSIH tempohari.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

azlina 3 berkata...

asmlkm...
terima kasih kerana sudi jengok blog akk....memang w/navy tapi dah lama abg dah bersara 3 thn lbh dan...he..he.. dah bersara pun ttp kena tinggal selalu malah lebih kerap dr sewatu bertugas sbgai navy dahulu...
papun sentiasa mendokan yg terbaik bt kita semua insyaallah..

ღ cik faye ღ berkata...

betul kak...kalau 'berhimpun' duduk/berdidi jelah setempat. ni bergerak dengan tujuan nak tunjuk hero dan saja2 nak cetuskan kemarahan pihak berkuasa. masalahnya ramai yg takde otak, fanatik tak ikut akal yang waras!

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit