Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 15 November 2011

Bertukar Portfolio

1 Disember 2011 nanti WN akan bertukar portfolio dari menjaga staf  kepada memantau Pejabat2 Negeri..
10 tahun di Agensi ni..

2 tahun sebagai Pembantu Tadbir menjalankan kerja-kerja Perkeranian pas tu dilantik ke jawatan lebih tinggi terus di 2 tahun di Pejabat Korporat, menjalankan kerja-kerja berkaitan Perhubungan Awam..

Bergelumang dengan orang luar selama 2 tahun rasanya WN dikenali oleh penggiat industri dan Kementerian.. rupa-rupanya sangkaan WN meleset..

Walaupun terasa berada di PSM (Pentadbiran & Sumber Manusia) pada mulanya tidak 'GLAMOUR' akhirnya perasaan itu terkikis kerana WN sudah rasa sangat beruntung menguruskan PSM kerana hanya dok di Bahagian ini je kita mengetahui segala macam mak nenek perilaku staf agensi ni di seluruh Malaysia

Di Bahagian ini juga WN bertanggungjawab menguruskan staf bak kata omputih "FROM THE CRADLE TO THE CEMETERY" la.. Citer staf dari yang datang temuduga sampai staf dah pencen ada dalam poket WN.. (Citer Kes Tatatertib / Disiplin / SPRM, Citer naik pangkat / naik gaji, citer Management tak suka orang ini, suka orang itu .. Insya Allah WN bertanggungjawab menyimpannya dalam hati ni je)..

Berat tanggungjawab bertugas menjaga staf ni.. semuanya P & C.. yang buat WN setiap tahun stress.. bila RUMOURS sape penerima APC  dari staf satu Malaysia mendahului maklumat dari Bahagian kami..(yang tak tahan tu.. banyak lak betul nya.. ni yang wat Management tanya WN camana maklumat boleh sampai pada staf.. la.. apa nak dijawab.. )

Satu lagi tugas terakhir WN sebelum meninggalkan Bahagian ni ialah penstrukturan Agensi secara pentadbiran.. di mana akan berlakulah perpindahan dan penempatan staf termasuk la WN..

Di akhir episod ni.. WN kena berpindah keluar sebab dah lama di sini (6 tahun).. ialah kan.. kalau ikut pusingan kerja pun dah lama patut tukar (bertugas jaga staf ni kat adalah berstatus 'sensetif'.. terdedah dengan unsur-unsur negatif.. lebih baik WN tidak lelama kat sini..)..

Dan ditukarkan ke Bahagian baru yang kami dan bos baru sendiri 'HAVE NO IDEA' tentang fungsinya tapi kena 'CREATE' job scope yang kami amik dari Unit2 kecil yang dimansuhkan daripada Bahagian-bahagian Utama iaitu 'BAHAGIAN PEMANTAUAN NEGERI'..

Lepas ni kena siapkan 'NOTA SERAH TUGAS' pas tu kena create tugas baru WN..

WN rasa lepas ni WN kena lebih TEBAL TELINGA (mendengar ketidakpuasan hati Pengarah2 Negeri tentang report Prestasi Pejabat Negeri )& BANYAK MEMBEBEL (untuk dapatkan input dari staf2 di Pejabat Negeri)

Memang tugasan WN ini berputar 360 darjah.. tiada lagi bergelumang dengan Pekeliling2 Perkhidmatan & Perbendaharaan.. kena study semula AKTA 520 untuk lihat fungsi, program dan aktiviti serta dengan ARAHAN PENTADBIRAN peringkat KEMENTERIAN dan AGENSI..

2 ulasan:

Rina Rahamat berkata...

Hai WN..

semoga tugas baru WN nnt lebih menyeronokkanlah ya..


tq ya sudi singgah blog picisan sy :)


kalau Wn happy baca blog sy..sy gembira..kita leh jd kwn alam maya :)

Anggerik Collection berkata...

Selamat menjalankan tugas baru ya....semoga happy dgn job yg baru.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit