Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 29 November 2011

BETUL KE KAUM ADAM ;D

Dari FB :


Dengan perubahan zaman, keinginan lelaki terhadap perempuan turut mengalami perubahan yang cukup drastik. Lelaki moden mengiginkan kategori perempuan yang berbeza berbanding dengan watak-watak lelaki di novel-novel roman klasik.


Perempuan bagaimanakah yang lelaki inginkan kini? Berikut adalah kategori perempuan yang boleh membuatkan lelaki moden jatuh cinta lebih mendalam....

Tidak manja
Lelaki zaman sekarang lebih suka kepada perempuan yang berdikari dan mempunyai kehidupan sosial sendiri. Perempuan yang manja dan pemalu tidak lagi dipertimbangkan oleh lelaki-lelaki di luar sana.

Tegas
Sifat perempuan yang pada asalnya adalh pemali dan malu untuk meluahkan apa yang mereka inginkan. Padahal lelaki moden menyukai perempuan yang lebih tegas dan tidak malu untuk menyatakan keinginannya secara terbuka. perempuan yang hanya pandai merajuk tanpa memberi penjelasan sedikit pun, lama-kelamaan akan ditinggalkan kekasihnya.

Tidak mengeluh
Sedar atau tidak, sebenarnya lelaki tidak suka dengan keluhan perempuan yang kadang-kadang tidak penting pun. Seperti mengeluh tentang saiz tubuh, make-up yang tidak sempurna atau segala hal yang seharusnya tidak perlu untuk dikeluhkan. Lelaki memerlukan perempuan yang kuat tanpa perlu mengeluh tentang kehidupnya setiap saat.

Wanita bekerjaya
Lelaki kini lebih senang jika kekasihnya memiliki pekerjaan, apatah lagi jika si kekasihnya boleh berjaya dalam kerjayanya. Lelaki akan merasa kekasihnya mampu untuk mengimbanginya.

Memiliki rasa humor
Sebagai perempuan, sudah tentu anda inginkan kekasih yang mampu membuat anda tersenyum selalu, tertawa dan tidak membuat anda bosan. Sama seperti anda, lelaki pun ingin dihiburkan. Lelaki sebenarnya menyukai perempuan yang mempunyai rasa humor dan mampu memulakan perbualan yang tidak membosankan.

2 ulasan:

abu muaz berkata...

saya masih memerlukan wanita yang pemalu, manja,tegas,berani,berdikari... dll.

Daddy Ziyyad berkata...

Hidup ini saling melengkapi. Tak adil sesuatu kaum itu (lelaki atau wanita) mahukan pasangan yg almost perfect, tapi diri sendiri tunggang langgang sifatnya. :)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit